APA-APA AJALAH DARIKU

By: Rohayati Mahmud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 14-Jan-2010 02:27 Email | Share | Bookmark
update- KENDURI NORMI & ADIKKU WAH....

Kenduri.....
Adam..nak kena potong.
 
 
 
Happy
5/12/2009 - Adikku Sabariah tiba di Klang Sentral naik bas dari Kemaman dengan dua anak daranya Khairiah dan Basirah. Sebenarnya dia datang pasal ada kursus syarikatnya dekat KL tak salah. Katanya tak lama 8/12 dah nak balik. So kita suruh dia tinggalkan anaknya dua orang tu kat Klang..lagi pun bukan selalu datang. Nanti biar dia balik sama dengan Acik Ani dan sepupunya Nabila tu. Memandangkan cuti sekolah..so Wah pun setuju.

Anaknya Khariah baru lepas PMR dan tahniah kerana dah tau dapat 8A..adiknya Basirah pun apa kurang dapat 5A dalam peperiksaan UPSRnya. Tapi Basirah nie orang tengok tak caya baru darjah 6 (tahun nie form 1 ) sebab badannya tegap dan tinggi...macam budak U adalah..kalah si Zatie dan Kak Ezunya......

Lepas ambil dari Klang Sentral Kak Ana bawa mereka sekali dengan Kak Ani kerumah Hairul & Lin di Kota Damansara. Besuk jumpa kat kenduri Normi katanya.

So besuknya 6/12/2009 pergilah kenduri rumah Normi..tak ingat nak tanya terus dua2 konvoi pergi Bandar Putera..tup.tup takda orang....wah silap..call balik Normi..rupanya dia buat kat rumah maknya (Su Yah)..ala penatnya gi jauh2 padahal tadi dah sampai..tulah tak ingat nak tanya rumah mana. So patah balik.......gi rumah Su Yah.
Masa ni Zatie tak ikut dia teman adiknya Zakwan yang baru lepas bersunat tu kat rumah...Anak Normi Adam umurnya 10 tahun..pun lepas kenduri nie baru nak di sunatkan.....

Banyak jugak yang Normi tempah dan masak untuk kenduri Khatan Adam nie..ada Nasi Ayam (Tempah dari kedai Faridah tu), Pulut Kuning, Rojak buah, Kuih Muih, agar-agar..Muffin ,puding (tulah rugi tak ingat nak snap gambar makanan). Kita orang sampai dah akhir-akhir..lebih kurang pukul 6.00 petang gitu..majlis dah dekat nak berakhir..tapi nasib baik makanan banyak lagi. (Siap aku boleh tapau buat balik lagi..he.he.he)

So dapatlah Kak Ani (dari Trg) dan Wah (dari Kemaman) jumpa Kak Long (kakak Normi - yg duduk kat Perak tu) dan Su Yah kat situ.....

Jom layan gambar Kenduri Khatan Adam nie.....






Besuknya - 7.12.09 - Kak Ana Hantar Wah jumpa kawannya yang tinggal kat Solok Kemuning..entah lebih kurang gitulah namanya...nak pergi tempat training sama-sama.
So Aku dan Husband pergi bawak anak Wah Khairiah dan Basirah ikut pergi Klang Sentral beli tiket untuk Maknya nak balik besuk (8.12.2009) serta belikan tiket untuk anaknya balik sama Acik Ani nanti. (Beli tiket tarikh 24.12.2009)

Ini dia masa gi beli tiket Klang - Trengganu....lepas tu rasa lapar ..terus makan kat situ aje......





Lepas tu balik rumah..sebelah petang Kak Ana bawa kak Ani, Nabila dan Wah yg dah balik dari training datang rumah....riuh rendah..berborak ramai2..seronoknya...lama tak jumpa ramai2 macam nie..esuk Wah dah nak balik..kena gi hantar dia........

Ini je gambar yg ada buat kenangan masa Wah datang.......itupun masa hantar dia balik kat Klang Sentral tertinggal camera........



8/12/2009 Hantar adikku balik kat Klang Sentral naik bas Express ke Trengganu..dan dua anaknya tinggal dulu kat Klang....usah risau kataku........

Lepas Maghrib..Kak Ezu bawa anakku Zatie,Ira , Nabila Khairiah dan Basirah pergi jalan kat Jaya Jusco Bukit Tinggi.......

Layan mereka kat JJ, Bukit Tinggi ,Klang....
















Seterusnya akan diupdatekan sekitar Majlis perkahwinan Wan anak abangku Zali .






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net