APA-APA AJALAH DARIKU

By: Rohayati Mahmud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  12  13  14  15  16  17  18  [19]  20  21  22  23  24  25  26  >  >>]    [Archive]
Monday, 1-Sep-2008 01:42 Email | Share | | Bookmark
HARI PERTAMA RAMADHAN

 
 
 
View all 4 photos...
Selamat berpuasa semua buat teman-teman yg pernah dan sudi jengah kat sini dan buat yang sudi jadi sahabat semoga persahabatan dan perkenalan berpanjangan. Oh ya sempena hari petama ni biasanya semua orang macam excited jekan..dan bila berbuka tu macam-macam nak beli dan fikir apa best untuk dimasak....kita pun tengah fikir nak masak apa..pencuci mulut apa.....tak tau lagi.....


Ini dia hadiah yg tlh kita ambil dan gantung kat sini....pemberian Zira sempena Ramadhan . Terima kasih ya, sudi beri hadiah nie.

Pagi nie free sikit jom pi tengok pokok-pokok kat rumah kita..lama tak dibelai....











.


Sunday, 31-Aug-2008 09:19 Email | Share | | Bookmark
Salam Merdeka Semua....

 
 
 
View all 5 photos...
Hari ini genablah kita menyambur Hati Kemerdekaan yang ke 51. Salam Merdeka buat semua ya.....semoga negara akan terus aman dan semua dimurahkan rezeki hidup gembira dan sejahtera sentiasa..amin.

So hari merdeka yang gilang gemilang kita pun tentu ceria. jadi keceriaan hari merdeka ni kita pun memilih untuk buat sesuatu yang warnanya ceria dan bersinar..bukan lompang tau...tapi.. ini dia..KONNYAKU JELLY. Dah lama tak buat ...senang aje buatnya janji ada buah segar atau dlm tin... perisa buah-buahan atau jus.....

Inilah dia KONNYAKU MERDEKAKU......









Saturday, 30-Aug-2008 08:35 Email | Share | | Bookmark
BREAD PUDDING & KEK

BREAD PUDDING
 
 
View all 7 photos...
Hari ini hari Sabtu ..pagi kita buat Puding Roti Bakar untuk breakfast makan dengan Nasi Beriani dan lauk Ayam Kerutub yg masih ada balance semalam. Ini kerana hubby kita dan anak no.2 Ira tak makan malam dirumah semalam ..mereka pergi Sekolah MGS ada solat hajat untuk anak-anak lulus PMR nanti.

Jiran depan rumah ada kenduri lepas Asar katanya. Kebetulan kita tengah rajin buat Kek Chocolate Moist untuk anak kita Zakwan dan nak hantar rumah kakak kita sebiji.(Anak saudara suka makan kek nie). So alang2 tu buatkan sebiji lagi lebih untuk sedekah rumah jiran yg kenduri tu..lagipun dah dekat nak puasakan..bila lagi larat nak makan kek. Bahan buat icing pun masih ada lagi. So kita taram decor lebih kurang. warna dan nozzle yg kita ada itulah digunakan. Cuba buat bunga Ros masih tak jadi. bunganya tak tegak jatuh gitu....agaknya kena buat royal icing baru jadi bunga ros nie.....atau kita salah beli nozzle.Nampaknya kena pergi kedai bakery lagi beli Nozzle yg sesuai buat bunga ros....







Rasanya ramai dah tahu buat puding nie. Kita buat sukatan separuh dari resepi dibawah nie.

BREAD PUDDING.

Bahannya:
10 keping roti, dipotong kiub. (kita carik-carik je)
1/4 cawan marjerin dicairkan
1/2 cawan kismis (kita guna mixed fruits aje.kismis byk dlm tu)
1 sudu teh serbuk buah kayu manis (tak guna pun)
6 biji telur
3/4 cawan gula
2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
3 cawan susu yang telah dipananskan (kita bancuh susu tepung nespray dgn air panas)
Secubit serbuk buah pala.

Caranya:
1.Panaskan oven pada suhu 190'c
2.Dlm mangkuk yg besar, campurkan roti,mentega cair,kismis dan serbuk kayu manis. Gaul hingga sebati dan masukkan kedalam loyang pembakar.
3.Kemudian pukul telur,masukkan susu panas perlahan-lahan dan kacau rata. Tuiang adunan keatas roti dan taburkan serbuk buah pala. Ketepikan 5 minit supaya cecair meresap kedalam roti.
4.Lepas tu baru bakar lebih kurang 25-30 minit. Dah siap....blh makan.


Ini Kek yang kita bawa gi kenduri rumah jiran.





Ini kek hantar rumah kakak kita.








Saturday, 30-Aug-2008 01:03 Email | Share | | Bookmark
NASI BERIANI,AYAM KERUTUB DAN ACAR.

Nasi Beriani
Kerutub Ayam.
Acar
View all 4 photos...
Busy sikit baru pagi nak update masakan ini yang kita buat hari Jumaat baru-baru ini dan sebelum tu ada gak yg order kuih Lompang dan Cara Berlauk . Tiba-tiba aje rasa nak makan nasi beriani bila fikirkan puasa nak dekat nie masaklah best sikit. Ayam pun ada so bolehlah buat Ayam masak kerutub..pasal tak plan pakai buat aje bahan asas ada cukup..klu setakat daun pudina takda, buah keras takda,kacang peas takda..Sebenarnya banyak sungguh bahan sampingan yg takda nie..cili merah dan timun pun takda tapi kita still boleh replace benda lainkan. Akhirnya termasaklah jugak w/pun bahannya tak lengkap....

Oh ya terima kasih Zira sudi ajar kat mana boleh edit gambar...so sekarang nie kita pun dah mula mengedit gambar berbagai stail...he..he...seronoknya.....



Resepi Nasi Beriani.

2 pot beras Basmathi.
Air (sama tinggi level beras dlm bekas)
1/2 tin susu Ideal Milk
2 sudu besar tomato Puri (kita letak Tomato Sauce biasa (Maggie)
1 sudu besar rempah kurma atau rempah beriani.
5 sudu besar minyak sapi (kita pakai pure Ghee hijau tu)
Sedikit bunga lawang,buah pelaga dan kayu manis.
Garam secukupnya
Gula secukupnya.
Buah Gajus
Kacang Peas ( Kita takda kali nie)
Kismis (Takda tapi guna Mixed fruits byk kismis gak dlm tu.)
2 batang serai
4 helai daun pandan

Bahan di Blender: (Agak-agak aje pun boleh)

2 ulas bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang Putih
11/2 inchi Halia

Cara masak:

Panaskan periuk (kita pakai rice cooker je klu sikit) kemudian letakkan minyak sapi.Bila pijar masukkan bunga lawang,buah pelaga dan kayu manis kemudian bahan kisar,rempah beriani atau kurma daun pandan,serai,limau purut tu dan tumis sampai naik bau. Lepas tu masukkan tomato sauce, garam dan gula. Lepas tu masukkan sukatan air yg sama level dgn beras tu biarkan mendidih. Lepas tu masukkan susu cair
biar mendidih lagi.Terus masukkan beras dan buah gajus dulu, kacau rata dan tutup periuk hingga nasi masak. (Caranya kalau periuk biasa letakkan kertas in between periuk dan penutup. klu air dah basah kertas tu tanda nasi dah nak masak dan kering - rice cooker klu punatnya dan naik atas-) Masa inilah bukak tudung periuk dan letakkan pewarna kuning, buah kismis,kacang peas dan kaup-balikkan nasi biar warna dan buah-buah rata sikit je. Ingat jangan kacau lebih nanti nasi jadi pecah macam hancur ..rupa tak cantik..balik balik dg senduk sikit aje lepas tu tutup periuk dan biarkan sehingga masak dan kering dlm anggaran 15-20 minit lagi. Siap bukak tudung baunya semerbak...



Kerutub Ayam
Resepi Kak Lizal

Bahan
1 ekor ayam [1.5 – 2.0 kg]
80 gm rempah kerutup [ dibancuh dgn sedikit air]]
800 ml santan [ 1 biji kelapa]
30 gm gula merah
30 gm kerisek
80 ml minyak untuk menumis

bahan kisar
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras (takda tukar biji gajus)
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendideh
4. Masakkan sehingga kuah pekat dan ayam lembut.
5. Pastikan kacau sekali sekala.
6. Hidangkan dengan nasi,roti atau apa-apalah



Resepi Acar

Bahannya:

Timun ( takda timun hari tu)
Senkuang
Lobak Merah
Cili hijau dan Merah (takda letak cili api kecil tu aje)
Bawang merah atau bawang besar dimayang halus.
Cuka secukupnya.
Garam dan Gula secukupnya

Caranya:
Potong timun dan buang tengahnya. Potong nipis semua sayuran diatas.
Didalam mangkuk.Letak cuka,gula,garam,cili dan bawang gaul sebati lepas tu masukkan sayuran yg dipotong tadi dan perapkan sekejap sebelum makan.

Ini dia order Kuih Lompang dan Cara berlauk hari tu...jgn pangiilku Yati Lompang dahlah.











Friday, 29-Aug-2008 12:47 Email | Share | | Bookmark
NASI LEMAK DAN MUFFIN PANDAN

Jom tengok nasi lemak dan Muffin Pandan yang kita pernah masak ni.

NASI LEMAK





MUFFIN PANDAN



Nanti bila Free kita tepek resepi ya....byk lagi nak update nie....




[<<  <  12  13  14  15  16  17  18  [19]  20  21  22  23  24  25  26  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net