APA-APA AJALAH DARIKU

By: Rohayati Mahmud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 30-Nov-2009 00:28 Email | Share | | Bookmark
Akhirnya kau pergi jua.....(23.11.2009)



Untuk pengetahuan abang iparku suami Kak Ana iaitu Haji Ahmad Din bin Abdul Rahman telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara,Kuala Lumpur pada jam 12.58 sebelum waktu Zohor pada 23.11.2009. (Usia arwah ialah 61 tahun)

Arwah telah selamat dikebumikan di Sungai Sirih, Kg Delek ,Klang (Tanah perkuburan baru selepas Lipat Kajang telah penuh) pada hari yang sama waktu Asar pada 23.11.2009. Kepada semua yang singgah sini harap sudilah sedekahkan bacaan A- Fatihah buat Arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan aman disisi yang maha Esa.



Keadaan arwah agak kritikal 4 hari sebelum itu..dimana doktor memaklumkan beberapa organ seperti hati,jantung dan buah pinggangnya tidak begitu berfungsi dan selama 4 hari itu arwah berada dalam keadaan tidak sedar.

Pada pagi Isnin jam 2.00 pagi doktor menghubungi dan memanggil Kak Ana dan semua anak-anaknya untuk datang. Setiba disana doktor maklumkan keadaannya makin lemah dan membenarkan kakakku Ana duduk disisinya sehinggalah arwah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.58 . Dalam kesedihan Kakakku Ana mengatakan ia reda dengan pemergiannya dan bersyukur kerana hajatnya untuk berada disisi suami disaat akhirnya dimakbulkan Allah.





Inilah gambar terakhir yang diabadikan oleh anaknya semasa di IJN..waktu ini arwah berada di Wad belum dimasukkan di CCu lagi.....(Rasanya gambar ini diambil semasa keadaan ayahnya agak ok sikit iaitu pada 21.10.2009 - Ezu datang semula nak merakamkan juga gambarnya pakai jubah ini dengan ayahnya..kerana pada hari Konvo 12.10.2009 ayahnya tak begitu sihat dan tak jadi bergambar hari tu).....terharu lihat gambar ini.....



Ini antara gambar kenangan arwah kuabadikan disini.....





Ini pula gambar semasa mengadakan kenduri tahlil dan arwah pada hari pertama dan kedua..pada hari ketiga..memang takda masa nak ambil gambar..terlalu sibuk....



Terharu sangar kakakku Ana kerana abang Zaliku yang tidak begitu sihat pun sanggup datang pada hari kedua kenduri tu...



Sekian dulu untuk kali ini..dan jumpa lagi..








Wednesday, 18-Nov-2009 02:30 Email | Share | | Bookmark
CONGRATULATION ON YOUR GRADUATION - 12.10.2009 (UIAM)

Tahniah buat mu
Sama ibunya
Gembira...
View all 6 photos...


Assalaamualaikum!

Entry kali ini memang dikhaskan buat anak saudaraku Ezu (anak bongsu kakakku Ana) sempena meraikan hari yang bersejarah buat dirinya yang telah berjaya mendapat Ijazah pada hari Konvo. di UIAM yg ke 25 pada 12.10.2009 baru-baru ini.

Gembira ada dan sedih pun ada buat diri Ezu ketika tiba hari bersejarah ini. Apa tidaknya ketika saat begini ayahnya tak begitu sihat dan di masukkan semula ke IJN dua hari sebelumnya. Dahlah ayah sakit lepas tu kakaknya Siti tengah berpantang pula.. dan abangnya Hairul pula tak dapat cuti ...jadi nasib baiklah mak saudaranya ini free..so seronoklah jugak dapat menemankan kakakku masuk dewan menghadiri majlis penyampaian Ijazah anaknya nie.. Tak Hairanlah mukaku aje yang ada sama masa posing tu...kakakku takleh merayau jauh2..kaki tak tahan..dia just duduk dalam kereta je..l

Dulu kakaknya Siti pun ambil Ijazah kat sini 3 tahun lepas (Kini dah kerja kat Mahkamah Putra Jaya (Ijazah undang2 ) ..penuh ceria semua ada disisi...lagi pun kakaknya masa tu baru kahwin..tapi adik pulak ..steady boy friend pun takda. ( Itu yang dia selalu kena usik dan ramai tak percaya) Walau bagaimana pun Ezu tetap gembira dengan apa yang dia perolehi hari ini.

Ingat lagi masa nak pergi tu pagi2 lagi kena get ready ..pukul nak 6.30 pagi..pakai aja apa yang tercapai dan terus ikut Kak Ana, Abi-abangnya Ezu tu dan Ezu sendiri bawak kereta bertolak dari Klang ke UIAM.

So tak yah cerita panjang just layan gambar-gambar hari konvo. ini.





Ini masa baru nak tiba kat UIAM tu.


Kegembiraan seorang ibu atas kejayaan anaknya......










Lepas majlis dan ambil gambar selesai..rasa lapar dan on the way nampak Restoran Ulik Mayang..so kita ajak makan kat sini. Apalagi kita dan Kak Ana order Nasi dagang...barulah dapat rasa original Trengganu sikit kat sini......Lepas tu beberapa orang kawan Ezu call ada yang tak sempat jumpa cari dia..so kat situ selain kawan baiknya Wani dan famili..adalah jugak kawan yg datang jumpa Ezu masa tengah makan kat sini..so lamalah jugak lepak kat sini..





Lepas tu baru pergi IJN (Institut Jantung Negara) melawat abang Mad (ayah Ezu)
Dia nak kongsi kejayaan dengan ayahnya pula...kat sini sedih sikit pasal fahamlah orang tengah sakit......





Sekian dulu untuk entry kali ini ..jumpa lagi...






Friday, 6-Nov-2009 20:30 Email | Share | | Bookmark
LAMA TAK UPDATE....MASIH KESAH RAYA W/PUN SYAWAL DAH BERLALU ...

Kek Buah Kukus
Kek Span aka Sarang Semut
Sweet sour Talapia
View all 6 photos...


Assalaamualaikum buat semua!

Apa khabar ..semoga semuanya sihat dan sejahtera ..aduhai lamanya tak berkesempatan untuk update..baru kini berpeluang untuk jenguk sini .....sebelum ianya bersawang hampir sebulan terbiar ku gagahi juga untuk memberi ruang dan waktu disini hari ini.Macam macam kesah dan peristiwa berlaku namun untuk entry kali ini masih lagi dengan cerita rayaku. Harap jangan jemu ya.

Oklah untuk pembukanya silalah jamu mata dulu dgn beberapa jenis kek dan masakan yang telah ku buat baru-baru ini.....(banyak lagi masakan yang ada nanti sambung entry lain)

Ini dia baru masak semalam....



[quote]['quote]

Ini pula kek buah kukus yang ku buat baru-baru ini...



Quote:


KEK BUAH KUKUS

Bahan-bahanya

600gm tepung gandum
300gm gula halus
8 biji telur grade B (5 biji - grade A)
625 gm mentega (buttercup/golden Churn)
500gm buah-buahan campuran kering
2 sudu teh bicarbonate of soda
1 1/2 susu teh cream of tartar
1 susu teh esen vanilla

2 cawan gula untuk dibuat gula hangus
baking paper
aluminium foil


Cara-caranya
1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masukkan 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan spatula dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu.


Ini pula ku panggil kek Span atau kek Sarang Semut.



Quote:


KEK SPAN AKA KEK SARANG SEMUT

Bahan-bahannya:

12 biji telur ayam
2 1/2 cawan Tepung gandum
4 cawan gula
2 cawan air
1 tin susu pekat manis
250gm Planta
1 susu besar Soda Bicarbonate.

Caranya:
1- Masukkan gula dalam kuali biar ia cair dan perang kemudian masukkan 2 cawan air jadikan gula hangus.
2- Cairkan pula Planta tu diatas api perlahankan padamkan api.
3.Pukul telur dengan mixer sampai kembang dan masukkan susu pekat manis.
4.Masukkan Planta cair dan air gula hangus dalam adunan telur tadi.Kacau rata.
5.Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak dgn soda bicarbonate.Kacau rate.
6-Tapis adunan dlama loyang/acuan kek yang telah di lenser atau dialas dgn baking paper.
7-Bakar dlm oven anggaran 40 minit sehingga masak pada suhu 170'c.


Ini dia Mee Sanggul goreng ..



Mee Sanggul
Sumber dari Kmal

Bahan:
2 bungkus mee sanggul(direndam dulu dlm air hingga lembut sikit)
3 s/b bahan kisar ( bwg besar, bwg merah,bwh putih dan sedikit halia)
2 s/b cili kisar
1s/b udang kering( ditumbuk kasar)
Udang basah, isi ayam ,sotong atau apa2 ja yg ada dlm p/ais tu
2 s/b sos cili
2s/b sos tomato
sedikit kicap cair, garam secukup rasa
Kobis, karet, sawi

Caranya:
Panas minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau..masukkan cili kisar, udang basah, isi ayam, udang kering dan masak hingga pecah minyak..masukkan sos cili dan tomato, kicap cair dan masukkan mee tadi-gaul rata, masukkan sayur2 tadi akhir sekali rasakan garamnya.


Ini pula cerita raya yang yang tertanguh.....

Man Jiran datang beraya sebelah malam hari baru balik dari kg tu...24.09.09.
Jawabnya takda palah..kuih kering je.....



25.09.09 - Kita masak lebih hari ini ..buat nasi beriani, rendang dan nasi himpit serta kek. ini aje gambar makanan yg sempat diambil...



Tetamu yang datang - kawan Izzati masa sekolah rendah dan menengah teknik ada datang.



Sebelah malam pula Normi, abangku Pie dan Jiran Pak Hasan dan keluarga pula datang. Ini aje gambar yg sempat diambil...



26.06.09- Oops tersalah type tarikh tu...petang Kak Inah dan anaknya Rafi dan isteri Suzi pula datang berkunjung....




Sebelah malam -Hantar Izzati balik naik bas ke SG.Petani..di Klang Sentral. Ramainya orang masa nie...waktu student semua nak balik U semula...Bas pun delay dan kelam kabut aje....





27.09.09 - Antara yang datang ialah Mak Cu & Pak Cu, Jiran lama sebelah rumah dulu yang kini dah pindah kat Bukit Tinggi, Lan dan Kawan baikku Jam sekeluarga di sebelah malam.

Hidangan yang kusediakan hari ini hanya Mee Sup, Puding jagung dan Mee Sanggul serta bubur kacang.











Ingat lagi perkenalan dengan Jam nie bermula semasa sama-sama mengandungkan anak sulung ketika sedang menunggu giliran untuk check-up sekitar hujung tahun 1989 di klinik kat Port Klang gitu....alhamdullilah hingga kini hubungan kami kekal dan akrab.....anak pun dah besar....



Ini pula masa pergi beraya rumah abangku Pie.....janji pergi sama-sama dengan Normi dan Su Yah.





Ini pula abang Yasmeen dan Raihan datang rumah...



Norjan pernah bekerja sama office dulu jemput gi rumah dia ada open house kat Amazing Height....



Lepas tu gi terjah pula rumah Ju yang memang tak jauh dari Amazing Height tu....belakang bangunan tu je....



Ini pula masa pergi beraya kat rumah Jam di Taman Sementa,Kapar.





Cukup dulu untuk kali ini dan sambung lagi di entry yang baru...

Salam buat semua ..........




























Wednesday, 7-Oct-2009 02:07 Email | Share | | Bookmark
GAMBAR RAYA - 1ST DAY RAYA KAT KLANG, RAYA KE2 BALIK N9.

Selamat Hari Raya
My family
Balik kampong
View all 6 photos...


Assalaamualaikum Semua!

Cerita Raya yang baru dapat diupdatekan hari ini.

Raya tahun ini kita sambut serba sederhana saja. Perabut,langsir takda tukar. Malah alihkan perabut ke stail lain pun tak buat. Takleh nak tukar gaya dah..ruang tamu kita tu tak besar mana...jadi..gitulah gayanya dari dulu dan kini...paling boleh tukar kerusi tu je...TV memang situlah letaknya...biasalah rumah kecik macam kita nie....lainlah kalau ada ruang tamu yang luas...macam2 stail boleh diubah..alih sini ..pindah sana....he..he...

Kerusi panjang kita..tempat paling suka dia orang duduk baring lepak berebut masa nak tengok TV pun kain balutnya kusyen tu dah uzur nampaknya..dah terkoyak pun ada.......so seminggu sebelum raya pergilah tanya kedai repair perabut tu berapa harga kalau nak tukar baru semua sarung satu set tu. Wau terkejut kita dibuatnya...harganya RM1700.00....kalau kerusi Cleopetra tu satu je RM700.00. Aduhai...tak berbaloi pulak rasanya......baik beli satu set kerusi baru je (tapi kerusi lain elok lagi)......harga repair lebih kurang sama dengan harga kita beli baru. Tak sempat, raya pun dah dekat, so biarkanlah dulu....tengah fikir lagi...sampai hari ini....tak repair tak beli pun yang baru lagi. Orang datang raya bukan nak tengok kerusi..kecuali mau jumpa dan makan aje...kalau ada yang perasan kerusi tu dah teruk ....biarlah...( tapi so far dia orang yang datang rumah tak kesah pun). Lepas raya baru2 nie ada gi intai kerusi kat kedai perabut saja tenguk-tenguk dulu .cuci mata aje..lagipun tengah2 bulan raya nie duit pun dah ciput.....tunggulah raya tahun depan.....itupun kalau ada duit yang terlebih..he..he...

Pakaian anak2 tu biasalah...sepasang baju tradisional dan 2 pasang baju moden. Cuma Untuk zakwan sepasang baju Melayu, 2 helai baju kemeja dan 2 helai T-Shirt, Jeans 2 helai. Kasut Ira dan Zakwan sepasang aje seorang. Izzati beli dua pasang ,untuk dia nie tak raya pun kena beli kasut...kerap pakai kasut kemana-mana maklumlah dah besar sikit..jalan pun dah lebih kot.

Hidangan pagi raya kita masak rendang ayam 4 ekor dan ketupat nasi. Hari Raya pertama kita beraya dirumah dan kemudian pergi rumah kakak kita Ana..dia buat nasi dagang..lama lepak rumah kak Ana..petang baru balik. Lepas tu Su datang kejap. Lepas Maghrib pergi jalan dan beraya rumah abang Zali di Shah Alam.

Raya kedua kita balik Negeri Sembilan , kampung suami. Kita beraya kat kampung nie
selama 3 hari je..sepatutnya pada 23.09.09 dah balik Klang tapi Izzati tiba2 tak sihat..angin kot....dia kena sakit perut dan muntah2 so bawa ke klinik kerajaan Johol. Rehat satu hari lagi hingga Izzati pulih dan esuk 24.09.09..Khamis baru balik Klang.

Dah rezeki..sebaik sampai rumah lepas lepak dan rehat jap..Normi (Sepupu tu ) call ajak datang raya rumah..dia ada masak nasi dagang....So pergilah beraya kat rumah Normi..di Bandar Putera , senang takyah masak.

Jom layan gambar raya ...gambar pun banyak yang tak berapa terang..banyak gambar kat kg lupa ambil dari laptop Izzati...so ini ajelah yang ada........

Sempat ambil gambar rendang aje..itupun belum kering lagi.






Anak-anakku di Hari Raya...


ini masa gi Raya kat rumah Kakakku Ana...tarikh should be 20.09.09 (Salah taip tu)






Berhari rayalah ni ya......


Sebelah malam pergi beraya pulak rumah abangku Zali di Shah Alam...lupa pulak nak ambil gambar abangku dan Kak Inah..Masa kita pergi tu..tunang anak buahku Wan pun ada...dengarnya bulan 12 ini akan adakan majlis perkahwinan. Sorang je tak jumpa anaknya Faiz..kena kerja...





Inilah Hari Raya kedua on the way nak balik kampong...21.09.09.



Sampai rumah Busu..Pak Ngah ada..lepas tu sama2 pergi beraya rumah Pak Long .



Lepas tu pergi beraya pulak rumah Achik Nordin di Air Mawang.







Lepas tu balik rumah Mak Busu..lepak tidur...penat..
Esuknya....22.03.09...pergi beraya rumah Siah di Simpang Air Mawang dan kemudian
ke Tumang semula..Kak Liza buat Birthday untuk anak2nya......













Lepas pergi Tumang ada gi jalan ke Tampin..dan rumah sedara Kak Saadi tapi takda
gambarlah...lepas tu balik rumah Mak Busu.

23.09.09 - Tak Jadi balik Klang..Izzati tak sihat ....bawak gi klinik....





24.09.09....Jom balik Klang....





Masa kat Rumah Normi di Bandar Putera,Klang. Tarikh tu .24.09.09..salah taip lagi....



Oklah dah panjang sangat nie...hingga bertemu lagi...dengan entry tetamu yang dtg dan siapa yang datang rumah....sekian ..salam buat semua.










Thursday, 1-Oct-2009 02:37 Email | Share | | Bookmark
Kuih Raya yang ku buat tahun nie dan Tahniah buat Siti & Azri.

Kueh Tart Nenas
Biskut Crystal Ball
Biskut Conr flakes Madu
View all 6 photos...
Untuk entry kali ini kita nak update gambar kuih raya yang kita buat. Rasanya tahun ini dan tahun lepas sama aja kuih yang kita buat.....kerana ini memang kuih kegemaran keluarga . Ingat nak buat juga biskut lain tapi tak cukup masa. Ini pun dibuat dalam tempoh 3 hari..minggu terakhir Ramadhan.

Jom layan gambar.....





Quote:
Resepi Tart Nenas.

Bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum
250gm butter
1 biji telur ayam - di pukul selama 2 minit.
Sedikit garam
1/2 cawan castor sugar
Inti nenas secukupnya.

Caranya:

Pukul butter dan gula sekejap.Kemudian masukkan gandum dan garam.Gaul rata hingga lembut kemudian masukkan telur yang dah dipukul 2 minit tadi.Uli rata dan kemudian teraplah adunan dan bubuh inti nenas diatasnya. Bakar pada suhu 170'c
hingga masak.






Quote:
Corn Flakes Madu

300gm bijirin emping jagung
100gm mentega
60 gm madu
30 gm gula castor

caranya:

Cairkan mentega didalam periuk. Kemudian campurkan madu dan gula kastor.kacau sehingga larut dan masukkan enping jagung dan gaulkan rata.
Kemudian masukkan kedalam acuan atau cawan kertas kecil dan susun dlm dulang
pembakar.
Bakar didalam oven pada suhu 170'c selama 10 - 12 minit.






Quote:
BISKUT DAHLIA

Bahan
225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose/tepunng gandum
ceri merah sebagai hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara






Quote:
BISKUT MAZOLA

Bahannya:
450gm tepung gandum.
250gm mentega kacang yg kasar sikit.
200 gm minyak masak mazola
200 gm gula aising
25 gm tepung Hoe Kwee
sedikit garam halus.

Caranya:

1. Masukkan semua bahan dan uli jadi doh. Kemudain bentuk doj mengikut acuan.
2.Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 180'c.







Quote:
Biskut Irish
Sumber : Majalah Saji (Sep/2008)

A.
180g butter
130g gula castor
20g shortening
1 biji kuning telur
1st nescafe
1st esen coffee

B
1/2st baking powder }
200g tepung gandum } ayak
100g tepung ubi }
40g nestum (kisar )

Hiasan: kuning telur – sapuan, Kuaci hijau dan Coklat chips atau choc.rice.

Cara

1.Putar bahan A sehingga sebati.Masukkan Bahan B dan gaulkan sehingga sebati.
2.Uli sehingga menjadi doh.
3.Canai dan terapkan mengikut acuan
4.Sapukan kuning telur (kita tak letak pun) dan hiaskan dgn kuaci hijau dan choc.chip/choc. rice.






Quote:
BISKUT KELAPA SERI HJAU

Bahan-bahannya:-

3 cawan Kelapa kering
2 cawan marjerin (mentega pun boleh)
2 cawan gula castor
3 cawan tepung gandum}
1 cawan tepung jagung} diayak sekali semua jenis tepung dan Baking powder.
2 cawan tepung ubi}
1 sudu besar baking powder}
4 biji kuning telur
1 sudu besar esen vanilla
2 susu besar pewarna hijau epal

Hiasan
Kelapa kering
Gula kristal hijau

Cara membuatnya:
1) Pukul gula dan marjerin hingga gebu masukkan telur kuning, sesn vanilla dan pewarna hijau.Pukul sebati sekali lagi.
2)Masukkan semua tepung gandum dan baking powder dalam adunan marjerin tadi..gaul rata hingga menjadi doh.
3)Terapkan dengan acuan yang disukai. Taburkan kelapa kering kemudian Gula Crystal bewarna hijau.
4)bakar pada suhu 150'C selama 15-20 minit.






Quote:
BISKUT COKLAT CIPS RANGUP
Sumber: Hanieliza

Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.






Quote:
BISKUT ARAB aka CRISTALL BALL
(Sumber: Hanieliza)

Bahan
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau

Caranya:
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
3. Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180'C selama 20-25 minit.
5. Bila dah sejuk taburkan gula halus.
6. Simpan dalam balang kedap udara.






Quote:
BISKUT SARANG SEMUT

Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.






Quote:
Biskut Bijan.

Bahannya:

2 - 3 cawan bijan (digoreng tanpa minyak sebentar)
2 cawan Marjerin (Mentega pun blh)
2 cawan gula Castor (Gula Halus pun boleh)
4 cawan tepung Gandum
2 cawan Tepung ubi
4 biji kuning telur
2 susu kecil baking Powder
1 sudu besar esen vanila.

Caranya:
Pukul gula dan Marjerin hingga sebati. Masukkan Kuning telur dan esen vanila dan pukul sebati. Kemudian masukkan semua jenis tepung dan baking powder yg telah diayakkan terlebih dahulu kemudian masukkan bijan.Gaul rata dan jadikan dough. kemudian terap dgn acuan yang disukai
Bakar pada suhu 170'c selama 20 minit atau hingga masak.


Ini koleksi kuih raya selepas seminggu lebih raya........sebelum ini penuh semuanya.



Disini juga ingin ucapkan tahniah buat anak saudaraku Siti dan suaminya Azree atas kelahiran cahaya mata mereka yang pertama. Selamat menjadi ibu dan bapa semoga kehadiran baby yang comel ini yang diberi nama Nadira Balkish akan mengeratkan lagi kasih sayang dan menambahkan lagi rezeki dan kebahagian dalam rumahtangga kalian berduaa.

Ini dia masa Balkish baru dilahirkan pada 12.09.2009 di klinik Razif, Klang.



Kenangan semasa masih berdua......jangan marah ya....(Penantian selepas dua tahun lebih)



Ok...sampai sini dulu hingga bertemu lagi dengan entry raya lepas nie.





[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net