APA-APA AJALAH DARIKU

By: Rohayati Mahmud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 4-Nov-2008 01:48 Email | Share | | Bookmark
Kek Hantaran Tunang Dan Birthday

Kek Tunang.
Basketweave
Kek Birthday Nadhrah
View all 4 photos...
Apa khabar semua? Permulaan bulan ini kita agak sibuk. Pada hari Ahad lepas 2/11/2008 mendapat tempahan untuk buat kek Tunang untuk adik Jam. Kek Birthday untuk anak perempuan Aziah, Nadhrah dan juga tempahan kuih lompang dan Apam. Oh ya Brownies juga ditempah oleh Tila..semuanya nak hari Ahad. Alhamdullilah kita dapat siapkan semuanya walaupun sibuk..lagi pun nak uji kemampuan..larat tak...rupanya boleh buat tapi kena atur masa......

Kita memang minat decor mendecor kek nie.......dan yang paling seronok dan gembira ialah kita dah boleh buat bunga ros. Dulu buat selalu tak jadi lembik aje....rupanya icing border dgn bunga tak sama...itulah pasal tak jadi..surf punya surf kat internet dapat resepi stiff consistency untuk buat bunga rose. So kita buat dan apply atas kek tunang adik Jam nie..akhirnya dengan resepi nie kita berjaya buat bunga ros yang nampak terletak tak jatuh. Temanya purple nak ada baskeweave ......yg lain2 suka hatilah buatnya.....itu permintaan. So sesuailah buat bunga rose bila tepi basketweave....tapi sedihnya bab menulis atas kek nie lemah sikit..tak pandai....buruk rupa tulisanku ini...nanti nak belajar buat tulisan cantik sikit.....

Inilah rupanya kek decor pertama kita yang ada bunga rose......
Macam mana pls comment ? Kalau sudi.....









Kek decor nie kita buat kek chocolate dan belah dia letak cream chocolate dan topping chocolate atasnya.

Ini dia resepinya lain sikit tapi memang memang moist dan sedap...kata orang yang dah makanlah masa buat dulu-dulu...........resepi nie pemberian Kak Min ..adik ipar kakakku Ana..dah lama tak buat.....so masa belek resepi lama baru teringat..kek resepi ini pernah buat masa kerja dulu ..ramai kata sedap....so sesiapa yang suka silalah cuba ..cuma leceh sikit membuatnya..tulah bercinta bila nak buat nie.....tapi sedap punya pasal kita buatlah jugak.

Chocolate Cake (Soft & Moist)

8oz (250gm) Butter (Margarine pun Boleh)
8oz(250gm) Gula Castor
6oz Self Raising Flour
4 biji telur Size A (klu saiz B – 5 biji)
(Asingkan Kuning dgn Putih) Putih pukul hingga kembang dan ringan.
2oz Serbuk koko – (ayak dulu)
1 sudu besar susu pekat manis
½ mangkuk air (about 100ml)

Prosesnya:

1)Tapis serbuk koko dan masak secara double-boil
Bersama susu pekat dan ½ mangkuk air.
2)Pukul butter dan gula sampai kembang,
Masukkan adunan koko tadi,telur kuning
Dan kacau sampai rata. Masukkan tepung
Gandum, pukul sampai rata.
3)Kemudian masukkan putih telur yang
dipukul dalam adunan, kaup balikkan
hingga selesai.
4)Tuang dlm acuan bulat saiz 8” kemudian
bakar dengan dlm oven suhu 160’c sehingga masak.
50-60 minit lebih kurang.

Topping Chocolate:

250gm cooking coklat
1 sudu besar butter
1/2 cawan whipping cream

Caranya:
1.Cairkan cooking coklat secara double-boil
2.Angkat dari air panas dan masukkan butter 1/2 cawan whipping cream. Kacau hingga sebati.
3.Tuangkan atas kek dan hiaslah.

Ini pula kuih Lompang dan Apam Eno ....



Ini pula kek Birthday untuk Nadhrah yang dah siap decor.......
Budak perempuan mesti suka warna pink...akhirnya inilah rupa kek yang dapat kita decorkan.







(Note: dapat feedback....Nadhrah sungguh gembira bila tenguk kek itu - lega rasanya)

Oh ya dek kerana sibuk buat kuih dan decorkan kek terlupa nak ambil gambar brownies yang Tila order..Kali ini kita buat Brownies ambil dari FP Madiha......psl npk very yummy...namanya pun dah mengancam. ini dia resepi itu..tapi gambarnya takda..pakai gambar brownies yg buat dululah....thnks Madiha..



CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

Bahan:
250 g butter - potong kecik
400 g coklat masakan - potong kecik
6 biji telur
340 g brown sugar
2 s/k esen vanilla
20 g chocolate emulco (anggaran 1 sudu besar)
80 g tepung gandum (ayak bersama coco powder)
60 g cocoa powder
140g kacang walnut/pecan/ macadamia (optional)-toastkan ( kita guna walnut )

Cara:
1) Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas tray 11X11. (Madiha guna tray shortbread 12" x 12")
2) Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
3) Masukkan telur, gula, esen vanila dan chocolate emulco dalam satu mangkuk yg lain, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
4) Tuang butter dan coklat cair tadi kedalam mangkuk adunan telur tadi dan gaul rata.
5) Masukkan tepung & coco yg diayak sikit demi sikit dan gaul rata. Jangan gaul terlalu lama.
6) Tuang dalam tray dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7) Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad. (Letak topping coklat aje)

Coklat Topping (ini yg kita buat buat)
Bahan2
250 g coklat masakan
1sudu besar butter
1/2 cawan whipping cream

Cara
1.Cairkan cooking coklat secara double-boil
2.Angkat dari air panans dan masukkan butter 1/2 cawan whipping cream. Kacau hingga sebati.
3.Tuangkan atas brownies dan taburkan chocolate rice dan manik warna warni.

Terima kasih pada kawan-kawan terutama Jam dan Tila yg sentiasa menyokong dan sesiapa yang sudi menempah dan order tu....
Apa yang yang terkurang harap maafkan........

Cukup sampai disini nanti jumpa lagi...










Wednesday, 29-Oct-2008 23:22 Email | Share | | Bookmark
CUP CAKES DAN PERGI RUMAH TILA.

Cup cakes
Without any topping
Bunga raya yg cantik
View all 5 photos...
Anak buah kita Gina yang tinggal kat Shah Alam hari tu ada kata nak cup cakes sebab anak perempuan dia yang teringin sangat nak cup cakes. Buat cake chocolate katanya.So hari ini rasa rajin lagi pun macam free aje so kita pun buatkanlah cup cakes lagi pun hari nie nak gi Shah Alam hantar kek untuk anak Tila. Semalam tak sempat ambil.

Kita malas nak bancuh icing so hanya letak topping chocolate warna oren dan chocolate rice tabur gitu aje. Very the simple and easy. Ini cup cakes yang kita buat.





Ini dia resepi kek yang kita buat tu...

Chocolate Moist Cake
(Sumber; Chef Farid)

Bahan-bahannya:
1.Kuning Telur 5 biji, 130 gm Gula, 25 Ml Susu UHT
2.180gm Butter.
3.32 gm Serbuk Koko
4.130 gm gula, 5 biji Putih Telur
5.150 gm Tepung, 5 gm Baking Powder, 5 gm Soda Bicarbonate
Sedikit Chocolate Emulco (Kalau suka)

Proses Membuatnya
1. Adunkan No. 1 selama 1 minit – medium Speed.
2. Masak No.2 hingga cair, kemudian masukkan 3, kacau hingga sebati
3. Adunkan 4, pukul hingga kembang – guna high Speed.
4. Akhir sekali masukkan semua bahab dan adunkan hingga sebati
– guna low speed.
5. Masukkan adunan dalam acuan (Loyang atau Mangkuk kertas)
6. Bakar hingga masak. Bila cucuk tak lekat. (Suhu lebih kurang 170’C)

Sejak Tila tinggal Shah Alam inilah kali pertama kita sampai rumah dia. Itu pun dia dah siap tunggu depan Selangor Medical Centre dan ikut dia kerumahnya di Seksyen 19 tak salah.Kita tak boleh lama sekadar singgah kejap nak hantar kek dan kena balik cepat sebelum pukul 5.30 ..nanti nak ke Klang elak kena jam yang teruk itu pun Tila sibuk nak hidangkan air dan sebagainya. Tila bagi kita tapau jemput pisang dan rojak yang dia beli lagi. Dirumah Tila kita kenan dengan pokok bunga raya yang cantik warnanya. Jarang jumpa nie. Berkenanlah pulak..itu mak mertua dia tanam beli pokok masa gi Cameron Hingland dulu2. So kita kata kalau boleh tolong semai sepokok untuk kita. Begitu juga Pokok bunga Lilynya yang warnanya macam bunga raya tu jugak...cantik....
Pantang tenguk bunga dan pokok...kalau dah berkenan tu......tak tau nak cakap........








Ini Rojak yang Tila kasi Tapau buat balik.


Nasib baik sempat sampai rumah on time untuk jemput Zakwan dari sekolah agamanya dan jalan belum jam teruk lagi .






Tuesday, 28-Oct-2008 17:52 Email | Share | | Bookmark
Di penhujung Syawal ini...semakin meriahlah pulak.....

Cake Adam
Hari ini dah 28.10.2008..bermakna tinggal sehari lagi esuk bulan Syawal akan berakhir.
Nampaknya diakhir syawal keadaannya semakin meriahlah pulak bagiku. Apa tidaknya
sejak 25.10.2008 hingga semalam 27.10.2008 aku beraya kerumah kawanku Jam dan adik angkatku Liza. Lepas tu rumahku dikunjungi pula oleh anak buah sebelah Trengganu dan esuknya pula Mak Busu dan Juga Mak Cu berkunjung dan raya sekali kat rumah.

28.10.2008.
Oh ya , pagi tadi kita dah siapkan sebiji kek buat anak kawanku Tila yang menyambut harijadinya yang ke 4 tahun hari ini - 28.10.2008. Anyway "Happy Birthday to Adam".

Lihatlah kek yang ku decorkan ini buat Adam (Anak Tila)









Kita buat kek Choc. Moist dapat dari FP Kak Amal. Kita tenguk kek kak Amal buat tu macam sedap aje ....try resepi baru pulak....lagipun senang aje cara buatnya (Note: thanks Kak Amal)

CHOCOLATE MOIST CAKE
[Sumber : Kal Amal ambil dari merpati66]
bahan-bahannye
225ml sunflower oil
225ml susucair [ideal]
4 sudu besar golden syrup
4 sudu besar dark coco
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
210 grm tepung naik sendiri
210 grm gula halus

caranya
-gaulkan kesemua bahan
-bakar 180 = 45 minit

Semoga Tila dan anaknya Adam suka pada kek yang kita buat dan decorkan ini.

27.10.2008

Pukul 12.30 tengahari - Adik iparku Mak Busu sampai ditemani Pak Cu dan Mak Cu. Mula nya ingat nak buat Nasi Lemak. Tetapi kita tukar buat nasi dagang.kerana Mak Busu tak pernah makan nasi dagang yang kita buat. Kita masak lebih sikit untuk adik angkat kita Liza yang mungkin juga akan berkunjung kerumah hari ini. Ada buat kuih Cara sikit. Sebelum tu kita sempat siapkan tempahan kuih Cream Puff buat kakak Ipar kita kak Idah. Tak sempat snap gambar. Petang Liza adik angkat kita pun sampai. Lepas Maghrib jiran baru kita Man dan Isterinya pun ada berkunjung kerumah sekejap...babynya makin comel ...isterinya Aida baru lepas pantang.







Ini pula gambar Liza yang sempat kita rakamkan semasa dirumah kita...



Ini pula jiran baru Man dan Isterinya Aida yang baru lepas pantang.....



26.10.2008
Anak buah Za..call kata nak datang rumah petang nanti dlm pukul 6.00 ptg atau lambat sikit. Sebenarnya hari ni dah janji nak pergi rumah adik angkat kita Liza tengah hari ini. Sebelum keluar kita pergi pasar dulu .lagi pun Orang N.S pun nak datang nanti..kena juga beli bahan nak masak ....So tengahhari pergi rumah Liza....dan balik rumah petang kita pun bersilat kat dapur masak apa yang cepat dan senang ajelah.....Inti kacang hijau asam gumpal dalam freezer banyak lagi...so kita pun buat asam gumpal.....kerana Za nak makan katanya. Lagi pun yang datang nanti org Trg belaka abangnya Asri ..... Pukul 6.30 ptg siap masak semua.....anak saudara kita nie rupanya sampai rumah Kak Ana pun dah pukul 8.30 malam. Kak Ana ikut sekali tunjukkan rumahku. Maklumlah bukan selalu datang jadi tak berapa ingat rumah kita..kenalah Kak Ana lead them to my house. Seronok berbual dan bergurau dgn anak buah nie bila lama tak jumpa..riuh jugaklah jadinya...lepas makan dan berbual .... kita bawa mereka iaitu Asri dan Za nie pergi rumah abang Pie pulak. Memandangkan kita pun tak kesana lagi...so lihalah gambar yang sempat dirakam....












25.10.2008.
Pergi beraya kerumah Jam. Sepatutnya Tila ikut Sama ..disebabkan dia tak sihat ..tak jadilah Tila datang. So yang dapat makan sedap kitalah jawabnya....macam2 yang Jam masak hari tu. (Note: Tila jgn nyesal dahlah klu tgk nanti.....)





Lepas tu kita pergi beraya rumah pak Cu kat Sri Andalas...tak dpt ambil gambar..battery dah weak.......

Sebenarnya masa berlalu terlalu pantas..dan raya semakin berakhir.....banyak lagi rumah yang belum ku kunjungi dan masih ada lagi yang tak sempat berkunjung kerumah..jadi kita extendkanlan raya nie lagi.....dan teruskanlah ....habis raya pun masih boleh datang.....Oh ya..Normi..sepupuku itu..aduh bilalah mahu berjumpa..........dia free aku sibuk...aku free dia sibuk....last2 tak tau bila boleh jumpa....

Dah panjang berjela....tiga hari tiga malam pumya cerita...so cukuplah setakat ini dulu
nanti sambung lagi dilain entry......



















Wednesday, 22-Oct-2008 17:07 Email | Share | | Bookmark
BIRTHDAY AZREE (22.10.2008)

Happy Birthday
Rupanya harijadi suami Siti (anak saudara) kita Azree lewat sehari dari harijadi kita. Ini kek Birthday Azree yang kita buat untuknya . Lain kali boleh share satu kek dua orang. Lihatlah kek yang kita buat khas buat Azree. Anyway..Happy Birthday to you Azree. Sebenarnya Azree inilah yang tempat kita mengadu kalau Komputer kat rumah buat hal. Dia memang pandai dalam bab repair ,update, upgrade computer ini. Terima kasih
Azree kerana selalu datang tolong betul dan tengukkan PC kita kalau dia buat hal.

Jom lihat birthday kek dia....(Kita buat Moist Chocolate Cake)







Gambar Azree dalam kenangan.......Moga panjang umur, murah rezeki dan bahagia sentiasa hendaknya.

Gambar Kahwin Siti & Azree .....(2 tahun lepas)






Tuesday, 21-Oct-2008 01:53 Email | Share | | Bookmark
HAPPY BIRTHDAY TO ME

Kek Mini
Cara berlauk
 
View all 4 photos...
21.10.2008 adalah harijadi kita yang ke.........malu nak sebut dah tua dah....(yang kenal kita mesti tahu punyakan) Untuk itu kita telah membuat sebiji kek........
ala Mini kek aje...untuk mengingatinya.

Di kesempatan ini terima kasih buat adikku Suri yang masih ingat tarikh hari lahirku dan juga kawan-kawan yang masih mengingati dan mendoakan kebahagian dan kesejahteraan hidupku. Masa berlalu begitu cepat disamping usia yang terus meningkat...semoga apa yang kulakukan akan sentiasa mendapat berkat. Kemaafan ku pohonkan pada sesiapa juga termasuk suamiku, anak-anakku, adik-beradikku, adik iparku Nik yang berada di Kuantan, Ka di Kemaman, dan buat abang iparku di Trengganu iaitu Uztaz Lah, Abang Ya dan buat abang iparku di Klang Ahmad Din, Kakak iparku Kak Idah, Pak Cu dan Mak Cu, Mak Busu dan Pak Busu di N.S dan ramai lagi termasuk anak-anak buahku baik sebelah keluargaku dan suamiku begitu juga saudara mara yang lain dan rakan taulan semua. Oh ya tak lupa sepupu yang rapat denganku Normi. Sebagai manusia biasa kita tidak llari dari melakukan kesilapan dan mungkin ada tutur bicara kita yang menyentuh hati seseorang yang mungkin bagi kita tidak ada niat apa-apa sekadar percakapan biasa ketika tengah marah atau berlaku ketegangan dan usahlah perkara yang hanya sekecil itu dijadikan asas untuk terus berkecil hati dan berdendam. Di hari baik dan mulia ini ku mohonkan beribu kemaafan (terutama buat Nik di Kuantan) dan lupakanlah perkara lalu agar ikatan siratul rahim dan persaudaraan terus kekal . Sesungguhnya disini ku maafkan semua orang tak kiralah samaada mereka sedar atau tidak perbuatan mereka itu melukai hatiku atau tidak. Siapalah diriku ini hanya seorang hamba Allah yang lemah dan sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmah sisebaliknya dan Allah itu yang maha pengasih dan penyayang sentiasa memaafkan hambanya inikan diriku yang hanya manusia biasa. Semoga hidupku dipenuhi kedamaian dan dijauhi dari kebencian dan dendam sesama insan di dunia ini. Semoga hidup sentiasa dirahmati dan mendapat berkat Illahi .

Syukur kepada tuhan sehingga usia ini hidupku sentiasa dipermudahkan Illahi ketika menghadapi kesulitan dan hidupku sekeluarga sentiasa dilimpahi kegembiraan dan dimurahkan rezeki moga hidup kami sekeluarga sentiasa kekal bahagia serta sihat walafiat sentiasa. "Amin...."

Ini dia kek Birthday kita yang cincai aje tu........










KEK OREN KISMIS
Bahan-bahanya.
250gm tepung berserbuk penaik
200 gm gula Castor
125 gm mentega
3 biji telur
1 Sudu besar parutan kulit limau
1 sudu besar jus oren
Sedikit Kismis

Caranya:
1.Putar mentega dan gula kastor hingga kembang
2.Masukkan parutan kulit limau dan jus oren,Putar lagi hingga sebati.
3.Kemudian masukkan telur satu persatu sambil dikacau rata.
4.Akhir sekali, masukkan tepung dan kismis. Gaul adunan sebati.
5.Tuangkan adunan kedalam acuan kek .Bakar dalam oven dgn suhu 160'C selama 40 minit atau hingga masak. Cucuk tak lekat tu kira masaklah.

Oh ya hari ini kena dapat order cara berlauk sebanyak 250biji nak pukul 8.30 pagi. Alhamdullilah sempat disiapkan on time...tapi pukul 3.30 pagi dah kena bangunlah. Nasib baik dah set time kat H/Phone letak tepi bantal..baruleh terjaga...klu tak berbunyi habislah...kita..lari customer nanti......Terlupa nak snap gambar bila siap pack.





(Kenangan Raya tahun lepas nie)


Ayah & Ira.

Cukup setakat ini semoga bertemu lagi dilain entry (kita edit aje tarikhnya)










[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net