APA-APA AJALAH DARIKU

By: Rohayati Mahmud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 15-Apr-2010 14:05 Email | Share | Bookmark
KENDURI ARWAH (7.3.2010)

Kenduri..ramainya..
Kek Chocolate Rice.
Apam Eno
Ezu dan kawannya
Firdaus..lama tak jumpa
Kerja kuat npknya Su


Pada hari Ahad bertarikh 7.3.2010 kak Ana ada membuat kenduri Arwah . Dah hampir tiga bulan Arwah Ahmad Din abang iparku meninggalkan kami semua. Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan berada dikalangan orang-orang beriman..amin.

Untuk kenduri kali ini kakakku Ana masak nasi tomato, Ayam masak merah, dalca ,acar, dan kueh-mueh. Kali ini orang kuat yang menolongnya ialah Su, orang gaji Lin dan kak Ana je. Kita sibuk kukuskan apam Eno dan buatkan kek lalu takdalah datang menolong.Apam Eno tu kak Ana yang suruh kita buat.

Kenduri bermula lepas waktu Isyak..tetamu datang ramai juga macam biasa..kawan-kawan arwah,jiran, adik beradik .

Oh ya di kesempatan ini kita nak ucapkan tahniah buat anak buahku Ezu (Siti Rohaizu) yg pernah kita temankan dia pergi konvo hari tu. Dia telah berjaya dalam temuduga dan telah mendapat kerja dijabatan kerajaan sebagai "Pegawai Saikologi" dan mula lapurkan diri di Pejabat kewangan pada 14.04.2010. Dengarnya semalam dia baru dapat tahu kena bertugas di IPD, Klang je. Alhamdullilah syukur dapatlah dia tinggal teman maknya seperti yang diharapkan (risau klu kena posting jauh) lagi pun IPD tu dekat benar dengan rumahnya . Sukalah kak Ana tu ...senyum sampai ke pipi..he..he.he ..sebagai mak saudara dan memang rapat dengannya kita pun tumpang gembira. Tak sia-sialah dia banyak menolak tawaran kerja sementara/swasta sebelum nie kerana dia rasa gajinya tak berbaloi dah tu kena tandatangan perjanjian kerja setahun bla2 klu berhenti awal kena bayar ganti rugi.

Jom layan gambar yg ada.













Ini dia kek yang kita buat ..yang ini takda letak topping dan decor..




Yang ini kita letak topping dan decor cincai2 aje....




Quote:


KEK CHOCOLATE RICE

2 Cawan Mentega (marjerin planta pun boleh)
2 cawan gula castor
3 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil ovellete
6 biji telur.
1 cawan chocolate rice.

Caranya:

1.Ayak tepung bersama baking powder . Kemudian ambil sedikit dan gaulkan dgn
1 cawan chocolate rice - ketepikan.
2.. Pukul mentega dan gula hingga kembang dengan mixer.
3.Lepas tu masukkan telur sebiji-biji kemudian masukkan ovellete
esen vanila kemudian pukul lagi hingga kembang dan sebati.
4.Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama dgn baking powder
tadi sedikit demi sedikit hingga habis.
5.Akhir sekali masukkan chocolate rice dan gaul rata.
6.Tuangkan adunan dalam acuan.loyang terlebih dahulu dilenser atau dialas dgn baking paper.
7.Bakar dalam oven 170'c selama 50 mint atau sehingga masak.


(Note adunan ini sesuai dibuat cup cake seperti gambar dibawah tapi bakar dalam paper cup selama 10-15 minit saja ia dah masak)







Sekian untuk entry kali ini.....salam buat semua yang sudi singgah sini...







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net