Want your
own Fotopage?







 
APA-APA AJALAH DARIKU

By: Rohayati Mahmud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 22-Aug-2008 14:22 Email | Share | Bookmark
PIZZA,AYAM GORENG BEREMPAH DAN PUDING CARAMEL.

Sepotong Pizza
Ayam Goreng Berempah
Puding Caramel.
Dough Pizza siap dalam pan
 
 
Hari ini walaubagaimanapun kita mesti buat pizza memandangkan besuk Izzati dah kena balik SP. Kalau dah jadi mak tu fahamlah semua yg anak suka kita nak beri dia makan baru rasa legakan. Anak kita 3 orang tu memang suka makan pizza apalagi Izzati. Sebelah pagi keluar kejap dgn husband beli barang yang perlu termasuklah keju Mozarella tapi Capsicum warna merah takda so belilah warna hijau aje. Biasa warna merah lebih cantik rupa pizza tu.
Kita buat pizza kulitnya campak dalam Bread maker aje pakai basic dough. Taklah penat nak menguli. Oh ya hari ini juga kita masakkan ayam goreng berempah yg rasanya ala-ala ayam goreng mamak tu. Ini memang anak,mak dan ayahnya sekali gemar. Kalau goreng seekor ayam pun licin.
Lepas tu kita buatkan dessert yang cepat, senang dan sedap iaitu puding Caramel letak roti dan jagung.






Resepi Pizza dah ada kat list sebelah tu ya.



Resepi Ayam Goreng Berempah.

1 kg ayam, dipotong ikut suka atau 4 keping paha ayam.

Bahan perasa:
1/2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh rempah kari serbuk
1 biji telur, dipukul sedikit
2 sudu besar air
2 sudu besar tepung berserbuk penaik

Tepung Pembalut (Disatukan)
60gm cornflakes,dikisar halus-halus (Serbuk roti pun boleh)
240gm tepung berserbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada sulah
1/4 sudu teh soda bikarbonate

Batter (Diadun sehingga tidak berbintil-bintil -senang blender aje semuanya)
1/2 sudu besar rempah kari serbuk
60gm tepung beserbuk penaik
3/4 cawan air atau susu
1/4 sudu teh lada sulah
1/4 sudu teh garam
Minyak utk menggoreng.

Caranya:
Perapkan kepingan ayam dengan bahan perasa selam satu jam atau lebih.
Golekkan ketulan ayam ini dengan tepung pembalut.Celupkan pula ke dalam battter dan masukkan kedalam minyak panas.

Goreng diatas api besar selama satu minit,kemudian kecilkan apinya. Gorenglah sehingga ayam masak dan bewarna keemasan.Angkat dan tuskan.






Resepi Puding Caramel (Roti dan Jagung)

Bahannya:
6 biji telur ayam grade A
1/2 tin susu cair Ideal Milk
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
1 cawan jagung cream
3 keping roti (Gardenia)
6 sudu gula untuk caramel.
1 sudu kecil garam

Caranya:
Pecahkan 6 biji telur dan letakkan dalam mangkuk.
Masukkan susu cair dan gula serta air.
Kacau rata dan kemudian tapiskan adunan ini.
Masukkan Cream jagung dan masukkan roti yg telah dicarik kedalam adunan.
Kacau rata.

Kemudian ambil loyang saiz 20cm kemudian letakkan 6 sudu besar dalam loyang dan cairkan gula hingga jadi warna perang dan kemudian curahkan adunan kedalam loyang.
Kukuskan selama 20 minit dengan api yang perlahan.
Angkat bila masak, biarkan sejuk kemudian terbalikkan loyang.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net