APA-APA AJALAH DARIKU

By: Rohayati Mahmud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Sunday, 8-Feb-2009 13:18 Email | Share | | Bookmark
IZZATI DAN CERITA BALIK TRENGGANU.

Jom gi Terengganu kita
Masjid Kristal Tgh Malam
Hospital Trengganu
View all 6 photos...
Bagaimana nak ku mula dan apakah kata-kata setelah lama tak ku singgah disini......

Anyway...selamat bersua kembali buat semua yang sentiasa sudi jenguk sini ...baru-baru ini iaitu pada 23.01.2009 hari Jumaat kita telah pergi ke Trengganu dan kebetulan hari yang Izzati sampai Klang dari Sg.Petani (Izzati tiba pukul 6.00 pagi kat Klang.) Dia nak ikut jugak..so kita pergi satu kereta dgn kak Ana, anak buahku Siti Mazrah dan suaminya Azri aje..nak cepat kerana nak jenguk abang ipar yang sakit kat Kuala Trengganu. Tak rancang terus nak pergi je pasal Azri pun tak kerja sehingga 25.01.2009. So kita pergi dgn Izzati dan cik abang duduk rumah jaga Ira dan Zakwan.
Lamanya hampir 2 tahun tak berpeluang balik..Trg kerana bila nak balik time musim banjir je...rasa gembira ada dan risau pun ada pasal suami kak Ani yang sakit kat K.Terengganu tu.

Izzati pun dah balik semula ke UITM Merbuk pada 31.01.2009 hari tu. Kali ini balik dia nak Notebook..pasal semester dua nie banyak kerja sikit ..so abang Azri yg expert pasal PC nie ajak pergi beli kat Low Yatt dan tolong pilihkan untuknya. Akhirnya sebuah Notebook HP Compact CQ 40 301 AU dgn upgrade ram 2 GB (Mushkin) ,autokad ,photoshop CS3 beharga kurang RM1.00 jadi RM2000.00 (RM1999.00) menjadi pilihan atas nasihat Abang Azrinya. Untuk memudahkannya sebuah printer lexmark (3 in 1) RM130.00(kena tinggal kat rumah - susah nak bawak so dia bawa printer lama maknya dulu) dan sebuah bag Golla RM199.00 telah dibelikan untuknya. (he..he...kiralah berapa duit dah kopak hari tu je....) Takpa....untuk kemudahannya belajar......tak kisah...ikut ajelah.

Jom layan gambar dan cerita mula dari sini ya.....

31.01.2009 (Hantar Izzati Balik - Di Klang Sentral)





29.01.2009 (Beli Notebook Izzati - Di Low Yatt ,KL)



23.01.2009 (Bermulanya perjalanan ke Trengganu - Bertolak dari Klang pukul 8.30 pagi)







Seronoknya tengok pintu Gerbang nie....jap lagi dapat sampai rumah kat Kemaman.










Tak sabar-sabar ajak adikku Wah gi Kuala Kemaman cari kerepok dan Sata....


Lamanya tak makan.......sedapnya.....


Lepas tu terus bertolak ke Trengganu dari Kemaman pukul 6.45 sampai Trengganu
rumah kakak sulungku Kak Mah di P.Panjang, Trg dah malam lebih kurang jam 9.00 malam...lepas makan terus tidur. Keesukan paginya kami ke Hospital K.Trg..nak jumpa kak Ani dan melihat keadaan abang iparku yang dipanggil "Ustaz Lah" oleh kami semua. (Terbaru abang Iparku baru saja selamat menjalani pembedahan ususnya seminggu yang lalu - Alhamdullilah kini sedang beransur pulih)





Oh ya ini dia Breakfast Nasi Dagang kat Rumah kakakku tadi...lama tak makan (dlm
daun pisang gini)



Lama jugaklah duduk kat hospital tu bila keluar semua rasa lapar dan haus ingat nak makan kat Pantai Batu Burok je dekat ..tak jadi sebab siti kata baik pergi Pantai Teluk Ketapang kat situ makanannya lagi fresh dan murah... (Siti pernah gi makan situ dulu dgn membernya (sama belajar diUIA dulu)....sedap...dan memang best.....



Lepas tu balik Kerumah kakakku di P.Panjang semula ,berehat dan pukul 5.00 ptg kami meninggalkan P.Panjang kerana nak terus balik ke Kemaman semula. Sebelum tu sempat singgah dan shopping sikit kat Pasar Payang dan juga sempat singgah kat Masjid Kristal...sampai Di Kemaman dah pukul 11.30 malam.









25.01.2009
Pagi lagi Azri dibawa Ka memacing Udang naik bot gi Sungai kat Bakau
Tinggi ke Sg.Bkt Tunggal..dah lupalah...
- Kita orang pula gi jalan Pasar Cukai pagi dan cari kuih muih yg lama tak jumpa di Klang tu...seperti Apam berkuah, Akok dan sebagainya.
Petang lepas makan tengahhari gi Kuala Kemaman lagi cari kerepok lekor tapi ikan sekarang tengah tak banyak jadi kerepok lekor tak berapa sedap macam biasa rasanya..macam banyak sagu dari ikan...ada tu masin je tak manis sangat...........
Lepas makan malam dan sembang dalam pukul 11.30 malam kami pun bertolak pulang ke K.Lumpur....sampai Klang pukul 2.30 pagi (26.01.2009)







Ini Udang Galah yang dapat dipancing oleh Ka dan Azri tadi tu...bukan main seronok dia
dapat rasa kail Udang Galah...biasa dia mancing ikan je kat North Port tu.




Pastinya bila tiba di Klang rasa rindu pada anak-anak buahku ini......




Cukuplah sampai sini dah panjang sangat........nanti ku sambung lagi dilain entry......

(buat adikku Wah di Kemaman dan Kakak ku Kak Mah..di Trengganu ..Terima kasih atas layanan kalian....susah-susah melayan kerenah kami.......tak bestnya Kak Mah tak nak pakai tudung ...tak dapat ambil gambarnya)














Wednesday, 21-Jan-2009 10:48 Email | Share | | Bookmark
Klg Sentral ,Tesco Meru, Kuih Koci Labu,Tuna Roll & Dadih

Dadih Strwberry
kuih Koci Labu
Tuna Roll
View all 5 photos...
Bertemu lagi dikesempatan ini...lamanya tak update nanti bersawang pula ya. Entahlah sejak kebelakangan ini kita tidur awal dan sukalah pulak menonton TV..adalah satu dua rancangan dan cerita bersiri yg kita ikuti. So itulah pasal tak berapa ada banyak masa untuk edit dan update FP ini....bercampur dengan vitamin M (Malas) yang menyerap....tu..nampak gaya kenalah tambah vitamin "R" banyak2 sikit.

Oklah tengah rajin nie ...Apa nak cerita ya.....oh ya....baru ingat.......


1) Hari tu..hari Sabtu tak ingat tarikhnya....kita pergilah kat bus station (Klang Sentral) dekat Meru yang baru tu untuk beli tiket bas Izzati yang akan bercuti seminggu (23-31hb January ini) Pertama kali jejak kaki kat situ...tempatnya OK dan luas cuma tak berapa sibuk lagi..byk lagi kedai2 yang diatas belum dibuka. Kita beli tiket Klang ke Sg.Petani (dapat pada 31/1/2009 -10.30 pagi) Ruginya masa kat sini lupa pulak nak ambil gambar.......takpa nanti bila ada peluang kita akan ambil gambar kat Klang Sentral ini.

Untuk sementara lihatlah gambar ini dulu.......
Ini gambar belas ikhsan dari FP Nurul (Fafau) .. kebetulan tadi gie merayau jgk kat rumah Nurul ...tgk ada gambar Klang Sentral yang penuh Kontroversi tu...kita pun
tempek kat sini.....(Edit balik)..harap Nurul tak kesah ya...(aduhai kena saman nie nanti klu Nurul kata dia tak izinkan....tapi nak tunggu Nurul kata yes or No....lambat sgt ) Anyway kak Yatie ucapkan ribuan terima kasih untuk gambar ini ya....





2) On the way balik nampak Tesco Meru yang dah dibuka tu..so kita singgahlah jalan2 saja nak tengok..tapi siapa sangka masa kat dlm tu kita nampak seorang perempuan nie..muka dia macam familiar so kita senyum kat dia ..dia pun senyum lepas tu kita buat haluan kita....tak lama masa kat tempat sayur dan buah kita terserempak lagi....masa ini dia pun tunjuk jari dan kita pun tunjuk jari kat dia..eh mcm kenal..ini Mahani ya...dia pulak kata ini Yatie ya......kehendak tuhan....rupanya kawan sekelas di Tingkatan 6 STAR dulu.
Lamanya tak jumpa hampir 20 tahun lebih..masih blh cam lagi...Size memasing dah berubah - makin lebar..(Mahani nie orang Meru setahu kita patutlah blh jumpa kat situ) Dia rupanya jadi guru di sekolah swasta. Sempat berbual dan tanyakan kawan2 yang lain...



Lepas beli barang lebih kurang sikit on the way nak keluar nampak Dunkin Donut..so singgah situ nak belikan Zakwan Donut...beli lima free satu.



Sekarang jom layan gambar kuih Koci Labu, Tuna Roll dan Dadih Strawberry yang kita buat....

1) Kuih Koci Labu Kuning (Pumpkin)





KUIH KOCI PUMPKIN (Sumber : Kuali)

• 250g pumpkin
• 250g glutinous rice flour
• 100ml thin coconut milk (from 1/2 a grated coconut)
• 1/2 tsp salt (add to coconut milk)
• 20 pieces of 18cm x 14cm pieces of cut out banana leaf
• 20 pieces of 14cm x 1.5cm pieces of cut up strips of banana leaf

Filling:
• 50g castor sugar
• 75g palm sugar (gula melaka)
• 75ml water
• 2 pandan leaves
• 100g white grated coconut
• 50g toasted groundnuts, skinned and coarsely pounded
Method
Cut pumpkin into cubes, steam until cooked and mash while still hot. Sift in glutinous rice flour and mix. Add in coconut milk gradually and mix into a soft and smooth dough. Set aside.

To prepare the filling: Bring the water, sugar, palm sugar and pandan leaf to a boil to dissolve the sugar. Strain.

Add in grated coconut and cook over medium low heat until mixture turns dry. Add in groundnuts and mix. ( Just ignore this groundnuts also ok)

Take a piece of cut-out banana leaf. Brush lightly with oil. Take a small portion of dough and spread it out in the centre of the banana leaf. Place a teaspoon of filling. Add another small portion of dough. Wrap up.
Place the kuih koci in a steamer and steam for 15-20 minutes. Remove and serve the kuih hot or chill before serving

Cubalah buat rasanya sungguh enak...

2) Ini dia Tuna Roll - Senang dan cepat disediakan untuk sarapan or minum petang.
-Tengok gambar dah tahu macam mana nak membuatnya....takyah resepi...just look at my photo..I'm sure everybody know how to do it.

So bila vitamin "M" dtg blhlah sediakan ini ya....





3) Baru-baru ini rasa panas semacam so nak sejukkan tekak kita buah Dadih Strawverry ini. Senang je pakai Dadih segera....letak susu cair Ideal Milk dan gula je.
Yang lain ikut arahan kat bungkusan tu.





Oklah setakat ini dulu untuk entry kali ini hingga bertemu lagi..salam buat semua yang mengunjungi dan jenguk disini.....

Disini juga ku ambil kesempatan utk ucapkan terima kasih buat anak buahku Za dan kawanku Jam yang sering call dan tanya bila nak update Fp nie bila lama Fotopages ini tak diupdatekan olehku....... (Betullah Melayu mudah lupa...begitu juga diriku)










Saturday, 10-Jan-2009 13:45 Email | Share | | Bookmark
KENANGAN HANTAR IZZATI & DI DAMAI PARK RESORT,MERBOK,KEDAH.

Perjalanan Ke Utara bermula
Hentiran Rehat tapah
Di Damai Park Resort
View all 6 photos...
Alahai diam tak diam dah sepuluh hari kita berada di tahun Baru 2009. Dah terlambat tapi masih boleh lagi untuk kita ucapkan "SELAMAT TAHUN BARU" buat semua kawan-kawan dan sesiapa saja yang pernah singgah dan jenguk sini.

Entry kali ini nampaknya kita cuma nak updatekan kisah masa kita pergi hantar Izzati untuk masuk semula belajar bagi semester 2 di UITM, Merbok, Kedah. Al kisahnya sehari sebelum pergi iaitu pada 26.12.2008 baru teringat yang kita belum buat booking hotel lagi..ini cuti sekolah dan Krismas. Cepat-cepat kita call ...malang dari hotel Malaysia, Swiss Inn dan semua hotel yang dekat ngan UITM tu dah penuh. Oklah cari resortlah pulak yang dekat. So jumpa no. tel di Damai Park resort Merbuk. Kita call nasib baik ada satu lagi chalet macam rumah tradisional kosong yang lain semua dah penuh utk 27.12.2008. Katanya tempat tu dekat dgn UITM..10 minit aje sampai. Sewanya pun murah baru RM70.00 utk satu malam. Kita setuju aje dan confirm booking.Sebelum nie tak pernah teringat nak call Damai Park resort nie.

So esuknya kami sekeluarga pun bertolaklah dari rumah di Klang pada pukul 7.20 pagi untuk memulakan perjalanan ke Kedah...melalui lebuh raya Utara tu.



Sampai hentian rehat Tapah ...dah pukul 9.30 pagi dan berhenti untuk breakfast....hentian rehat tu punyalah ramai orang ...sampai nak cari meja pun kena cop dulu dan berebut baru boleh tempat duduk...teruknya...tak pernah ramai macam nie......lamanya berhenti kat sini pasal menunggu tempat duduk kosong dan beratur panjang nak order air dan makanan.



Alahai..nasib. Lepas tu kami sekeluarga memulakan perjalanan lagi ......lepas tu sebelum sampai terowong nama tempat tu Jelapang ke apa..aduhai lamanya sangkut...jam pulak. panjangnya sabar ajelah dahlah cuaca tgh panas dan perit ..jalan sedang dibaiki tu.....hampir 2 jam lebih baru lepas dan dapat masuk terowong tu kemudian berhenti kat hentian rehat juru nak minum dan luruskan kaki kata suami...







Perjalanan diteruskan dan harap jangan jam lagi....Lepas tu ada jam sekejap aje dalam 15 minit masa kat Juru nie. Selepas tu kami dah melalui lebuhraya ke Sungai Petani (Dah pukul 4.30 ptg biasanya pukul 1.00-1.30 tgh hari dah sampai)....tapi kali ini tak masuk bandar Sg.Petani sebaliknya terus cari alamat nak ke Damai Park Resort di bandar Kecil Merbuk. Ianya terletak di Lembah Bujang dan dekat dengan Balai Polis Merbuk. Akhirnya perlahan-lahan mencari dan ikut alamat yang diberi kami dapat temui Damai Park Resort tu dgn mudah aje.Tempatnya terpencil dan lokasinya berhampiran dgn kampung kecil . Kami sampai situ pukul 5.10 ptg gitu. Dikelilingi air terjun dari gunung dan dusun buah-buahan. Redup dan nyaman. Disini juga ada tempat latihan pelajar PLKN.



Cantik dan besar rumah tradisionalnya tu. Namanya Kemboja .Bak kata orang memang selesa. Mintak extra tilam charge RM10.00.



Selepas mandi semua keletihan dan tak mau keluar....makan apa yang ada dan dibeli aje lepas tu semua tidur. Pagi esuknya 28.12.2008 kawan Izzati dari UITM call kata bilik Store masih tak bukak lagi.



Jadi ..kita call dan tambahkan untuk bermalam sehari lagi...rupanya..takleh guna chalet tu lagi .pasal 28.12.2008 dah ada orang lain booking tapi kami sekeluarga boleh pindah ke bilik VIP yang akan dikosongkan pada pukul 12.00 nanti. So kami sekelluarga telah pergi minum dipekan Merbuk dan sebelum pukul 12.00 tgh hari balik semula untuk angkut barang ke bilik VIP chargenya RM100.00 je. Namanya bilik Chempaka 04. Besar dan lagi selesa biliknya. Lain kali takyah sewa tempat lain selain dari sini..dekat pulak dgn UITM tu.





Selepas tu pergi UITM kerana Izzati nak mendaftar kolej dan asrama bagi pelajar lama. Nasib baik lepas mendaftar bilik Store tu dah di buka. So kita orang tolong angkut barang ke bilik Izzati. Termasuklah bag pakaian yg dibawa dan barangnya yang lain. Izzati nak ikut dan tidur lagi dgn kita di Damai resort..esuk bolehlah hantar dia semula.takpa katanya.



Lepas tu kami pergi ke Tepi Pantai Tanjung Dawai..kerana kat situ ada pantai dan gerai seafood kata pekerja di Damai Resort tu.So kami semua akhirnya terus pergi mencari Tanjung Dawai. Taklah jauh sangat dengan tempat penginapan kita tu. Jalan dipantai dan kemudian pergi makan ikan bakar kat salah satu kedai kat situ. Murah sungguh harga makan seafoodnya berbanding di Muara, Tjg Gila, P.Klang. Kami makan sekeluarga tak sampai RM100.00 pun. Biasanya makan tempat lain di Klang lebih dari RM100.00. OKlah tu....permadangan pun cantik..dan buat kita teringat pulak Kuala Kemaman...kat Kampungku di Kemaman rupanya ...lebih kurang macam tulah.















Selepas Balik dari Tjg Dawai...kami balik ke Damai Resort . Kawan suamiku ada datang jumpa dia malam itu di situ.Dia tinggal kat Merbuk sebab tu bila suami call dia terus datang..dekat aje...dgn rumahnya. Dia pelawa ajak makan tengahhari dirumahnya besuk. Isterinya baik dan peramah orangnya. Lamanya berbual hampir pukul 10.30 malam baru mereka pulang. Lepas tu kami pun tidur. Bangun besuk paginya Zakwan ajak nak mandi air terjun kat depan tu. So apalagi ..jom tenguk kami main air ...tempat nie sungguh nyaman dan air terjun tu katanya datang dari Gunung Jerai......







Selepas puas main air kat depan tu kami semua bersiap-siap untuk pergi rumah kawan suamiku itu, hantar Izzati dan terus balik Klang semula. So lebih kurang pukul 11.20 kami dah check keluar dari Damai Park resort.(29.12.2008)

Pergi rumah kawan suamiku dulu kerana dah janji nak pergi. Terima kasih atas layanan mesra dan hidangan tengah hari yang disediakan untuk kami sekeluarga. Seronok dan berseleralah pulak kita makan dengan adanya ulam dan sambal belacan..tu...



Selepas tu terus pergi hantar Izzati ke UITM...sian dia kena tinggal...sedih gak rasanya...tapi buat biasa je...nanti dia lagi sedih...



Lebih kurang pukul 2.10 minit kami pun bertolak dari UITM,Merbok untuk terus pulang ke
Klang melalui lebuh raya Sg.Petani Utara tu. Sepanjang perjalanan punyalah banyak kenderaan ditengah jalan...tempat perhentian semuanya dipenuhi orang -ramai..apa tidaknya campur dgn cuti Krismas nie.....jalan pun ada masanya jam dan slow sikit bila sampai setiap tol.








Sesekali hujan turun ada masanya lebat juga. Akhirnya kami selamat sampai di Klang lebih kurang pukul 9.00 malam.

Panjangnya entry kali ini....maklumlah story dari 27.12.2008 - 29.12.2008.....jangan boring sudahlah..lagipun ini ibarat album dan kenangan untuk kami sekeluarga. Semoga apa terjadi menjadi kenangan yang sentiasa terpahat dihati....dalam melalui kehidupan ini.......semoga kita semua dirahmati dan di murahkan rezeki di tahun baru ini........bye...
hingga bertemu lagi.....salam buat semua yang mengenali ..





Friday, 26-Dec-2008 00:20 Email | Share | | Bookmark
TIGA BIJI KEK UNTUK PENGANTIN DAN KENDURI KAHWIN.

Siap decor 3 biji kek.
Kek utk hantaran (L)
kek untuk hantaran (P)
View all 6 photos...
Baru berkesempatan untuk update fotopages nie dek kerana banyak yang tertinggal maka entry bawah tu ku editkan saja pada 18.12.2008 padahal baru semalam dapat uploadkan.

Rasanya minggu lepas iaitu pada 21.12.2008 merupakan hari yang paling banyak dapat jemputan kahwin sejak cuti sekolah nie. Yang sempat kami pergi cuma tiga buah rumah aje. Untuk pengetahuan anak kawanku Ju juga telah melansungkan perkahwinannya pada hari itu. Mereka telah menempah tiga biji kek untuk ku buat. Dua untuk hantaran (satu pihak perempuan & satu lagi utk pihak lelaki) Satu lagi untuk upacara memotong kek. Alahai kawan punya pasal....dek kerana sibuk menyiapkan kek-kek ini maka tidaklah dapat ku menghadirkan diri pada hari sabtu untuk majlis akad nikah Eva (anak Ju) begitu juga kenduri cukur jambul jiran depan rumah. Lain kali kek kena buat awal-awallah...tak boleh last minute macam tu. Semuanya ku buat pada hari Sabtu.....jadi dari buat kek hingga mendecor hampir pukul 1.30 pagi juga baru siap. Rupanya makan masa jugak......takpa..belajar dari pengalaman..apa-apa pun kesemua kek ini dapat disiapkan dan diambil keesukannya oleh pihak pengantin.

1) Kek Bermanik Hijau ini dalamnya kubuat Kek Blue Berry. Campuran fresh Blueberry dan ada blue berry filling ditengahnya. (Kek ini ku cipta sendiri dari kek asas yg ada)







2) Kek bermanik kuning keputihan ini didalamnya kubuat Best Ever Chocolate Cake.






3) Kek ini untuk dipotong oleh pengantin katanya..mereka nak kek orange. So ini juga kek ku reka sendiri stail fruity kek. Dua lapis kek oren dan ditengahnya letak orange filling dan taburkan beberapa slice orange dalam tin. (lupa ambil gambar lepas kena potong) Berat kek ini 2.5 kg dan size 10". Katanya nak corak yang simple aje tak perlu Cream berlebihan diluar.....jadi inilah rupanya kek itu...(w/pun kek orange tapi letakkan strawberry pasal tema perkahwinan mereka ialah hijau & pink)





4) Ini pula konnyaku jelly..permintaan dari pengantin perempuan untuk mereka makan beradap ...siap belikan 2 packet konnyaku jelly dan 1 tin buah-buahan seminggu sebelum tu suruh ku buatkan. Pagi tu alhamdullillah sempat kita buat dan bawa kemajlisnya.





5) Dibawah ini diabadikan gambar pengantin dan sekitar majilis kenduri kahwin tu. "Selamat Pengantin baru buat Eva " semoga berbahagia dialam baru. Buat Ju..."Selamat dapat Menantu..." tahun depan sah-sah dapat cucu....hehe....tahniah.....












Setakat inilah dulu entuk entry kali ini dan esuk 27.12.2008 kami sekeluarga akan ke Sg.Petani ..untuk menghantar anakku Izzati balik belajar untuk sem keduanya di UITM, Merbok, SP, Kedah.......semoga jumpa lagi..........





Thursday, 18-Dec-2008 23:42 Email | Share | | Bookmark
Jumpa Sal & Rozie & My first Swiss Roll.

Depan rumah Sal
Bersama Rozie
Tiga sekawan.
View all 6 photos...
Baru-baru ini pada hari Selasa kita jumpa kawan lama dan juga best friend masa belajar dalam satu kelas di Tingkatan 6 (STAR,KLG) . Kami bertiga memang rapat dan banyak kenangan suka, duka dan lucu yang kita kita alami bersama hinggalah masing-masing berpisah dek kerana ikut haluan masing-masing dan juga kerjaya kami. W/pun begitu hubungan kami tidak pernah putus..sesekali adalah call itu pun jarang2. Maklumlah masing2 sibuk. Kami biasanya akan berjumpa bertiga pada setiap kali cuti sekolah akhir tahun. Ini kerana Rozie adalah seorang guru dan mengajar di Alor Star. So bila dia cuti barulah dapat jumpa.Sal pula kini begitu berjaya dalam businessnya dan rasanya semua orang tahu "Sri Andaman Sal" yang dekat Klang centre tu dan juga dia memiliki sebuah SPA di kompleks PKNS, Shah Alam. Eh wah.."promosi Nampak". Tumpang gembira tengok sikap rajin,cekal dan tak kenal putus asa yang dimiliki oleh Sal. Nyata tak sia-sia segala penat lelahnya selama ini..dan hingga kini dia masih kuat bekerja untuk membina businessnya.

Pertemuan kali ini diadakan dirumah Sal pada hari Selasa (16.12.2008).....sebagai tanda persahabatan ku telah membuat dua biji kek yang sama cuma berlainan bentuk. Bulat untuk Sal dan square tu untuk Rozie. Jom lihat gambar.......(Tempek lebih sikit pasal Rozie nak tengok bila dah sampai Kedah nanti)

Ini dia 2 biji kek yang ku buat untuk mereka.......







BEST EVER CHOCOLATE CAKE

Ingredients : Makes one 20cm square cake
125 g Butter
1/2 cup Castor sugar
1/3 cup icing sugar (Sifted)
2 egg lightly beaten
1 teaspoon vanilla essence
1/4 cup blackberry jam
1 1/4 cups self-raising flour
1/2 cup cocoa powder
1 teaspoon bicarbonate soda
1 cup milk

Chocolate butter cream
50 g dark chocolate, finely chopped
25 g butter
1/4 cup icing sugar (sifted)
3 teaspoons Cream (Whipping cream)


Method :
• Preheat oven to moderate 180oC. Brush a deep, 20cm square cake tin with melted butter or oil, line the base and sides with paper, grease the paper.
• Using electric beaters, beat butter and sugar and sifted icing sugar in small mixing bowl until light and creamy. Add eggs gradually, beating thoroughly after each addition. Add essence and jam, beat until combined.
• Transfer mixture to large mixing bowl. Using a metal spoon, fold in sifted flour, cocoa and soda alternately with milk. Stir until just combined and the mixture is almost smooth.
• Pour the mixture into prepared tin, smooth surface.
• Bake for 45 minutes or until skewer comes out clean when inserted in centre of cake.
• Leave cake 15 minutes before turning onto wire rack to cool.
• To make the Rich Chocolate Butter Cream. Combine the chocolate, butter, sifted icing sugar and cream in a small pan. Stir over low heat until the mixture is smooth and glossy.

Kenangan semasa bertemu dirumah Sal.......

















Ini dia gambar snap balik dari album lama.....kami masa dulu ...............80an......nie...
Kenangan lalu......





Petang balik rumah berkobar-kobarlah pulak nak cuba buat Kek Gulung nie.....akhirnya berjayalah jugak membuatnya tapi tak berapa cantik sikit....kena buat lagi....(Mungkin tak sabar gulung dia masa tengah belum begitu sejuk....)





KEK GULUNG/ SWISS ROLL BATIK ORANGE.
Sumber : dr FP MakLang asal Apek
Bahan-bahan
6 biji telur gred A
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
4oz mentega cair
sedikit orange pes (atau apa yg dikehendaki)

Orange Filling atau
(Bahan sapuan/filling (terpulang anda mahu gunakan apa2 perisa / cream yg disukai)
Blueberry filling & Kiwi filling )

Loyang yang kita gunakan ialah loyang shortbread yg ada 100 petak tu.. ukurannya 12" x 12"

Caranya
1.Telur, gula, ovelet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dimasukkan dalam bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
2.Adunan dah gebu akan bertukar menjadi warna putih.
3.Masukkan mentega cair, kemudian kacau rata ngan sudip kayu.
4.Asingkan sedikit adunan tadi (skit je dlm setengah senduk setakat nak buat line) ke dalam bekas lain yg lebih kecil kemudian bancuh dengan sedikit orange pes. Kacau rata kemudian masukkan adunan ke dalam piping bag. Potong sikit hujung piping bag utk buat line.
5.Tuangkan adunan yg byk tadi ke dalam loyang shortbread td yang telah dialas dengan kertas kuih kemudian ratakan permukaannya
6.Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang mengikut kreativiti anda sendiri.
7.Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah atau ikut kreativiti anda sendiri.
8.Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius.
9.Apabila kek sudah masak dan sudah betui2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan filling/ cream sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2.
10.Setelah jem disapu rata, gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.

Setakat inilah untuk entry kali ini..dan buat kawanku Rozie...semoga selamat sampai kat Alor Star dan jumpa lagi ....untuk Sal terima kasih atas layanan tempoh hari semoga terus berjaya dalam bidang yang diceburi semoga berbahgia sentiasa.......


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net