APA-APA AJALAH DARIKU

By: Rohayati Mahmud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 13-Apr-2010 16:39 Email | Share | Bookmark
CNY - IZZATI BALIK CUTI....(12-18TH FEB 2010)

Kari Ayam
Mee goreng
Ayam belum bakar lagi
Apam Eno
Cekodok
Zatie balik kedah 18.02.10
Assalaamulaikum.....

Al kisahnya anakku Zatie ada balik masa cuti hari raya china .Kali ini dia balik ramai2 dengan kawan-kawannya dengan menaiki keretapi dari Sungai Petani ke KL Sentral. Pagi dia call kata dah sampai..tapi selepas breakfast dgn kawan-kawan baru naik komuter ke Klang dengan Shah (Ini kawan satu course yg duduk dekat Klang) . Masa tu kita dan husband nak keluar beli barang....dia call kata dah sampai kak Klang...so pergi ambil dia orang. Hantar Shah kemudian balik rumah. Apalagi bila masuk rumah letak bag terus lelap kat kerusi panjang ..letih benar nampaknya. Tak tidur lansung sepanjang perjalanan dari semalam...

Kali ini balik dia banyak assigment yg nak disiapkan...adalah dia panggil kawannya buat kerja sama-sama kat rumah pada hari Isnin. Lepas tu katanya banyak benda tak siap pun lagi. Dia balik semula naik keretapi malam dgn kawan-kawannya pada 18.02.2010..(tiket hari Jumaat dan sabtu dah habis tulah ..lambat suruh kawan beli)

Biasalah kalau dia balik kita akan cuba masak apa yang dia suka atau nak makan. Tapi lupa pulak nak snap gambar setiap kali masak. . Kita ada buat kek chocolate, kek marble, cream puff, masak sambal tumis dan beberapa masakan lagi...

Layanlah antara gambar masakan yang ada nie.....









Quote:


Ini dia resepi mee goreng yang saya selalu buat.

MEE GORENG

1 Packet Mee Kuning
udang hidup - 1/2 cawan (lebih sikit lagi blh)
Isi ayam - 1/2cawan 9lebih sikit lagi blh)
Sayur sawi - agak
Taugeh - klu suka
Daun Sup
Daun kucai- klu suka
Cili merah 2 biji utk hiasan.
4 sudu besar cili kisar
5-6 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
minyak secukupnya untuk menumis.
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa - klu suka.
1 atau 2 keping tauhu - goreng sekejap sebelum potong.

Caranya:

1.Panaskan minyak..kemudian masukkan bawang kisar, naik bau sikit masukkan cili kering kisar dan sedikit air dan biarkan mendidih hingga naik minyak...kemudian masukkan isi ayam, lepas tu udang diikuti tahu klu suka.
Kacau rata. Letakkan sedikit garam dan perasa.
2.Masukkan batang sawi dan daunnya yg tlh di potong..bila layu masukkan mee kuning.
3 Goreng dan balikkan hingga mee itu masak..klu npk kering masukkan air sikit lagi dan lepas tu klu suka boleh masukkan kicap dan sedikit sos tiram..kacau rata.
4.Akhir sekali masukkan taugeh, daun kucai dan daun sup...balik-balikan dan tutup api.
5.Potong cili merah dan taburkan. Siap hidangkan..boleh makan panas-panas.

















Ini masa Zatie dah nak balik...nak gi hantar dia kat stesen keretapi Tlk Pulai.. Masa nak hantar dia hari tu bukan main lebat hujan turun..pergi ambil Shah dulu kat rumah dia dan nasib baik sampai aje stesen Tlk Pulai lepas beli tiket keretapi dah sampai....takdalah lama tunggu.. (Tlk Pulai ke KL Sentral ) lepas tu naik keretapi ke Sg.Petani. (pertama kali balik naik keretapi..biasa naik bas hantar kat Klang Sentral)



Oklah nak sambung entry kenduri arwah lagi.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net