Want your
own Fotopage?








 
APA-APA AJALAH DARIKU

By: Rohayati Mahmud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Saturday, 13-Dec-2008 03:16 Email | Share | | Bookmark
HARI RAYA HAJI

Nasi beriani hjau
ayam masak merah
Kek Ana
View all 11 photos...
'SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA PADA SEMUA! meski pun agak terlambat (8.12.2008 yang baru lalu).

Biasalah baru kini berkesempatan untuk upload gambar dan bercerita . Banyak kesah dan peristiwa telah berlaku dalam tempoh itu. Nampaknya agak panjang sikit entryku kali ini ya. Sepatutnya kami sekeluarga rancang nak balik Kampung di Trengganu. Malangnya keadaan hujan yang tak berhenti dan berlaku banjir..disana maka hasrat itu telah tertangguh. tak tahulah bila pulak boleh balik. Maklumlah bulan ini semua anak2 ada.....dah lama tak balik sana..rindu pada ..mereka di Trengganu.....terutama adik2ku kakakku dan anak2 saudara ......apalagi makan kerepok lekor losong dan kuih muih kat sana (apa nie asyik .....ingat makan aje.....control sikit..badan dah semakin ..gemuk..he.he). sekarang berat badan kita tak pernah turun naik memanjang ..banyak baju dah ketat ......bilalah boleh kurus sikit.....nasib..nasib....


Kita mulakan dari suasana Hari Raya Haji baru-baru ini ye.

1) Sepatutnya plan nak balik kampung Suami diN9 lepas sembahyang raya..tak jadi pasal dari pagi sampai malam hujan tak berhenti..sekejap renyai sekejap lebat...so dek kerana itu tak jadi balik..so berayalah di Klang saja..tak kemana pun setakat duduk rumah dan pergi rumah kakakku Ana aje. Sungguh tak sangka anak saudaraku Hoesni ada datang dari Trengganu rupanya...dulu dia nie duduk Shah Alam tapi dah tukar kerja di Trengganu so sekeluarga berpindah kat tempat asal....lama tak jumpa...."Lari dari banjir ke" usikku pada Hoesni masa dia berkunjung kejap kat rumah.



Inilah hidanganku pada Hari Raya tu......




NASI BERIANI HIJAU

BAHAN-BAHAN:
1 kg beras basmati (basuh dan sejat atas penapis)
Air (sukat ketinggian air sama tinggi dengan paras beras dalam mangkuk)
1 cawan susu cair
1 cawan jus pandan - (kisar 4 helai daun pandan tapis ambil air)
Sedikit pewarna hijau
1 labu bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
6 ulas bawang merah - kisar
1 1/2 inci halia - kisar
1/2 cawan minyak jadung (mazola)
2 sudu besar minyak sapi (kalau ada)
Garam dan gula secukupnya
2 tangkai daun pudina
2 tangkai daun ketumbar
Buah gajus -suka hati.

BAHAN TUMIS:
1 labu bawang besar - mayang
4 cm halia - mayang
1 biji bawang besar - mayang
Daun Pandan 3 helai - disimpul
Sedikit bahan penumis (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga)

(Kalau tak letak pun takpa tapi kita suka masukkan ini bila nasi dah hampir masak)
Kismis
jagung
Kacang peas


CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumis bahan-bahan penumis dan bahan kisar tumis sehingga naik bau. masukkan pula garam dan gula secukup rasa.
2. Masukkan daun pandan, jus pandan/pewarna hijau dan air biar mendidih baru masukkan susu cair.
3. Lepas tu masukkan beras, daun pudina,buah gajus dan daun ketumbar tutup periuk biar ia hampir masak/kering.
4.Lepas tu letak buah kismis,kacang peas ,jagung dan tutuplah penutup tu hingga ia masak.



AYAM MASAK MERAH
(sendiri punya stail)

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam dipotong (ikut suka)
cili Kering - kisar (dlm RM1.00)
air secukupnya (dlm 2 cawan)
1 biji bawang besar-kisar
8 biji bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar.
1 cawan sos tomato - boleh lebih klu nak.
2 biji bawang besar - mayang
Minyak untuk menumis secukupnya.
Sedikit kayu manis,bunga lawang dan cengkih utk tumis.

Caranya;

1) Ayam dibersihkan gaul garam dan kunyit- goreng.kemudian ketepikan.
2)Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan kayu manis,bunga lawang dan cengkih,
naik bau, masukkan bawang kisar dan halia diikuti cili kisar dan masukkan air dlm 2-3 cawan..biar sesekali kacau hingga mendidih dan naik minyak dan kering sikit baru masukkan tomato sos dan gula/garam secukupnya.
3) Masukkan ayam goreng dan bawang besar yang dimayang gaul rata.
4) Kalau dah kena masam.pedas dan manisnya...angkat. klu tak kena rasa adjustkan semula baru hidangkan.

Kita sempat buat kek Marble yang senang dan kuih tart dan biskut Mazola pada malam sebelum raya tu...





KEK MARBLE ANA

Bahannya: (utk sebiji kek)

2 cawan Margerin
2 cawan gula castor
3 3/4 cawan gandum
1 sudu kecil baking powder -( Ayak dgn gandum)
6 biji telur
1 sudu besar esen vanilla
Pewarna/perisa ikut suka

(contohnya sebiji kek lagi kita buat letak perisa keladi dan warna ungu selain pewarna merah sahaja) -

Cara membuatnya :

Pukul marjerin dan gula castor hingga kembang.
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
Kacau rata dan masukkan esen vanila.
Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diadun rata.
Ambil lebih kurang dua - tiga senduk letakkan pewarna/perisa.
Lepas tu masukkan adunan plain dulu dlm loyang dan kemudian yang ada warna di bahagian tengah dan kemudian letakkan adunan plain dibahagian atas ratakan.
Akhir sekali panaskan oven dan bakar pada suhu 170'c selama 45-60 minit atau
sehingga masak.




Ini kes malas just bakar kuih tart ni tanpa sapu telur kuning atasnya...



Gambar masa abang Hos,isterinya dan anak-anak masa kat rumah.





Ini gambar masa pergi raya rumah kakak kita Ana





2) Hari ini dalam sejarah... ..masak nasi dagang untuk kenduri kawan sebanyak 5 kilo(Segantang lebih) Sekali dengan lauk gulai ikan dan acar..... Mula ingat malaslah nak masak banyak2 tapi tak sampai hati ..harapan orang...akhirnya berjaya juga kubuatkan.....(kita suruh dia beli semua bahan dan kita masakkan) Sempat buatkan Cream Puff lagi.......dengarnya...laku sungguh...semua licin...pada hari kenduri tu (6.12.2008) alhamdullilah......



Buah tangan dariku untuk kenduri tu.....cream puff...sambil mengukus nasi dagang.......


3) Pada 30.11.2008 kami dari Klang dan Shah Alam konvoi dari rumah kak Ana untuk menghadiri perkahwinan anak lelaki sepupu kita Abang Alias di Taman Bukit Chedang, Seremban. Keluargaku, kak Ana sekeluarga, Abang Shafie dan kak Idah dan abangku Razali alhamdullilah sihat dapat ikut sama dengan anaknya Jina sekeluarga. Dimajlis itu telah dapat bertemu dengan satu-satunya mak saudara yang masih ada iaitu Mak Uda (kakak kepada arwah ayahku) Ayahku orang Muar,Johor. Dah lama tak jumpa Mak Uda...dia nampak masih sihat usianya hampir 95 tahun. Lama juga kami disitu dan selepas itu sebelum balik Klang....kami kecuali abangku Razali telah singgah dirumah besan kakakku Ana (mak Lin - isteri Hairul punya emak mertua) .













Ini semasa singgah rumah mak mertua Hairul (Mak Lin)









4) Ada masak Spaghetti dan puteri mandi .......kat rumah....







5) Dapat tempahan kek harijadi dari jiran kita Aida untuk suaminya...(anak panggil ayah)





Buat juga kek lain sebiji decorate cincai2 untuk anak kita makan pulak..maklumlah dah tengok kek birthday tu anak-anak kat rumah pun nak..kita buat kek yang resepinya senang aje dari FP Dapur Impian. Inilah rupanya.....jadilah untuk ngap sendiri.......



From Dapurimpian.
KEK COKLAT LEMBAP.
Sumber : Indon2.com

Bahan-bahan :
250gm mentega
1 1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung kek (or tepung naik sendiri)
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan air sejuk (dari petiais)
1 camca teh esen vanilla
3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B
Cara-cara:
1. Ayak tepung dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, anggaran 30 saat antara setiap satunya.
Pukul sederhana laju.
4. Perlahankan pukulan, masukkan tepung diselang-selikan dengan susu cair.
5. Masukkan esen vanilla.
6. Masukkan air ais dan gaul sekadar sebati.
7. Tuang dalam loyang 9in x 9in yang telah digris dan dilapik dasarnya.
8. Bakar pada suhu 170 darj cels selama 1 jam atau sehingga masak.

6) Ada masak nasi lemak.....dan jemput-jemput udang geragau..hehe...





7) Ini pula kuih kegemaran suami kita...kat Negeri 9 kuih nie memang popular........






8)Ini pula sambal tumis ikan - kegemaran Izzati.....




Cukuplah setakat ini dulu...nanti bertemu lagi dilain entry....salam buat semua......



Nanti ada masa kita singgah dan jenguk rumah kawan2 ya....hari ini tak sempat.......rasanya.....(PC sentiasa di booking) he..he...inipun Zakwan dah bising maknya lama kat PC.....bye.....


























Wednesday, 3-Dec-2008 01:22 Email | Share | | Bookmark
Kaswi Pandan,Cream Puff dan Kenangan di Sg.Petani.

 
 
 
View all 4 photos...
Assalaamualaikum Semua?

Rasanya hampir 3 minggu tak update fotopages ini. Bukan apa..Izzati dah balik lagipun tengah cuti sekolah semua ada kat rumah. Jawabnya tak ada canlah maknya nak mengadap PC. Masa kita free computer occupied bila kita tgh sibuk computer tu tak disentuh. Zakwan asyik main game, Izzati dgn YM , friendters dan begitulah juga dgn Ira. Kita yang tua nie mengalahlah. Dahlah tiga orang tu berebut nak guna Pc......Pagi nie lepas breakfast terus ngadap PC. Bagilah can kat mak pulak kali nie.....itupun Zakwan mengalah.......baru dapat maknya nak update FP ini...

Atas doa kalian semua perjalanan pergi dan balik ke Sg.Petani,Kedah tempoh hari berjalan lancar dan baik sekali. Kita bertolak dari Klang pukul 7.30 pagi dan dan berhenti rehat di dua tempat dan selamat sampai di Sg.Petani pada pukul 1. 50 tengahari..itu pun ada jam sikit lepas tol juru (klu tak silaplah nama tempat tu) .....kerana ada jalan yang sedang dibaiki..kalau tidak pukul 1.10 minit macam tu dah sampai.

Hotel Malaysia dah penuh silap tak booking awal-awal...so kita pergi Swiss-Inn..nasib baik ada lagi bilik kosong. Boleh tahan sewanya RM160.00 semalam. Untuk pengetahuan camera digital yg selalu diusung kesana kemari tu dah rosak...pulak. Lepas rehat dilbilik kita keluar awal dlm pukul 3.30 ptg dibandar Sg.Petani. Cari kedai kamera tak jumpa...akhirnya bila pergi kat Tesco Sg.Petani baru jumpa. Sedihnya kamera kita nie lensnya dah rosak. Kena hantar kat kedai yang kita beli(kat Klang) klu nak repair..lagi pun lens klu rosak charge repairnya mahal baiklah beli kamera baru. So nak tak nak kopak duit kita ...terpaksalah beli kamera yang baru. KIta beli yang harganya RM499.00. Sama Fujifilm tapi pixelnya lebih tinggi dari yg dulu 8.3 dgn memori kadnya 1 GB. Dulu harga kita beli lagi mahal pixelnya cuma 6.5 je. Yalah camera digital nie makin lama makin murahkan.Kalau tak beli kamera baru...takdalah can nak ambil gambar lagi.....jadilah asal ada kamera.

Lepas beli kamera baru tu dalam pukul 4.30 ptg baru kita pergi ke UITM, Sg.petani dan ambil Izzati balik.Sampai sana ramailah jugak ibu bapa yang lain datang nak ambil anak-anak mereka.Sana-sini ramai sibuk mengangkut barang..... Pergi kebilik Izzati..aduhai..bersepahnya...banyaknya barang dia..so takut tak muat kereta banyak barang-baranya terpaksa tinggalkan kat Store. Mulalah mengangkut barang dari bilik ke kereta dan dari bilik ke bilik Storenya. Dah selesai semua kita pun balik ke Bandar Sg,Petani dan singgah makan di Tesco kejap. Lepas tu terus ke Swiss-Inn hotel. Apalagi dah penat dan letih..borak-borak...lepak2 dan kemudian tidurlah.

Besuk paginya kita pergi sarapan kat hotel bawah tu dan jalan-jalan tengok sekitarnya. Sempatlah berposing kat bilik , kolam renang dan bahagian depan hotel tu. Dalam pukul 11.30 a.m kita check out dan terus balik ke Klang. Husband bawak relax aje dan berhenti setiap dua jam..akhirnya sampai Klang pukul 6.30 petang. Biasalah kat Klang tu jam teruk..sejak ada pembinaan jalan/jambatan baru kat depan Mydin tu.. ...Klang memang jam gila....bercinta klu nak ke bandar Klang sekarang nie....

Keesukannya kita t buat Cream Puff ...apalagi Izzati lama dah tak makan.
Lepas tu kita ada buat Kuih Kaswi Pandan.....ha ini kes terliur tgk kuih kaswi pandan Madiha......jom layan .......





Kuih Kaswi Pandan

Bahan-bahannya:-

11/2 cawan gula.
5 cawan air
11/2 cawan tepong gandum
1/2 cawan tepong kanji/ubi
1/2 cawan tepong beras
3 sudu makan air kapur
Beberapa helai daun pandan
Pewarna Hijau.
Acuan/loyang disapu minyak sikit.
Kelapa parut
Sedikit garam

Cara buatnya:
1. Masak gula pasir dengan 2 cawan air.
2.Blender daun Pandan dengan 3 cawan lagi air.
3.Campurkan air daun Pandan dan air gula kemudian bubuh pewarna.
4.Masukkan semua adunan tepong dan juga air kapur.
5.Kacau rata dan tapiskan adunan.
6.Kacau adunan tanpa henti atas api perlahan selama 5 minit.
7.Masukkan kedalam loyang atau acuan kecil.
8.Kukus sehingga masak.

(Note: Biasanya dlm acuan kecil macam ini kukus lebih kurang 10 minit dah masak. Klu pakai loyang lebih kurang 35-45 minit baru masak)





























Setakat ini dulu untuk entry kali ini........ada kawan pulak datang tu...nanti kita akan melawat fotopages kawan-kawan ye......sekian...salam mesra dan sayang buat semua....






Monday, 17-Nov-2008 10:34 Email | Share | | Bookmark
PUDING ,MASAKAN LAIN KESAH BALIK KG TGK ORANG KAHWIN

 
 
 
View all 5 photos...
Semalam Ahad 16.11.2008 kita buat puding permata utk makan sendiri dan ada orang tempah satu loyang bersama Cream Puff . Kali ini kita buat cream Puff saiznya kecil je sekali ngap terus masuk mulut. Permintaan orang yang order tu. Cantiklah pulak bila buat kecil begitu dan lagi harganya boleh dikurangkan dari biasa. Tak ramai yang nak Cream puff nie kerana harganya mahal sikit sesuai dgn saiznya yang besar. sebelum ini .so bila kecil begini dgn harganya yg berpatutan ..rasanya bolehlah tempah kalau teringin ya.....



Resepinya....
(Sumber : Myresipi)

PUDING PERMATA

(Bahan utk agar-agar)
300ml air
200ml susu cair
125gm gula pasir
2 sudu besar serbuk koko
1 susu besar serbuk agar-agar

(Bahan untuk Kastard)

500ml air
400ml susu cair
250gm gula pasir
10gm serbuk agar-agar
1 1/2 susu besar tepung kastard - dibancuh dgn 3 sudu besar air.

Cara-caranya:

1. Utk buat agar-agar: Masak air,susu dan gula pasir hingga mendidih, Masukkan serbuk koko dan kacau rata.Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.

2. Tapis adunan ini dalam loyang dan sejukkan.Apabila telah sejuk,potong bentuk dadu.
ketepikan.

3.Utk kastard: Masak air,susu dan gula hingga mendidih.Masukkan bancuhan tepung kastard dan kacau hingga sebati,Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih da pekat.

4.Tuang adunan ini dalam loyang baru dan kemudian masukkan pula agar-agar koko yang dipotong dadu kedalam loyang itu. Sejukkan hingga keras baru ptotong.

Ini Cream Puff kita yang saiznya lebih kecil dari biasa....





Buat Mee goreng aje pagi utk breakfast.....



Ini kek coklat yang ditempah oleh Nina untuk makan-makan dipejabatnya minggu lepas
tak salah pada 10.11.2008



Resepinya:

Kek Coklat (Soft & Moist)

Chocolate Cake (Soft & Moist)

8oz (250gm) Butter (Margarine pun Boleh)
8oz(250gm) Gula Castor
6oz Self Raising Flour
4 biji telur Size A (klu saiz B – 5 biji)
(Asingkan Kuning dgn Putih) Putih pukul hingga kembang dan ringan.
2oz Serbuk koko – (ayak dulu)
1 sudu besar susu pekat manis
½ mangkuk air (about 100ml)

Prosesnya:

1)Tapis serbuk koko dan masak secara double-boil
Bersama susu pekat dan ½ mangkuk air.
2)Pukul butter dan gula sampai kembang,
Masukkan adunan koko tadi,telur kuning
Dan kacau sampai rata. Masukkan tepung
Gandum, pukul sampai rata.
3)Kemudian masukkan putih telur yang
dipukul dalam adunan, kaup balikkan
hingga selesai.
4)Tuang dlm acuan bulat saiz 8” kemudian
bakar dengan dlm oven suhu 160’c sehingga masak.
50-60 minit lebih kurang.

Ini ayam Goreng Pop Corn stail KFC.



Ayam Goreng PopCorn.

Bahannya:
Isi ayam yang dipotong kecil-kecil
sedikit lada sulah
secukup garam
Tepung goreng KFC
2 biji telur dipukul.
Minyak untuk mengoreng

Caranya:
1. Gaul isi ayam yg dah dipotong kecil tu dgn garam dan lada sulah perap sekejap.
2.Lepas tu celup ayam perap tu kedalam telur dan kemudian golekkan dlam tepung KFC. Goreng dalam minyalk yang panas. Angkat bila kekuningan dan dah masak.

Oh lupa pada hari Sabtu (08.11.2008) minggu lepas kita sekeluarga balik kampung suami kerana ada kenduri kahwin sebelah sedar arwah ayahnya. Tempat tu Namanya Kg Nuri Tunggal . Kita pun tak kenal pun itulah pertama kali pergi kat situ. Bertolak dari Klang pukul 10.30 pagi so bila sampai terus ke tempat kenduri kahwin tu. Jumpalah Mak Busu,Pak Cu dan Acik Nordin yang kebetulan dah sampai. Tempat tu agak terpencil dan kena masuk kedalam sikit. Kereta parking tepi jalan. Tetapi sepanajang lorong ke rumah pengantin tu..betap punyalah cantik permandangan ada anak sungai, pokok-pokok menghijau ....bak kata orang tak tercemar lansung ..alam semulajadi dan bersih. Cuma penat sikitlah kena jalan masuk dalam .....klu naik motor baru ok. Macam Mak Busu dia dtg naik motor so senanglah. Sempat rakam beberapa gambar masa kat situ. Lepas tu bali rumah Mak Busu kat Kg.Yu. Tidur sana semalam..keesukannya bertolak balik Klang pukul 4.00 ptg.....sampai Klang pukul 6.30 itu pun jam sikit bila masuk bandar Klang.















Jantung pisang tu kita celur aje dan makan dgn sambal belacan...


Belimbing buluh yg kat kg kampung kita masak lauk ini.....


Sekian untuk entry kali ini..oh ya..esuk 18.11.2008....kita sekeluarga akan ke Sg.Petani,Kedah untuk jemput anak sulungku Izzati di UITM balik untuk cuti semester....
(lama sikitlah kali ini) .Ambil Izzati kemudian tidur dihotel semalam dan keesukannya terus balik Klang (19.11.2008) Dokan kami selamat dalam perjalanan pergi dan balik.
Hingga bertemu lagi..dientry yg lain........








Wednesday, 12-Nov-2008 00:08 Email | Share | | Bookmark
BUAT BEBOLA IKAN,SUP DAN AYAM BAKAR SIMPLE.

Fish ball(Bebola ikan)
Buatkan Sup Bebola
Ayam Bakar
View all 4 photos...
Di entry ini kita nak ucapkan ribuan terima kasih pada Zai -Dapur impian yang sudi sharekan award yang dia dapat ini dengan kita.



(Tgk wording kat award tu....rasanya kita tak layak lagi.......)

Ini masakan yang kita masak pada minggu lepas tak salah pada hari Rabu dan Jumaat
lepas baru sekarang boleh update.

Orang Trengganu panggil fish ball nie "calong" tak salah kita. Hari tu kita buatlah 'Calong " ini dah siap kita masak buat sup aje..simple..apa yang adalah ketika itu. Daun sup dan bawang pun takda....hemtam aje buat.....jadilah jugak sup tu...

Hari Jumaat lepas anak kita Zakwan nak makan ayam bakar ..dia sound dah lama mak tak panggang ayam untuk dia. Demi memenuhi selera anakku itu maka pilihan ayam bakar yang mudah dan senang ajelah dibuat. Kemudian buat mashed potatoes dan coleslaw.Semuanya senang dan simple....janji sedap kat tekak......lagi Zakwan dan Ira memang gemar makan ayam bakar nie. Kat rumah memang selalu buat ayam bakar nie. Kalau nak senang tak payah beli ayam seekor....beli aje dada ayam dalam 7 atau 10 keping kemudian bakar lagi senang. Kebetulan tak plan ,ayam memang hubby dah beli seekor gitu pagi tu so kita buat ajelah.

Jom layan gambar fishball (Calong), sup dan ayam bakar ini.....





Resepi Fish Ball (Bebola Ikan)

300 gm isi ikan tenggiri (Kita guna ikan kembung aje)
3/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil tepung jagung
1 susu kecil tepung kanji/ubi atau sagu
50ml air dari peti sejuk.

(Note: Boleh letak 1/4 sudu kecil soda bikarbonate - jadi lebih ringan dan lembut)

Caranya:
Masukkan dalam mesin kisar (Food processor) isi ikan,lada sulah dan garam mesin
hingga lumat.
Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung ubi, serbuk perasa klu suka dan
msin lagi hingga sebati dan kenyal.
Bulat-bulatkan dengan menggunakan sudu kecil.JIka ingin guna tangan..celupkan tangan ke dlm air terlebih dahulu dan ambil secubit tadi bulat2kanlan hingga habis.
Kemudian didihkan air dan masukkan fish ball tu kemudian rebus hingga dia tumbul dipermukaan bolehlah diangkat.

Dah siap bolehlah masak apa-apa yang disukai nak goreng ke apa ke tapi kita buat sup aje macam nie.....





Ini dia gambar ayam bakar simple tu....




Resepinya

[b]Ayam Bakar Simple.


Beberapa keping dada ayam (apa-apa pun bolehlah)
Lada Sulah
Garam.

Caranya:
Kepingan dada ayam atau ayam itu di ketuk dahulu agar nipis sikit dan jadi leper.
Kita ketuk aje dgn anak lesung batu tindih dgn plastik...dah.
Lepas tu gaulkan lada sulah dan garam secukupnya.
Perapkan lebih kurang 1 jam.
Lepas tu bakarlah ayam ini atas kuali pembakar...siap.

Kita makan dengan sauce lada hitam yang dalam botol tu biasa kita beli Life punya.hari tu hubby beli cap Puteri...tak berapa sedap...kena modified sikit. Tapi Kalau beli " Life
brand Maggi tu tak yah modified pun cuma panaskan dlam periuk aje...kalau suka letak sauce tomato sikit dah siap. Terus tuang atas ayam tu......



Mashed Potatoes (Kentang Lecek)

5 ketul ubi kentang.
satu sudu kecil lada sulah
2 sudu besar butter. (boleh ganti dgn Mayonis klu suka)
sedikit garam.

Caranya:
1.Kupas kulit kentang, bersihkan dan potong 4.
2.Masukkan dalam periuk dan rebus hingga empuk.
3.Buangkan air dlm periuk tu dan letakkan sekejap atas dapuir biar isi kentang kering sikit.
4.Lenyekkan atau lecek kentang tu hingga sebati tidak berbiji.
5.Masukkan garam,lada sulah dan butter...gaul sebati..siap boleh hidang dengan kuahnya.

Untuk sauce kentang tu.
2 ketul kiub ayam maggi atau knorr
1 sudu keci tepung jagung
Serbuk lada hitam atau kada sulah agak2lah.
Air secukupnya.
2 ulas bawang putih. (kisar) kita cincang halus aje.

Caranya:
Tumis bawang putih dgn minyak yg sedikit.
Masukkan air didihkan ,kemudian masukkan kiub ayam tu, kacau rata masukkan serbuk lada hitam atau lada sulah.
Akhir sekali masukkan tepung jagung. Kacau rata.





Nanti sambung lagi.....husband ajak keluar kejap....nak siap nie....jumpa lagi.....









Sunday, 9-Nov-2008 15:08 Email | Share | | Bookmark
PINK & WHITE ROSES (GIAN NAK DECOR BUNGA ROS LAGI)

Pink & white roses
 
Dah kena potong
View all 4 photos...
Baru sekarang ada masa nak update....

Dek kerana dah boleh buat bunga ros tu ketagih pulak nak decor kek dan rasa nak cuba buat bunga ros lagi. Sebenarnya kek ini kita buat dan decor pada keesukan hari tu..5.11.2008. Maklumlah baki icing yang kita buat untuk dua biji kek banyak lagi so
esuknya gian nak mendecor bunga ros.. ....apa kata orang tu..practice make perfect.Kita
nie bukanlah pandai sangat baru boleh buat je. Resepi yang kita dapat tu biasa ajelah iaitu dekat wilton decorating tu dah bukannya dari FP sesiapa...lepas tu ubah suaikan sikit.


Hari tu kita buat bunga ros guna corn dan letakkan atas kek. Tapi kali ini kita buat atas
roses nail tu dan ambil gunting letakkan atas kek. (Lihat video cara buat dan letakkan bunga ros yang kita belajar dari video ini) diakhir entry ya.

So lihatlah kek kita yang dinamakan pink & white roses nie ya. Tapi tepi kek tu jgn pandang...pasal kita gasak guna lebihan icing yang memang dah ada kat dalam piping bag je buat syarat yang penting kita nak decor bunga ros tu. Ingat nak rimbunkan lagi tapi setakat tulah icing yang ada..nak tambah buat yang baru malas pulak.

Lepas decor simpan sekejap kek nie untuk posing ambil gambar ..lepas tu kita belah bagi anak kawan baik kita Syafa sebelah yang kebetulan datang rumah. Sebelah lagi kita orang makan sendiri anak beranak. ..


















Ini dia resepi icing untuk buat bunga ros tu.

BUTTERCREAM ICING – Pure white icing (Stiff consistency)
(By Wilton)

Ingredients:
- 1 cup solid vegetable shortening
- 1 Tsp Clear vanilla extract
- 4 cup confectioner’s sugar (approximately 1 Ib) sifted
- 2 Tablespoons milk

Makes: Icing maked abaout 3 cups

Instructions:
In Large bowl, cream shortening with electric mixer
Add vanilla
Gradually add sugar, one cup at a time, beating well on medium speed
Scrape sides and bottom of bowl often.
When all sugar has been mixed in, icing will appear dry.
Add milk and beat at medium speed until light and fluffy.
Keep bowl covered with a damp cloth until ready to use.
Refrigerated in an airtight container, this icing can be stored 2 weeks
Rewhip before using.

(Note; kita tambahkan 2 sudu besar corn syrup dalam adunan ini)

Ini dia ..seronok tgk cara dia buat dan decorkan kek ini. (Guna dowel Rod instead of Roses Nail)



Hari ini kita baru balik dari N.S pergi kenduri kahwin sedara suami (Sabtu 8.11.2008)
Nanti cerita di entry lain ya.....dah ngantuk nak tidur......


[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net