APA-APA AJALAH DARIKU

By: Rohayati Mahmud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 28-Jan-2010 15:20 Email | Share | Bookmark
CHILLED BLUEBERRY CHEESE CAKE,CINNAMON APPLE CAKE, KARI IKAN .

Cheese cake
Cinnamon Apple Cake
Makan-makan di rumah Usu Jay
Kari Ikan Tenggiri
 
 
Ini dia Usu Jay
Baru sampai ...
 
 
Sedapnya
Mesranya..sepupu..




Lama tak tepek resepi dan masakan kat sini.....jom lihat apa kita masak



Ini dia ada buat cheese cake



Quote:


CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE
(Sumber:Hanieliza)

Bahan Base
150 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus]
2 s/b butter [suhu bilik]

Bahan Kerim
250 gm cheese cream philidephia
300 ml yogurt [perisa buah ]
100 gm gula halus [gula kastor]
100 gm ice-cream vanilla

Larutan agar-agar cair [panaskan]
130 ml air
1 s/b agar-agar serbuk

Hiasan [kacau sebati]
Filling blueberry
1 s/b air suam

Cara
1. Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang.
2. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati].
3. Masukkan yogurt dan ice-cream dan kacau rata
4. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.
5. Masukkan dalam loyang. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam.
6. Keluarkan dan letakkan filling blueberry.
7. Hidangkan.


Ini pula kek yang kita suka buat dan makan sekarang...mudah untuk membuatnya dan cepat . Cinnamon Apple Cake..kalau melayu namanya Kek Epal Kulit kayu manis..agaknya kot. Banyak kali buat baru sekarang ada gambar boleh tunjuk sini.
Buat kek ini kalau nak letak kismis ke, walnut ke pun boleh tapi kalau letak epal saja pun ok gak..terpulanglah.

Ini dia yang kita letak biji Gajus dan Kismis.



Ini yang hanya letak epal je.





Quote:

(Ini rupa yang letak gajus dan kismis tu.)

CINNAMON APPLE CAKE.
(KEK EPAL KULIT KAYU MANIS)

Bahannya:

4 biji telur
250 gm gula castor (kita letak 270gm -biar manis sikit)

220 ml minyak sayur - kita guna minyak jagung (Mazola)

400gm tepung gandum serba guna
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda atau sodium bicarbonate
1 susu kecil serbuk cinnamon (kulit kayu manis) -letak 2 sudu pun boleh kalau suka.
1 sudu kecil garam halus.
(Semua bahan ini ditapis bersama)

4 biji epal (kita guna epal hijau..saiz besar 3 biji pun ok)
(dikupas kulit dan potong dadu)

Optional : sedikit gajus/walnut/kismis/badam

Caranya:

1) Masukkan gula dan 4 biji telur dalam bekas kemudian pukul dgn kelajuan medium dan kemudian perlahan-lahan tuangkan minyak sayur kacau hingga rata.
2)Lepas tu masukkan bahan gandum semua yang telah diayak tu kedalam adunan gula,telur dan minyak tadi..kacau rata.
3)Lepas tu masukkan epal yang telah dipotong dadu tadi kacau sehingga rata.Kalau suka boleh letakkan kismis atau apa jenis kekacang..
4)Masukkan dlam bekas kemudian bakar pada suhu 170'C selama 45-55 minit...atau bila cucuk kek tidak melekat .


Ini masak biasa je....Kari Ikan Tenggiri..



Quote:


Kari ikan Tenggiri

KARI IKAN

Bahan-Bahan:
4 keping ikan tenggiri
4 susu besar serbuk kari ikan [bancuh ngan sikit air]
5 biji bendi
3 biji cili hijau
2 biji tomato [belah 4]
1 cawan air asam jawa
1 ½ cawan santan pekat
minyak
garam

Bahan tumis
5 ulas bwang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk /hiriskan
1 labu bawang besar] belah 4
1 inci halia ]
1 s/b halba campur - takda pun takpa.
2 tangkai daun kari

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa tadi [digaul dengan pati santan dan tapiskan]
4. Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Apabila mendidih masukkan bendi, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih..atau roti biasa/canai





Ini pulak kisah lama masa pergi rumah kak Jay atau Khatijah di USJ. Kak Jay nie dipanggil usu Jay je oleh anak-anak buahku .Oh ya kerana dia adalah adik kepada Arwah abang iparku Abang Mad (adik ipar Kak Ana) Memandangkan kakakku Ani dan anak buah dari Trengganu pun masih ada lagi...so dia telah mejemputlah Kak Anie,kak Ana semua dan termasuk kita sekeluarga pergi makan-makan dirumahnya.(wau rezeki jangan di tolak) Kebetulan hari tu ada buat jamuan sikit dan akhir sekali buat suprise birthday kat anak angkat Kak Minah tu.

Tak berapa ingat rumah dia nasib baik ikut belakang kereta Eju..so senanglah follow je
..on the way lebat gila hujan...sampai aje depan rumah dia kat USJ 14 tu ..hujan pun berhenti. Usu Jay suaminya orang US(Mat Salleh ya) dah lama kahwin dan duduk sini anak sorang je. Jadi pastinya menu yang disediakan kebanyakannya western food dan campur masakan arab sikit. Ada gak tetamunya orang Somalia nama Hasan..bukan main fasih cakap B.Melayu (kahwin dengan orang Melayu Johor) .Husband aku seronok berbual dengannya...he..he...

Oh ya...tak salah hari itu ialah 16.12.2009 ..pergi lepas Magjrib...Kak Ana tak berapa sihat so dia tak ikutlah....Memang semuanya enjoy makan..nak2 anak-anakku dan juga sepupunya...budak2 nie kalau pasta ke, piza ke selain hidangan nasi memang laju.......
Ada gak nasi lemak malam tu...tapi dia orang tak usik pun.....

Anyway terima kasih buat kak Jay kerana susah2 aje masak ...sedap pulak tu untuk jamuan malam tu.
















Setakat ini untuk entry kali ini....

Bye..terima kasih sudi singgah sini

Jumpa lagi....




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net