APA-APA AJALAH DARIKU

By: Rohayati Mahmud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 1-Apr-2010 17:19 Email | Share | | Bookmark
BALIK DOH - DI KLANG SENTRAL -23.12.2009

Menunggu bas tiba....
Sedihnya......bas dah tiba.
Bye....
View all 6 photos...
Assalaamualaikum!

Masih update entry lama yang terbengkalai lagi.......

23.12.2009 - Hari ini rasa sedih sangat kerana dah begitu lama bersama dengan Kak Ani dan anaknya Nabila dan 2 orang lagi anak saudara ku Basirah dan Khairiah (anak adikku Wah) bercuti di Klang tiba2 dah samapai masa mereka dah nak pulang ke Trengganu. Maklumlah besuk result SPM akan keluar....so Khairiah dan Nabila kenalah balik nak ambil result mereka.

Kami hantar mereka naik bas Expresss ke Trengganu di Klang Sentral. Kak Ana, Ezu dan kami sekeluarga turut menghantar mereka nie.

Yang pasti rasa rindu pada mereka ini begitu ketara selepas bas yang mereka naiki bergerak membawa mereka pergi meninggalkan Klang Sentral...semoga akan bertemu lagi seperti ini.......dilain waktu....

Jom layan gambar yang sempat diambil.....







Selepas tu kami sekeluarga pergi ke Jaya Jusco Klang......






Thursday, 1-Apr-2010 16:43 Email | Share | | Bookmark
EZU BAWA SEPUPU JALAN KLCC - 22.12.2009

Depan rumah Kak Ana....
Di KLCC
 
View all 6 photos...
Jumpa lagi..

Sehari sebelum sepupunya dari Trengganu nak balik...Ezu telah membawa sepupunya termasuklah kedua anakku pergi KLCC .

Jom layan gambar pupu2 ini masa ronda kat KLCC tu......



















Masa balik rumah semuanya keletihan......besuk mereka semua dah nak balik Trengganu.



Thursday, 1-Apr-2010 16:15 Email | Share | | Bookmark
MAKAN MALAM RUMAH ABANGKU PIE - 21.12.2009

 
Tengah menjamu selera
Jom makan
View all 6 photos...
Jumpa lagi.....

Assalaamualaikum!

Ini pula kenangan masa bawa kak Ani dan anak buah dari Kemaman makan malam rumah abangku Pie.

jom layan gambar.......










Dah kenyang dan lewat malam...kami pun balik...dengarnya besuk Ezu nak bawa sepupunya semua jalan kat KLCC.

Sambung lagi next entry....








Thursday, 1-Apr-2010 15:27 Email | Share | | Bookmark
DIRUMAH ITA (SEPUPU) DI SG.BULUH-20.12.2009

Dirumah Ita..
Ini meja sama macam kat rumah.....
Di Taman tasik Biru
View all 6 photos...
Assalaamualaikum!

Hari ini pulak plan nak bawa Kak Ani dan anak buah pergi rumah kak Ita (Sepupu sebelah ayah) di Sungai Buluh.

Dah lama tak pergi rumah dia....kali ini datang rumahnya dah lain..rupanya dah diubahsuai dan nampak begitu luas. Kali ini yang pergi keluargaku, Kak Ana dan Ezu serta kak Ani dan anaknya Nabila, anak buah Khairiah dan Basirah.

Kami berada disitu dari pagi hingga lepas zohor. Terima kasih atas layanan Kak Ita semasa berada dirumahnya. Seronok gila berbual dan bercerita..apalagi Kak Ita dan Kak Ani dah lama tak jumpa. Sama-sama tolong masak untuk makan tengah hari . Anak perempuan bongsunya punyalah ramah dan keletah...seronok dengarnya bercakap....kelakar pun ada....cute sungguh...mesra alam betul...namanya dah lupalah...

Lepas sembahyang zohor lebih kurang pukul 3.00 kami pun beredar untuk pulang...dan Kak Ita dan anak bujangnya tunjukkan jalan pulang ke highway dan sebelum tu singgah kat Taman Tasik Biru sekejap...nak tengok je..dan bergambar sikit.

Jomlayan gambar...










Sampai sini sambung next entry.....





Thursday, 1-Apr-2010 14:30 Email | Share | | Bookmark
KENANGAN - BAWA KAK ANI DAN ANAK BUAH KE PUTRAJAYA.

Di Alamanda...
Cousin
Achik Ani tu..
View all 12 photos...
Assalaamualaikum!

Lama betul tak masuk sini...banyak betul yang tak update kak sini..bukan apa ..PC ni buat hal sikit....dan kita pun busy tak bersebab..he.he...

So kali ini nak update semua gambar yang terbengkalai sebelum nie..kisah tahun lepas tak habis lagi.....senang cerita buat entry by entrylah ya.

Kali ini nak cerita ..beberapa harilagi sebelum Kak Anie dan anak buah nak balik Trengganu (23.12.2009) so Kak Ana, Ezu, Hairul dan kita sekeluarga berpakatlah nak bawa mereka nie jalan2 kat Putrajaya tu. Tapi amatlah malang setiba di Putrajaya hujan pulak turun dgn lebatnya...so tak dapatlah nak bawa jalan2 dan ambil gambar kat tempat menarik..cuma bawa mereka pergi Alamanda , kemudian pergi Masid Putra untuk solat Mahgrib dan Isyak...kemudian terus balik Klang..dan makan2 di Simpang Empat .

Jom layan gambar....















Oh ya sebelum balik rumah singgah rumah Kak Ana...kerana hari ini ialah birthday Ezu.
Kek itu kita buat..tapi tak sempat nak letak topping bagai kerana nak ikut dia orang gi jalan sama tadi.....suka2 ambil gambar ramai2 ......



"Happy birthday Ezu semoga panjang umur murah rezeki"

Sambung lagi update next entry......









[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net