APA-APA AJALAH DARIKU

By: Rohayati Mahmud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 24-Dec-2009 02:11 Email | Share | | Bookmark
Update-Ima kahwin 1/11/2009 dan jumpa Liza

Pengantin dah tiba.
Bilik pengantin luas dan cantik
Di Pelamin yang merah berseri
View all 10 photos...
Oh ya ini masa kita pergi ke majllis perkahwinan Ima. Ima nie dulu pernah kerja satu pejabat dengan kita. Last minute terjumpa maknya di pasar..terus dia jemput katanya Ima dah nak kahwin. Tahniah atas perkahwinan Ima ini. Majlisnya cukup meriah sekali. Kak Yatie sekeluarga mendoakan agar perkahwinan ini berkekalan dan bahagia selamanya.
Oh ya masa tengah nak balik jumpa Jam. Dia terlambat sikit..kalau tidak boleh join dengan kita sekali. Anyway sempat posing jap dengan Jam..dan minggu depan adik Jam pulak kahwin..he..he..asyik makan kenduri jelah npknya....cuti sekolah berderet-deret orang kahwin.

Jom layan gambar masa perkahwinan Ima ini. Comel cantik pengantinnya..bagai pinang dibelah dua....









Esuknya pulak kita pergi Pelabuhan Klang..so lepas tu teringat lama tak jumpa adik angkatku sorang nie..so call dia kata datanglah dia ada kat rumah. So kita pun singgahlah rumah Liza dulu. Seronok sembang lama tak jumpa.maklumlah raya pun dia ada hal samapai tak datang rumah kita..and kita pun sama busy tak sempat jenguk dia masa raya hari tu.



Sempatlah pulak dia buat mee hoon goreng, popia goreng untuk kami..hai rajinlah adikku sorang nie......Azmi kerja..so takleh jumpa lepas tu anak tunggalnya balik sekolah....dah berisi badan Irfan nie...Lepas tu balik nak ambil Zakwan dan Ira dari sekolah.

Apa-apa pun terima kasih atas layanan Liza pada kak Yatie...susah2 je.



Thursday, 24-Dec-2009 00:45 Email | Share | | Bookmark
Update-Perkahwinan Anak Jiran - Zarina

Pelaminya..cantik
Akad Nikah...
Dah selesai...
View all 12 photos...
Ini pula pada 29-30hb October berlansungnya pernikahan dan perkahwinan anak jiran kita yang dihadapan rumah. Anak perempuannya Mr. Atan dan Mdm. Lela yang kedua dan terakhir.

Oh ya majlis nikah berlansung malam 29.10.2009. Dan keesukannya ialah majlis bersanding dan jamuan diadakan. Kita telah di minta untuk memasak dan meyediakan hidangan untuk pengantin. Aduhai nak tak nak terpaksalah setuju je. Tau tak..kita telah masakkan 2 ekor ayam Rosemary grill chicken, 2 hidangan sayur, 3 ekor ikan bawal sweet sour, buah-buahan dan kuah black pepper tu. Kita juga telah membuat puding pelangi dan konyaku Jelly. Aduhai tuhan saja yang tahu...silapnya malam tu kita pergi majlis akad nikah so.....balik dah lewat malam. Apa lagi bertungkus lumus sorang-sorang siapkan ayam bakar, buat puding dan jelly terus tak tidur sampai esuk pagi sambung buat sweet sour ikan bawal, goreng udang dan masak sayur campur..alahai takda yg datang nolong...lepas tu dah siap semua masak barulah muncul orang nak datang tolong..tapi tak guna...kita tinggal nak hias je.....nasiblah badan. Akhirnya dengan pertolongan suami dan beberapa orang lepas tu sempatlah siap ikut masa.....
Kita hias lebih kurang aje..tak sempat nak deco cantik2 masa tak cukup.

Jom layan gambar....





Ini dia hidangan pengantin yang kita buat tu....






Kita tak dapat tenguk pengantin bersanding pun...suruh Ira ambil gambar tulah pasal gambar tak berap eluk....penat gila hari tu..sampai tak selera nak makan. Pergi jenguk kejap kat majlis tu..lepas tu balik baring kepenatan..dan satu rumah..tunggang-langgang bersepah. Pengalaman masak hidangan pengantin ..barang dia orang beli kita cuma masak dan hias tapi penatnya weh bila kita sorang je buat....patutlah kalu charge buat hidangn pengatin nie mahal harganya.


Wednesday, 23-Dec-2009 23:50 Email | Share | | Bookmark
Update- Ambil Kak Mah bawa jalan Jumpa abang Zali dan dtg rumah.

Azalia yang cute...
Pandai maman ye...
Tiga cucu saudaraku
View all 6 photos...
Ini juga entry terbengkalai- Al kisahnya ...selepas hantar budak gi sekolah ..tiba2 tak plan terus suruh ajak husband gi Putra Height jumpa Kak Mah. Sampai sana kita ajak dia orang jalan gi Shah Alam jumpa abang Zali dan lepas tu datang rumah kak Ana dan rumah kita kat Klang.Oh ya Azalia cucu saudara kita ikut sekali.

Sampai Shah Alam berhenti jap kat kawasan kedai rumah abang Zali..nampak kedai mamak terus singgah ..abang ya ajak minum kejap...Masa gi rumah abang Zali dia takda ..ada kat KPJ kerana buat dialisis buah pinggangnya tu. So selepas singgah rumah ..kita ajak kak Inah gi KPJ nak jumpa abang Zali. Pertama kali tengok abang Zali tengah buat dialisis..kesian dia....takleh ganggu sangat..so kejap je jumpa lepas tu kita semua beransur pergi dan terus ajak pi Klang. Singgah rumah kakak ku Ana jap lepas tu ambil Zakwan dan Ira balik sekolah. Pegi kedai simpang 4..beli aje lauk untuk makan tengah hari sama kak Mah dan abang Ya . Lepak dan sembang kat rumah lepas Asar pukul 5.00 ptg gitu kita pun hantar kak Mah semula ke Putra Height. Oh ya lupa hari ini hari jadi kitalah 21hb Oktober.......baru ingat..lepas tu ..semua wish happy birthday..no celebration .....lupa punya pasal..he.he....dah tua pun takpalah.

Layan gambar ni...









Lagi nest entry untuk update nie...


Wednesday, 23-Dec-2009 23:14 Email | Share | | Bookmark
Update - Entry masa pergi SUARASA TV9 KAT SHAH ALAM.

Restoran Azira
Parking kata Tesco
Jom Jalan
View all 6 photos...
Ini pun entry terbengkalai masa gi SUARASA TV9 kat Shah Alam ..tak salah masa tu hari Ahad 18.10.2009. Sebelum tu kita orang gi breakfast dulu kat restoran Azira lepas tu baru pergi kat Suarasa TV9..masa sampai parking pon dah penuh...so kita orang masuk Tesco dan parking je kat dalam tu senang cerita.

Jom layan gambar masa tu....












Zakwan pulak buat hal katanya rasa letih dan pening .dah tak mau jalan lagi..so lepas tu pergi kat pondok Upin dan Ipin belikan dia T.Shirt sehelai dan sticker lepas tu balik rumah.


Wednesday, 23-Dec-2009 21:36 Email | Share | | Bookmark
Update - Entry masa pergi rumah Asri kat Putra Height.

Di Putra Height (Rumah Asri)
Baby baru....
doa selamat
View all 6 photos...
Assalaamualaikum Semua!

Lamanya tak masuk dan jenguk sini ..rasanya hampir sebulan....bukan apa cuti-cuti sekolah ni sibuk sikit dan lagi ada anak buah dan kakak datang dari Trengganu so..banyaklah activiti2 yang dibuat..dah tu komputer pun sentiasa aja di gunakan oleh budak2 nie ha....

So entry kali ini dan seterusnya ialah cerita yang terbengkalai sejak bulan October hingga November yang masih belum diupdate. Lagi pun masa sebelum pemergian arwah abang Mad.....sepatutnya ada entry lain tapi tak sempat nak update..so layan jelah gambar-gambar ni.....

Masakan yang kita masak......



Resepi kemudian ya.







Ini pula masa pergi rumah anak saudara kita Asri kerana baru dapat baby dan ada doa selamat sikit kat Putra Height. Masa nie kakak sulung kita Kak Mah ( Mak Asri) pun ada datang dan juga Za.Za tu nak sangat makan cream puff so hari tu kita buatkanlah Cream puff, kek buah kukus dan kek biasa .



Ini dia baby Asri dan Dr Salini yang ke 3. (Tahniah Wei)





Nasi lemak,pulut kuning dan lauk semuanya order dari Restoran tu....




Lepas Zohor kami pun sekeluarga balik Klang.





[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net