APA-APA AJALAH DARIKU

By: Rohayati Mahmud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 12-Jan-2008 04:43 Email | Share | Bookmark
PIZZA

Siap letak semua Topping
Letakkan isian ayam
Sapukan Sos Tomato
Uli doh dalam bread Machine
Doh dah siap.
Lenyekkan Doh atas dulang
Bakar doh yg dah dibakar 8-10 minit
Isian ayam dah dimasak
Jagung utk tabur nanti
Keju Mozarella diparut.
Pizza merupakan makanan yang paling digemari oleh kanak-kanak dan remaja setanding dengan KFC dan Mc Donald. Apa kata sesekali buat Pizza sendiri selain makan di Pizza Hut.

Buat Pizza nie tak susah mana sebenarnya. Kalau bahan lebih kurang dalam peti ais tu pun boleh buat janji ada keju Mozarella. dah banyak kali buat pizza nie..kadang-kadang macam-macam topping diletakkannya..kadang tu tak banyak sangat sekadar isi ayam je dah jadi.


Ini letak sausage,cendawan butang,nenas, capsicum & Mozarella.


Ini kes takda bahan letak isi ayam, jagung dan keju Mozarella aje.

Jom Buat Piza:

Bahan-bahannya:

Bahan untuk kulitnya:

9 ke 10 Auns Air
4 cawan Tepung roti.*
3 sudu Besar Minyak Zaitun (Minyak jagung pun boleh)
3/4 s_kecil garam
2 sudu kecil yis kering (Mauripan)

(* Kita buat nie guna Tepung Gandum biasa 2 cawan campurkan dgn 1 sudu besar Baking Powder +
2 cawan tepung roti.)

Untuk Topping:
500 gm Keju Mozarella
Isi ayam ikut suka banyak mana
Jagung
Cendawan butang 1 tin
1 biji cili Benggala merah klu ada
Serbuk Origeno
Tomato Puri (Tomato sauce biasa pun boleh)
2 Ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit garam
Lada Sulah
Sos Tiram kalau suka.

Cara-caranya:

Kita tak uli tangan campak semua dalam Bread machine. Letakkan bahan cecair seperti air,minyak dan
garam. Kemudian letakkan gandum dan kemudian letakkan yis kering atasnya. Kaup sikit dgn gandum lepas tu setkan kepada "Basic doh" Tekan start.

Sementara tunggu doh siap kita pun tumiskan bawang hiris halus dan masukkan lada sulah, garam ,sos tiram dan kemudian masukkan bahan isian yang disukai seperti isi ayam,sausage, biar empuk . Baru letakkan cendawan butang. Tutup api...kalau bahan masih berair sejat dulu.

Doh yang dah siap tu letakkan atas dulang Piza lenyekkan rata (size 12 x 15") boleh buat 2 dulang kalau size kecil.Biarkan ia naik selama 10 minit. Pra hangatkan ketuhar hingga 204'C. Lumurkan
sos Pizza (Tomato sauce atau puri) atas doh dan Tambahkan bahan isian yang dah dimasak tadi kemudian taburkan nenas dan Cili benggala (Capsicum) yang dah dipotong kecil tu. Akhir sekali taburkan keju Mozarella dan serbuk Oregano. Kemudian bakar selama 15-20 minit atau hinggga keraknya bewarna keemasan.

(Note: Kalau suka Keju dlm keadaan agak cair bakar dulu doh separuh masak, keluarkan baru sapu sauce dan letakkan isian serta hiasan dan bakar sekali lagi dalam 10 minit)







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net