APA-APA AJALAH DARIKU

By: Rohayati Mahmud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 17-May-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
Teringin nak makan?

Kaswi Pandan atau Hijau?
Kukus dah (Dlm Loyang)
Silalah makan...
Ini dalam acuan kecil.
Pernahkah tiba-tiba kau orang rasa nak makan kueh atau apa-apa ajalah yang dah lama tak buat atau jumpa.Begitulah ..hari ini rasa nak makan kueh KaswiPandan.
Dah lama tak buat.......


Ini dia Kaswi Pandan/Hijauku...resepi ubah suai dari Kaswi Blackmore di Cari.Kaswi blackmore memang the best among yang dah ku cuba buat. Cuma gula merah ditukar pada gula pasir dan tambah air daun pandan.

Bahan-bahannya:-

11/2 cawan gula.
5 cawan air
11/2 cawan tepong gandum
1/2 cawan tepong kanji/ubi
1/2 cawan tepong beras
3 sudu makan air kapur
Beberapa helai daun pandan
Pewarna Hijau.
Acuan/loyang disapu minyak sikit.
Kelapa parut
Sedikit garam

Cara buatnya:
1. Masak gula pasir dengan 2 cawan air.
2.Blender daun Pandan dengan 3 cawan lagi air.
3.Campurkan air daun Pandan dan air gula kemudian bubuh pewarna.
4.Masukkan semua adunan tepong dan juga kapur.
5.Kacau rata dan tapiskan adunan.
6.Kacau adunan tanpa henti atas api perlahan selama 5 minit.
7.Masukkan kedalam loyang atau acuan kecil.
8.Kukus sehingga masak.


(Note: Biasanya dlm acuan kecil macam ini kukus lebih kurang 10 minit dah masak. Klu pakai loyang lebih kurang 35-45 minit baru masak)

Oh ya...dah masak gaul dengan kelapa parut yg telah digaul dgn sedikit garam. Lepas tu makan.......

Ini salah satu kueh kegemaran saya......(Ubah suai dari resepi Kaswi Sis Blackmore dari cari.com - thnks)

Oh ya Selamat Hari Guru buat Semua guru-guru dan juga Sifu-sifu masakan (Guru Masakan kat Fotopages spt Kak Liza,Mamafami dan lain-lain lagi tu)

Oh ya ini dia nasi kukus yang kita buat.Terliur tengok kat fofopages Kak Liza. Ikut resepi dialah.thks.



Ayam Goreng Berempah.


Kari Kepala Ikan



NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH

Bahannaya:

2 cawan beras panjang AAA (Kita guna beras Basmathi)
2 cawan air
1 helai daun pandan.

Cara:
1.Basuh beras dan rendamkan beberapa jam. (kita bangun pagi dah rendam-tengahari kukus)
2.Masukkan beras dan air dalam loyang dan kukus sehingga naik wap dan nasi masak (30 minit)

Ayam Goreng Berempah

Bahannya:

1 ekor ayam (potong 8 dan diberdihkan)
3 s/b rempah kari ayam/daging
3 s/b cili mesin
1 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
3 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah]
2 ulas bawang putih] mesin halus
6 inci halia]
3 batang serai]
garam

Caranya:
1.Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam.
2.Gorengkan dalam minyak yang banayk sehingga garing.

Sambal Belacan.

Bahannya:
5 tangkai cili merah - kita pakai cili hijau
5 tangkai cili api
1 biji tomato buah
3 cm belacan
garam
2 biji limau nipis (ambil jusnya)

Cara:
1.Masukkan semua bahan kecuali jus limau dalam blender dan mesin kasar.
2.Tuangkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan asam limau.
3.Rasakan masam dan masinnya.

Kari Kepala Ikan

1 ekor kepala ikan merah/tenggiri.jenahak (Dibersihkan)
2 bungkus kecil serbuk kari ikan (bancuh dgn sikit air)
5 biji bendi
2 biji terung bulat(belah 4)
3 biji cili hijau & merah (buangkan tangkai)
2 biji tomato(belah 4)
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
minyak
garam

Bahan Tumis:

5 ulas bawang merah]
2 ulas bawang putih]tumbuk/hiriskan
1 inci halia]
1 s/b halba campur
2 tangkai daun kari

Cara:
1.Pananskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2.Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dalam periuk sehingga pecah minyak.
3.Masukkan asam jawa tadi(digaulkan dengan pati santan dan tapiskan)
4.Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat
5.Kecilkan api dan biarkan mendidih dan naik minyak
6.Apabila mendidih masukkan sayur bendi,terung bulat,tomato dan garam.
Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.
7.Hidangkan dengan nasi putih/kukus ..atau roti biasa.

Hidangnkan nasi kukus dengan ayam berempah,kari kepala ikan ,sambal belacan dan kepingan timun.

Selamat menjamu selera.











View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net