APA-APA AJALAH DARIKU

By: Rohayati Mahmud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 28-Jan-2010 15:20 Email | Share | | Bookmark
CHILLED BLUEBERRY CHEESE CAKE,CINNAMON APPLE CAKE, KARI IKAN .

Cheese cake
Cinnamon Apple Cake
Makan-makan di rumah Usu Jay
View all 12 photos...




Lama tak tepek resepi dan masakan kat sini.....jom lihat apa kita masak



Ini dia ada buat cheese cake



Quote:


CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE
(Sumber:Hanieliza)

Bahan Base
150 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus]
2 s/b butter [suhu bilik]

Bahan Kerim
250 gm cheese cream philidephia
300 ml yogurt [perisa buah ]
100 gm gula halus [gula kastor]
100 gm ice-cream vanilla

Larutan agar-agar cair [panaskan]
130 ml air
1 s/b agar-agar serbuk

Hiasan [kacau sebati]
Filling blueberry
1 s/b air suam

Cara
1. Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang.
2. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati].
3. Masukkan yogurt dan ice-cream dan kacau rata
4. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.
5. Masukkan dalam loyang. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam.
6. Keluarkan dan letakkan filling blueberry.
7. Hidangkan.


Ini pula kek yang kita suka buat dan makan sekarang...mudah untuk membuatnya dan cepat . Cinnamon Apple Cake..kalau melayu namanya Kek Epal Kulit kayu manis..agaknya kot. Banyak kali buat baru sekarang ada gambar boleh tunjuk sini.
Buat kek ini kalau nak letak kismis ke, walnut ke pun boleh tapi kalau letak epal saja pun ok gak..terpulanglah.

Ini dia yang kita letak biji Gajus dan Kismis.



Ini yang hanya letak epal je.





Quote:

(Ini rupa yang letak gajus dan kismis tu.)

CINNAMON APPLE CAKE.
(KEK EPAL KULIT KAYU MANIS)

Bahannya:

4 biji telur
250 gm gula castor (kita letak 270gm -biar manis sikit)

220 ml minyak sayur - kita guna minyak jagung (Mazola)

400gm tepung gandum serba guna
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda atau sodium bicarbonate
1 susu kecil serbuk cinnamon (kulit kayu manis) -letak 2 sudu pun boleh kalau suka.
1 sudu kecil garam halus.
(Semua bahan ini ditapis bersama)

4 biji epal (kita guna epal hijau..saiz besar 3 biji pun ok)
(dikupas kulit dan potong dadu)

Optional : sedikit gajus/walnut/kismis/badam

Caranya:

1) Masukkan gula dan 4 biji telur dalam bekas kemudian pukul dgn kelajuan medium dan kemudian perlahan-lahan tuangkan minyak sayur kacau hingga rata.
2)Lepas tu masukkan bahan gandum semua yang telah diayak tu kedalam adunan gula,telur dan minyak tadi..kacau rata.
3)Lepas tu masukkan epal yang telah dipotong dadu tadi kacau sehingga rata.Kalau suka boleh letakkan kismis atau apa jenis kekacang..
4)Masukkan dlam bekas kemudian bakar pada suhu 170'C selama 45-55 minit...atau bila cucuk kek tidak melekat .


Ini masak biasa je....Kari Ikan Tenggiri..



Quote:


Kari ikan Tenggiri

KARI IKAN

Bahan-Bahan:
4 keping ikan tenggiri
4 susu besar serbuk kari ikan [bancuh ngan sikit air]
5 biji bendi
3 biji cili hijau
2 biji tomato [belah 4]
1 cawan air asam jawa
1 ½ cawan santan pekat
minyak
garam

Bahan tumis
5 ulas bwang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk /hiriskan
1 labu bawang besar] belah 4
1 inci halia ]
1 s/b halba campur - takda pun takpa.
2 tangkai daun kari

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa tadi [digaul dengan pati santan dan tapiskan]
4. Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Apabila mendidih masukkan bendi, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih..atau roti biasa/canai





Ini pulak kisah lama masa pergi rumah kak Jay atau Khatijah di USJ. Kak Jay nie dipanggil usu Jay je oleh anak-anak buahku .Oh ya kerana dia adalah adik kepada Arwah abang iparku Abang Mad (adik ipar Kak Ana) Memandangkan kakakku Ani dan anak buah dari Trengganu pun masih ada lagi...so dia telah mejemputlah Kak Anie,kak Ana semua dan termasuk kita sekeluarga pergi makan-makan dirumahnya.(wau rezeki jangan di tolak) Kebetulan hari tu ada buat jamuan sikit dan akhir sekali buat suprise birthday kat anak angkat Kak Minah tu.

Tak berapa ingat rumah dia nasib baik ikut belakang kereta Eju..so senanglah follow je
..on the way lebat gila hujan...sampai aje depan rumah dia kat USJ 14 tu ..hujan pun berhenti. Usu Jay suaminya orang US(Mat Salleh ya) dah lama kahwin dan duduk sini anak sorang je. Jadi pastinya menu yang disediakan kebanyakannya western food dan campur masakan arab sikit. Ada gak tetamunya orang Somalia nama Hasan..bukan main fasih cakap B.Melayu (kahwin dengan orang Melayu Johor) .Husband aku seronok berbual dengannya...he..he...

Oh ya...tak salah hari itu ialah 16.12.2009 ..pergi lepas Magjrib...Kak Ana tak berapa sihat so dia tak ikutlah....Memang semuanya enjoy makan..nak2 anak-anakku dan juga sepupunya...budak2 nie kalau pasta ke, piza ke selain hidangan nasi memang laju.......
Ada gak nasi lemak malam tu...tapi dia orang tak usik pun.....

Anyway terima kasih buat kak Jay kerana susah2 aje masak ...sedap pulak tu untuk jamuan malam tu.
















Setakat ini untuk entry kali ini....

Bye..terima kasih sudi singgah sini

Jumpa lagi....




Friday, 15-Jan-2010 00:43 Email | Share | | Bookmark
PERKAHWINAN WAN

 
 
 
View all 12 photos...


Entry kali ini ialah liputan masa Majlis perkahwinan anak lelaki abangku Zali iaitu Ridzwan atau dipanggil Wan saja. Untuk pengetahuan majlis akad nikah telah berlansung dirumah pengantin perempuan di Putra Height pada 9.12.2009. Malangnya masa pergi majlis akad nikahnya kita tak bawak camera...so takdalah gambar nikahnya.

So pada 11.12.2009 (Jumaat) majlis persandingan dan jamuan makan meraikan pengantin telah diadakan di Garden Terrace Golf Club, dekat Damansara, Kuala Lumpur.Pada hari itu nampaknya Menteri Besar Selangor Datuk Khalid dan isteri pun ada datang. Kakak sulongku Kak Mah dan abang Ya pun ada selain Asri,Za,Keluarga kita, Kak Ana dan Ezu, Kak Ani dan anak buah dari Trengganu yang ada tu. Ramai jugak tak dapat dapat hadir..seperti abangku Pie dan Kak Idah, abang Hoesni, adikku Suri, Wah, Siti Mazrah, Abang hairul dan Lin..masing2 ada hal...pasal hari tu hari Jumaat kot.

Majilis ini nampak mewahlah jugak....dari segi persiapan dan makanan yang dihidangkan. Wau dengar boleh tahan jugak besar belanjanya....takpalah ...Wan mampu....apa-apa pun majils berjalan dengan lancar dan meriah jugak. Cuma yang pasti majlis begini tak ramai sangat sedara mara yang boleh datang..tak salah setakat 500 orang je.

Tapi yang terkilan ialah kita dah plan bagai nak pakai tudung kilat dan kelip2 konon pada majlis tu..tup2 tak sempat plak kerana mengejar masa konon nak konvoi pergi sama2 kumpul rumah abang Zali di Shah Alam dulu. Jadi capai ajelah apa yang ada janji anak2 dapat siap dulu.....apa nak buat...nasib..tak terpakailah tudung kilat dan glamor kita tu..hope ada majlis lain nanti boleh pakai. Kalau jenis sarung terus senang ini selendang..itu masalah sikit. Ramai yang tanya..kenapa tudung tak berkilat..ha.ha..perli nampak......

Dengarnya Wan baru saja balik berbulan madu dari Bandung.....apa-apa pun jom
layan gambar-gambar yang ada....banyak tak berapa cantik......



























































































Thursday, 14-Jan-2010 02:27 Email | Share | | Bookmark
update- KENDURI NORMI & ADIKKU WAH....

Kenduri.....
Adam..nak kena potong.
 
View all 6 photos...
5/12/2009 - Adikku Sabariah tiba di Klang Sentral naik bas dari Kemaman dengan dua anak daranya Khairiah dan Basirah. Sebenarnya dia datang pasal ada kursus syarikatnya dekat KL tak salah. Katanya tak lama 8/12 dah nak balik. So kita suruh dia tinggalkan anaknya dua orang tu kat Klang..lagi pun bukan selalu datang. Nanti biar dia balik sama dengan Acik Ani dan sepupunya Nabila tu. Memandangkan cuti sekolah..so Wah pun setuju.

Anaknya Khariah baru lepas PMR dan tahniah kerana dah tau dapat 8A..adiknya Basirah pun apa kurang dapat 5A dalam peperiksaan UPSRnya. Tapi Basirah nie orang tengok tak caya baru darjah 6 (tahun nie form 1 ) sebab badannya tegap dan tinggi...macam budak U adalah..kalah si Zatie dan Kak Ezunya......

Lepas ambil dari Klang Sentral Kak Ana bawa mereka sekali dengan Kak Ani kerumah Hairul & Lin di Kota Damansara. Besuk jumpa kat kenduri Normi katanya.

So besuknya 6/12/2009 pergilah kenduri rumah Normi..tak ingat nak tanya terus dua2 konvoi pergi Bandar Putera..tup.tup takda orang....wah silap..call balik Normi..rupanya dia buat kat rumah maknya (Su Yah)..ala penatnya gi jauh2 padahal tadi dah sampai..tulah tak ingat nak tanya rumah mana. So patah balik.......gi rumah Su Yah.
Masa ni Zatie tak ikut dia teman adiknya Zakwan yang baru lepas bersunat tu kat rumah...Anak Normi Adam umurnya 10 tahun..pun lepas kenduri nie baru nak di sunatkan.....

Banyak jugak yang Normi tempah dan masak untuk kenduri Khatan Adam nie..ada Nasi Ayam (Tempah dari kedai Faridah tu), Pulut Kuning, Rojak buah, Kuih Muih, agar-agar..Muffin ,puding (tulah rugi tak ingat nak snap gambar makanan). Kita orang sampai dah akhir-akhir..lebih kurang pukul 6.00 petang gitu..majlis dah dekat nak berakhir..tapi nasib baik makanan banyak lagi. (Siap aku boleh tapau buat balik lagi..he.he.he)

So dapatlah Kak Ani (dari Trg) dan Wah (dari Kemaman) jumpa Kak Long (kakak Normi - yg duduk kat Perak tu) dan Su Yah kat situ.....

Jom layan gambar Kenduri Khatan Adam nie.....






Besuknya - 7.12.09 - Kak Ana Hantar Wah jumpa kawannya yang tinggal kat Solok Kemuning..entah lebih kurang gitulah namanya...nak pergi tempat training sama-sama.
So Aku dan Husband pergi bawak anak Wah Khairiah dan Basirah ikut pergi Klang Sentral beli tiket untuk Maknya nak balik besuk (8.12.2009) serta belikan tiket untuk anaknya balik sama Acik Ani nanti. (Beli tiket tarikh 24.12.2009)

Ini dia masa gi beli tiket Klang - Trengganu....lepas tu rasa lapar ..terus makan kat situ aje......





Lepas tu balik rumah..sebelah petang Kak Ana bawa kak Ani, Nabila dan Wah yg dah balik dari training datang rumah....riuh rendah..berborak ramai2..seronoknya...lama tak jumpa ramai2 macam nie..esuk Wah dah nak balik..kena gi hantar dia........

Ini je gambar yg ada buat kenangan masa Wah datang.......itupun masa hantar dia balik kat Klang Sentral tertinggal camera........



8/12/2009 Hantar adikku balik kat Klang Sentral naik bas Express ke Trengganu..dan dua anaknya tinggal dulu kat Klang....usah risau kataku........

Lepas Maghrib..Kak Ezu bawa anakku Zatie,Ira , Nabila Khairiah dan Basirah pergi jalan kat Jaya Jusco Bukit Tinggi.......

Layan mereka kat JJ, Bukit Tinggi ,Klang....
















Seterusnya akan diupdatekan sekitar Majlis perkahwinan Wan anak abangku Zali .






Wednesday, 13-Jan-2010 16:59 Email | Share | | Bookmark
Update lagi : EXERCISE KE MAIN-MAIN JE....

posing sebelum keluar....
Exercise ke tu.....
 
View all 6 photos...
Ini gelagat anak-anakku Zatie dan Ira sama sepupunya Kak Ezu dan Nabila (anak Kak Ani dari Trg) masa gi nak Exercise kat Stadium Sultan Sulaiman atau panggil stadum Kota Raja, Klang aje....

Oh ya sebelum tu...jamu mata dulu dengan Nasi Ayam yang kita masak cincai2 aje dan Puding caramel....






Ini dia ...masa mereka gi exercise kat stadium tu.....














entry seterusnya......



Wednesday, 13-Jan-2010 14:28 Email | Share | | Bookmark
POTONG JANGAN TAK POTONG....1/12/2009

Tempat nak kena potong....
Tunggu.....
Kenduri..di Tumang...
View all 6 photos...
Musim cuti sekolah musim budak-budak berkhatan..so anakknu Zakwan dah umur 11 tahun baru je nak dikhatankan tahun nie.

Buat appointment kat Klinik Hamzah.....so kena potong pada 1/12/2009. Pukul 11.30 pagi gi klinik tu. Dia selamat disunatkan..he..he..Bila ditanya lepas dia keluar bilik katanya
" tak sakit...tak rasa apa-apa pun". ok lah tu.

Untuk pengetahuan kenduri sunatnya dah buat awal dulu masa rumah Pak Longnya buat kenduri arwah dan aqiqah serta cukur jambul baby Kak liza tu....sembelih lembu seekor...so tumpang kongsi sekali.....

Alhamdullilah nampaknya..lepas 7 hari dia betul2 baik dan takda apa-apa masalah.

Jom layan gambar Zalwan dan Kenduri kat Air Mawang tu.....







Ini gambar Aziah dan anaknya datang melawat Zakwan.....




Ini pula gambar kenduri kat rumah Pak Long budak2 nie di Tumang, Johol, NS.









Lepas nie....update lagi......



[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net