APA-APA AJALAH DARIKU

By: Rohayati Mahmud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 15-Jul-2009 15:52 Email | Share | | Bookmark
HANTAR IZZATI,DAMAI PARK RESORT WAKTU MUSIM BUAH.....

Assalaamualaikum!

Apa khabar....lama tak update nie....

Baru-baru ini pada 3.7.2009 kita sekeluarga telah pergi ke Kedah untuk hantar Izzati semula bagi memulakan semester 3 di UITM, Kedah tu.

Seperti biasa kita booking penginapan di Damai Park Resort, Merbok nie...lambat buat reservation kali ini bilik VIP dah penuh....so kita pun diberikan Chalet Tradisional ..nama "MELUR". Bolehlah semalam baru RM70.00 ..extra bed charged RM10.00 so 2 malam barulah RM160.00. Biliknya luas dan selesa jugak....

Masuk nie dah 4 kali kami menginap di Damai ini dan kali inilah paling seronoknya...
Apa tidak ..musim buah...so kebanyakan pokok buah-buahan sedang berbuah seperti durian, manggis, duku langsat,rambutan dan cempedak. Sesampai aje masa nak check in kat pejabat tu..nampak banyak buah manggis dan duku langsat yang dah dikait. Kita terus diberikan sedikit buah manggis dan duku tu. Lagi best bila mereka kata.....kalau ada durian gugur..jumpa ambillah...dan buah-buah lain kalau nak ambillah untuk makan...
Inilah keistimewaan Damai Park ini kerana ia dibina dalam kebun buah-buahan.
Jadi untuk sesiapa yang takda dusun buah-buahan tu..asyik duduk tengah bandar aje...so kalau nak pengalaman merasa duduk didusun buah-buahan ..bolehlah pergi menginap atau bercuti disini..tapi musim buah macam inilah .

Jom layan gambar kat bawah nie.

Ini masa kat hentian rehat Tapah......



Ini dah dekat nak sampai Sungai Petani......dan terus ke Lembah Bujang, Merbuk.



Ini dah sampai kat resort tu.....tiba pukul 6.30 ptg..makanan dah siap beli..so mandi-manda, makan dan terus .....tidurlah.



Pagi esuknya...cik abang kita merayau-rayau ..dah rezeki...kat depan dapat sebiji
buah durian...dan kat belah belakang dekat dgn budak PLKN punya tempat latihan tu
dapat lagi 3 biji.......buahnya oklah tebal dan manis.....



Lepas tu kita ajak Izzati ronda pulak ..jalan-jalan tenguk buah-buahan kat situ...buah duku langsat banyak tapi tak masak sepenuhnya....so tak bollehlah nak petik..
tangkainya....makan sebiji dua je....



Lepas tu bersiap semua nak hantar Izzati kat Asrama UITM.....sebelum tu singgah
makan kat kedai di Merbuk tu....



Ini dia dah sampai kat UITM, tolong Izzati keluarkan barang semua , lepas tu kami balik ke Damai dan petang nanti janji ambil Izzati keluar lagi.....



Di sini cik abang kita dan Zakwan buat aktiviti mengait rambutan....tapi buah masak banyak kat bahagian tinggi ..galah yg ada tak sampai...dapatlah jugak yg bahgian rendah tu ..siap boleh bawa beri Izzati sikit....



Lepas Asar pergi semula jemput Izzati dan terus bawa dia pergi makan kat Tanjung Dawai.....



Kemudian hantar semula Izzati kat UITM ..besuk kelas dia dah bermula...kemudian kami
semua balik ke Chalet ..mandi-manda semua lepas tu tidur...yang pasti malam tu hujan turun dengan begitu lebat............Esuk lepas subuh kita dengar banyak bunyi injin motor dan kereta berhenti...sah-sah dah ada orang yang intai buah durian....Lepas tu dalam pukul 7.00 pagi dpt tenguk budak2 PLKN tengah joging lalu depan rumah kita tu..........
Pagi nie cuma dapat jumpa sebiji je durian gugur tu pun saiznya kecil....takpalah semalam dah dapat .....





Zakwan ..kecewa tak dapat mandi kerana lubang kat air terjun tu dibuka..pasal hujan lebat..elak dari banjir. semalam sibuk ronda, tak dapat mandi jugak......biasalah merajuk kejap.hajat tak dapat.

Sempat posing lagi kat pokok nie sebelum balik....



Terima kasih buat pekerja kat situ yang bernama Suri ..kerana telah bermurah hati menyuruh suaminya datang ke Chalet kita sebelum nak keluar pukul 10.30 pagi untuk memberikan kami buah manggis dan 4 biji buah cempedak dari rumah mereka untuk dibawa pulang. (lupa ambil gambar ..)

Kami meninggalkan resort ini pukul 11.00 gitu dan sempat singgah rumah kawan suamiku di Yan kejap dan lepas tu terus bertolak balik ke klang.....(lupa ambil gambar lagi masa kat Yan tu)



Ini sempat ambil gambar buah durian ..rumah nie kat tepi jalan keluar dan masuk ke Damai.....pokoknya rendang , buah lebat dan besaiz besar......



Di hentian rehat Sungai Perak, selepas makan disinilah kat Station Petronas sebelum keluar Hingway..kereta kami buat hal.....nasib baik ada polis bantuan tol ....lamalah jugak
menunggu nak betulkan balik ..rupanya kipas tu tak berfungsi..jadi panas..entahlah kita pun tak faham pasal kereta nie....Disini tlh berkenalan dengan puan Siti Zabedah dan anaknya..mereka on the way nak balik Bera, Pahang. Baik sungguh mereka begitu prihatin dan melihat kereta tu kemudian siap beri anakku buah rambutan dan sebungkus kudapan..bertukar no. phone tapi lupa nak bergambar......Dalam 2 jam lebih gitulah baru ok.polis tu tolong buatkan bypass.... (Terima kasih yang tidak terhingga buat dua org polis bantuan Tol ini) Pukul 4.30 petang baru bertolak dari situ ,itupun tak berani laju...bimbang nanti rosak balik. Kami berhenti di dua perhentian di Tapah dan Sg.Buluh dan...alhamdullah selamat sampai rumah di Klang pada pukul 9.40 malam tanpa apa-apa masalah . Besuknya cik abang kita terus pergi workshop nak check kereta tu.



Sempat ambil gambar ni ..tak clear sangat...


Nampaknya setakat inilah untuk kali ini...dah panjang sangat nie......jumpa lagi...
Salam buat semua yang sudi singgah sini.



Quote:
Kerana ramai yang bertanya dan untuk sesiapa saja yang berminat ini dia alamat Damai Park Resort ni.

DAMAI PARK RESORT
Lot 588 kg.Bukit Acheh
Jalan Muzium Arkeologi,Lembah Bujang,
08400 Merbok, Kedah Darul Aman.

Tel: 04-4573340 Fax: 04-4573351

Chalet/bilik VIP semalam : RM100.00
Chalet/rumah Tradisional baru :RM70.00
Extra Bed Request :RM10.00.













Klik URL ini untuk tenguk VIP room yg kita sewa bulan Mei 2009 baru2 nie.

http://mektie.fotopages.com/?entry=1875035


Sunday, 28-Jun-2009 14:31 Email | Share | | Bookmark
HAPPY BIRTHDAY IZZATI

Happy Birthday Izzati



Tarikh 26.06.2009 genaplah usia anak sulung ku 19 tahun. Diam tak diam dah besar anakku ini. Sekejap aje rasanya dari ia baru dilahirkan ..hari demi hari melayan karenahnya hingga dihantar sekolah tadika, sekolah rendah dan menengah dan kini dah belajar di Universiti pulak. Sekejap masa berlalu dan kita ibubapanya pun dah semakin tua...he.he.he. Begitulah kitaran masa..

Sekarang ini dimana-mana di dunia sedang heboh dengan cerita kematian Michael Jackson pada 25.06.2009 lalu. Begitulah perginya seorang bintang yg begitu terkenal ..dikenang, dikesali ...perginya pada usia yg agak muda iaitu 50 tahun..........
Kita pun dibesarkan dengan lagu-lagu dia tau..minat gaklah sikit........macam-macam cerita tentang bagaimana beliau mati........misteri..lagi....sama2 tunggu kenapa ..........

Oh ya sempena harijadi Izzati ini ku doakan semoga anakku ini hidup bahagia sihat walafiat dan berjaya dalam hidupnya........
Semoga dia tabah dalam menghadapi cabaran hidup dan dilindungi Allah sentiasa ......

Kali ini maknya ada mood dan rajin sikit so kek ini dibuat sendiri olehku...ala buat cincai aje....Izzati nak kek warna putih dan pink sikit. Decor pakai putar whipping cream aje.
Lepas tu beli dua ekor ayam panggang.......Oh ya ada buat kek coklat kukus sebiji....

Oklah layan aje gambar yang sempat diambil nie.......



























Hanya ini untuk entry kali ini.

Oh ya...akan pergi hantar Izzati ke UITM, Merbok, Kedah pada pagi hari Jumaat
3.7.2009....so agak sibuk sikit ........



Sunday, 28-Jun-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
KARIPAP LAPIS, CARA BERLAUK & ABOK2 SAGO



Jom jamu mata ..antara yang kita masak baru-baru ini.......

Ini karipap kegemaran selalu buat....





Senang aje buat karipap nie kalau malas menguli pastrinya. Just beli pastri
kawanku lepas tu belah dua. Letak inti ..apa-apa inti karipap...ayam ke. udang ke
sardin ke....tutup kemudian tekan tepinya..sapu telur kuning kat atas nya
kemudian bakar dalam oven. siap.

Izzati nak makan cara berlauk ...so kita buatkanlah...kebetulan hari tu ada orang
order....




Masak ayam masak merah pulak








Ini dia kuih kegemaran kita Abok-abok sago...takda daun pisang pakai acuan gini aje.....



Sampai disini dulu.......


Sunday, 21-Jun-2009 13:08 Email | Share | | Bookmark
HAPPY BIRTHDAY IRA

Happy Birthday Ira.....






Semalam ....kami celebrate birthday anak keduaku Ira...yang kini dah meningkat remaja
..sekejap aje dah 16 tahun usianya.....hari berganti hari berganti bulan dan tahun itulah perjalanan hidup setiap insan mengisi titian usia hingga dipanggil maha Esa.

Ira dan kakaknya Izzati lahir pada bulan yang sama..beza 6 hari je. Itu sebab kadang2 kami raikan birthday Izzati dan Ira nie bersama . Memandangkan Birthday Ira jatuh hari Sabtu so bolehlah buat kali ini on the same day untuk dia sorang..insyaallah minggu depan Izzati punya birthday pulak akan diraikan.........

Doa seorang ibu buat anaknya..semoga dia terus menjadi anak yang baik, beriman, berilmu dan sihat walafiat sentiasa..dan yang penting hidupnya akan dilimpahi kebahgiaan di jauhi dari sebarang musibah..aminn.............(semua ibu pasti nak yang terbaik buat anaknya...tak begitu?)

Semalam pergi Tesco....so belikan sebiji kek untuk Ira...lepas tu gi KFC........
Takyah cerita lagi...jom layan gambar-gambar nie.........











Ini tengah makan


Akhirnya lepas makan..inilah pulak jadinya.....bukan main seronok lagi mereka...hingga
maknya pun di conteng dgn darah...he....(krim merahlah)


Tengah rajin tadi sempatlah juga ..cari gambar lama Ira masa baby dulu dan masa dia tgh nakal tu.....ini antara yg sempat discan tadi........(Note apa yang ku ingat Ira nie lahir masa hangat kesah Bosnia (1993) (Perang saudara di Bosnia)..jadi masa bawa dia berjalan kemana ke ..ramai kata dia macam anak Bosnia....atau anak orang putih pun ada.....bawa kemana.sajalah supermarket ke., KFC ke...semua orang nak pegang dia dan kata..."Comelnya macam anak orang Bosnia".. Semua tu dalam kenangan.......dah besar nie semakin gelap dan...hilang dah rupa mat Salleh dia tu...he..he..



Kenangan "Birthday" Ira.....




Oops HARI INI ADALAH JUGA "HARI BAPA"

So nak wish buat semua bapa-bapa........



Disampingku ini adalah seorang bapa yang memang begitu mengambil berat dan
sayangkan anak-anaknya......bukan anak je..tau.....orang sebelahnya tu...hehe







Rasanya setakat inilah dulu buat kali ini.....



(Note buat: Zai...dapurimpian .Klu .jenguk sini.....nak bagi taulah....kenapa kita tak boleh masuk rumah Zai lagi..macam biasa..cuba byk kali takleh gak...)









Wednesday, 17-Jun-2009 01:58 Email | Share | | Bookmark
BALIK NEGERI SEMBILAN.....LAMA DAH TAK BALIK.....

Dah dekat nak sampai
Dirumah Acik Nordin
Motosikal ....
View all 6 photos...
Apa khabar semua....baru-baru ini kita sekeluarga balik Negeri Sembilan iaitu ke kampong ayah budak2 nie ha. Lama tak balik so...pada hari selasa lepas kami sekeluarga pun bertolaklah ke sana (9.06.2009) Kami tidur dua malam aje kemudian balik Klang.(11.06.2009)



Sampai di kampung mak Busu hidangkan makan tengahhari dengan lauk masak lemak cili padi ayam kampung..sedap dan manis rasa ayam kampung tu. Lupa snap gambar..pasal dah leka makan...

Sebelah petang pergi Air Mawang ..rumah Acik Nordin sekeluarga.



Lama tak jumpa dah besar baby(baru ) anak buah suamiku Yatie nie....


Abang Eji (anak buah) tengah practical kat Pejabat Daerah Tampin selama tiga bulan. Terkejut husband kita bila tengok Motosikal lamanya yang diberi beberapa tahun untuk kegunaan kat sini...telah berubah wajah ...Rupanya Eji dah hantar motosikal nie untuk di ubah suai dan cantikkannya balik..dengar cerita habis dekat seribu lebih. Orang muda nak bergaya..jadi barulah boleh pakai gi kerja....

Sebenarnya Motosikal ini ada nostalgianya tersendiri. Sebenarnya ia dibeli oelh abangku di Kemaman pada tahun 1986 tak silaplah kemudian Pok Su Ali (Kuantan) ku ambil dan sambung bayar lepas tu bila kita dah kahwin beberapa tahun kemudian ....suruh Pok Su beri kat kita dan dia datang hantar dari kuantan ke Klang. Bayarlah balik sikit dan tukar dgn honda cup suamiku itu . Lepas tu suami ku gunakan ini sehingga beberapa tahun walau pun dah beli Motosikal Modenas. Cuma bila kita gila tanam bunga rasa sempit ruang dan suruh hantar kat kampung pada 2003/4. Gembira pulak tengok bila motosikal tu di bela cantik gitu.......dan masih kekal...hingga tinggal di N9.

Ini dia motosikal tu......



Pada pagi 11.06.2009 kami sekeluarga dah nak balik Klang hari tu. Lagi pun ada surat tawaran kerja kerajaan untuk Dila. (anak Mak Busu) Tahniah Dila dapat kerja kerajaan tapi dah kena mendaftar diri pada 15.06.2009. So surat itu dikirimkan oleh Mak Busu untuk diberikan pada Dila (yg bekerja di Shah Alam) ..nak cepat..



Sebelum tu singgah rumah Pak Long budak2 ni kat Tumang, Johol. Kebetulan masa sampai Pak Long siap tgh pegang senapang..apalagi budak2 nie semua teringin nak pegang dan posing dgn senapang tu. Kelakar betullah..berat senapang tu. Kemudian kat luar ada pokok durian Pak Long yang tengah berbuah...tapi tak masak lagi. So teruja tengok buah durian di pokok......jadi bagai menunggu buah yang tak akan gugur ajelah nampaknya.....

Jom layan gambar yang diambil nie.....



Ini Buah Durian kat pokok tu..........







Kak Liza takda kat rumah..so kita orang pergi jumpa dia kat pekan Johol
di kedai menjahitnya....sebelum bertolak balik ke Klang.



Ini masa jumpa Dila di TTDI, Shah Alam....on the way balik rumah ....



Ada call Dila pada 15.06.2009 ...katanya dia dapat kerja di Bahagian Audit dalaman di Suruhanjaya Koperasi Malaysia, di Pusat bandaraya Damamsara tu dan rasa boring. Hari pertama memang boring.....biasalah tu dah ada kerja nanti......oklah.
Rasanya sekarang nie kalau dapat kerja kerajaan lagi bagus dan terjamin..............

Setakat ini untuk kali ini.......salam buat semua yang mengenali.....


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net