APA-APA AJALAH DARIKU

By: Rohayati Mahmud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Sunday, 17-May-2009 17:14 Email | Share | | Bookmark
DONUT

Donut
 
 
View all 5 photos...
Kali ini bila buat donut baru teringat nak ambil gambar. Selalu buat donut nie..tapi tak pernah upload pasal lupa ambil gambar. Kalau masak dah goreng terus ngap...itulah pasal FP ku ini takda gambar donut. Macam -macam resepi donut ni yang ada..cuma rasa dia yang berbeza...hari tu dlm wanita hari ini ada npk cef Liza buat donut ...tapi klu nak resepi kena call....siap jual tepung donut lagi.....sedap, lembut dan gebu nampak donut dia tu. Cuba call tak dapat pun.....

Anyway lihatlah donut ini.....






DONUT

Bahan-bahan:

20 g yis basah (fresh yeast) - kalau guna yis kering segera sebyk 6 g saja tapi best yis basah
125 ml susu segar suam
25 g mentega } dicairkan
2 kuning telur
250 g tepung gandum
1-2 sudu besar gula castor
minyak utk menggoreng
gula castor secukupnya utk taburan

Cara membuat:

Campurkan yis dgn sedikit susu, kacau. Kemudian masukkan baki susu, mentega, kuning telur dan gula, kacau sebati.
Ayakkan tepung ke dlm mangkuk adunan yg lain, curahkan campuran yis tadi di tengah2 tepung kemudian gaul sebati
Uli adunan sehingga menjadi doh yg licin (tidak melekat dijari) kemudian masukkan doh kedlm mangkuk besar, tutup dgn cling film selama 1 jam
Kemudian uli semula dan canai menjadi setebal 2 cm
Ambil penerap bulat, terap hingga habis

Pergi Jaya Jusco..Bukit tinggi ...Izzati nak jalan.......



Sebenarnya 16hb May 2009 ..hari Sabtu nie.....salah taip 17.

Mesin basuh baju yang sekian lama ku gunakan tiba-tiba buat hal.....rosak......
Aduhai susahnya...nak basuh kain...ada 2 kali aku berulang bawak baju kotor terutamanya seluar jeans tu gi tumpang basuh dan kering rumah kakakku Ana....

Lepas tu tak boleh jadi nie...so husband bawak gi kedai cari mesin basuh baru......kali ini kalau beri peluang memang nak beli yang lebih besar sikit dari dulu...so pilihlah yang beratnya 10 kg. Bila bawak balik rumah rasa tersangatlah besar pulak compare dgn yang dulu...dah menyempitkan ruang dapur........sepatutnya pilih yang 8 kg pun ok..tapi tak kesahlah basuh cadar lagi senang......

Usia mesin basuh yang rosak tu sama dgn umur anak sulungku. Ingat lagi dah ada baby jadi terus beli mesin basuh........(hampir 19 tahun) Berbaloilah kalu kena ganti pun kan.
Harga mesin ini dah mintak kurang pun pergi survey 3 kedai. Last sekali dapat harga RM1250.00 dan dihadiahkan sehelai comforter yg lembut bernilai RM50.00. Kopak
lagi duit husband aku....nak buat macammana ini keperluan......kenalah beli jugak....

Barulah rasa selesa kalau tidak...seksanya bila nak basuh baju ..fikir nak basuh dengan tangan ke atau angkut gi rumah kakak......tak larat nak perahlah.....

So mesin yang rosak tu tak tahulah boleh repair ke tidak....biarlah dulu ....siap2 terbiar ajelah.....





(Edit on 9th June 2009)


Wednesday, 13-May-2009 16:47 Email | Share | | Bookmark
Al Fatihah....(2 Kematian hari ini - 13hb May 2009)



Al- Fatihah....

Hari ini jam 10.00 pagi ibu kak Idah iaitu mak mertua abangku Syafie telah kembali ke rahmahtullah.......semoga rohnya dicucuri rahmat. Dua hari sebelum tu aku sempat melawat beliau setelah diberitahu keadaannya agak uzur oleh Kak Idah.

Takziah buat abangku Pie dan Kak Idah.

On the way balik dari melawat jenazah mak mertua abangku ...dapat pangillan talipon dari Normi yang bapanya baru saja meninggal di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Baru semalam Normi call kata bapanya dah dua hari dimasukkan ke hospital kerana sakit....rupanya tuhan lebih menyayanginya......

Takziah buat mak sepupuku Su Yah dan juga Normi sekeluarga. .....

Al Fatihah buat arwah...semoga rohnya dicucuri rahmat.



Tiada kamera dibawa ketika menziarah di dua tempat ini.....dek nak tergesa-gesa...
yang nyata tarikh ini pasti memberi makna yang mendalam untuk kedua keluarga arwah ini untuk sentiasa mengingati hari pemergiannya.........13hb may disetiap tahun yang mendatang......









Tuesday, 12-May-2009 14:59 Email | Share | | Bookmark
Ke Kedah Ambil Izzati (Damai Park dan Muzium Arkeologi)

Di Damai Park Resort
Makan2 di Tjg. Dawai
Bestnya..main air
View all 6 photos...
Pada 9hb May lepas kita telah bertolak dari Klang ke Kedah. Kami sekeluarga bertolak sebelah pagi jam 7.30 dan sampai kat Damai Park Resort dalam pukul 4.30 ptg (berhenti di 2 hentian rehat) Mak Cu ,Pak Cu dan Abang Mus bertolak dari Klang pukul 1.oo tengahari dan tiba di Damai Park Resort pukul 7.00 ptg.

Sampai Shah Alam baru teringat yang kamera digital lupa dibawa. Alamatnya tak bergambarlah sehingga ambil Izzati kat UITM. Kerana kat dia ada satu lagi kamera digital klu nak pakai pun kena beli bateri pulak.

Pagi esuknya 10hb .pukul 7.00 pagi.Zakwan, Mus, tak sabar nak mandi dan main air kat sini. Takleh tengok je kena join sama nie termasuklaj Mak Cu, Pak Cu, aku dan Ira. Lepas tu dah pukul 9.30 pagi kami semua bersiap keluar sarapan di pekan Merbok dan Pak Cu ajak pergi jalan kat Alor Star. Memandangkan Izzati habis kelas dalam pukul 12.00 dan boleh ambil dia pukul 1.oo tghari kami 2 kereta konvoi pergi Alor Star. Dari Pekan Merbok melalui jalan ke Yan, Guar cempedak, dan akhirnya lebih kurang 45-50 minit kami sampai di pekan Alor Star. Pertama kali kami jejakkan kaki di Alor Star tu. Sayang takda kamera nak rakam. Nampak Pekan Rabu terus kesana. Disini sempatlah beli belacan,beras pulut hitam dan lain2 makanan. Rasa macam kat pasar Payang Trengganu pulak . Banyak Mangga dijual sempat beli 5 kg . Call kawanku Rozie...dia tengah mengajar...lepas tu katanya tempatnya pokok Sena kalau nak jumpa kat Pekan Rabu tu ambil masa 45 minit...ha2 jauh gak rupanya. Memandangkan masa yang tak cukup dan Rozie pun penat baru habis mengajar...so lain kalilah kita jumpa kataku. Ingatkan dekat je..

Abang Mus pulak jumpa kawan lama masa belajar kat Kelantan. Diam tak diam dah pukul 2.30 ptg. So call Zati bilang sama dia kita orang lambat sikit sampai kat UITM tu. Dari Alor Star kami berpatah balik ke Yan untuk ke UITM, rasa lalu jalan yang sama je. Hampir 40 minit kami pun sampai kat UITM. Apalagi mulalah mengangkut barang Izzati dalam kereta..tak muat tumpang letak dalam kereta Pak Cunya sekali.

Lepas tu terus kita ajak pergi Tangjung Dawai- makan seafood- ikan Bakar. Makan lapan orang okeylah tu baru RM150.00. Bagiku ini dah cukup murah...kalau nak dibandingkan makan di Port Klang atau muara tu. Lepas makan kami balik kat Damai Park Resort.

Besuk Pagi 11hb May budak-budak nie temasuklah mak budak dan bapak budak tak sabar nak main air terjun dari bukit kat depan bilik kami aje tu. Seronok sungguh main air...apalagi siap diberikan pelampong lagi oleh penjaga kat situ. Mus pandai berenang rupanya siap Zakwan suruh ajar dia sekali...hai tak hengat dunia..kali ini Izzati pun mandi sama....semua orang basah......

Lepas tu pukul 10.00 gitu siap gi breakfast lepas tu kemas semua barang kerana pukul 12.00 kena check out dari Damai Park. Sebelum terus balik ke Klang kami singgah di Muzium Arkeologi Lembah bujang yang tak berapa jauh dari Damai Park Resort tu.
Selepas tu bateri kamera habis takleh ambil gambar lagi. Kami pun balik ke Klang melalui lebuh raya Sg.Petani Utara dan berhenti di tiga hentian rehat dan sampai di Klang lebih kurang pukul 8.30 malam.

Antara yang sempat dirakam......


Ini gambar Izzati ambil guna h/p dia je....tak terang sgt.....










Bergambar Di Muzium Arkeologi Lembah bujang.........
















Hingga bertemu lagi (Update on 8th June 2009)




Wednesday, 6-May-2009 12:34 Email | Share | | Bookmark
BERTEMU LAGI....(nak tau kenapa lama tak update..he..he..)

Gerai Payung kami.
Jom singgahlah.
Kenduri kahwin Ustazah
View all 6 photos...
Assalaamulaikum dan bertemu kembali ..buat semua yang sering mengunjungi disini dan rasanya dah hampir dua bulan tak ku jenguk disini apalagi melawat rumah kawan2 yang lain. Sebenarnya hati begitu ingin sekali untuk mengadap fotopages nie..tapi apakan daya kesibukan dan tiada masa yang sesuai menyebabkan hajat untuk update fotopages nie tak kesampaian.

Untuk pengetahuan semua diriku begitu sibuk temankan kawan dan sepupuku Normi nie berniaga. Dia yang baru sebulan duduk rumah lepas diberhentikan kerja (Star Cruise) telah tak boleh duduk diam. Lantas mempelawa diriku berniaga bersamanya. Mulanya berat juga maklumlah dua-dua takda pengalaman berniaga...asyik kerja kat office je. Tapi dek kerana semangat Normi yang kuat nak tak hendak kami pun mulakan perniagaan tu.

Nak tau perniagaan apa ? Normi nak berniaga goreng pisang dan rojak buah. Diriku pula buat mee hun goreng, kuih teow goreng, mee goreng dan kuih muih. Kebetulan masa tu dapat idea depan Supermarket SSW . Kat situ ramai orang lalu lalang. Ewah lokasi kena betul.....Lepas tu dah setuju..kopaklah jugak lebih kurang RM600.00. Beli Payung besar, meja, alas meja, tupperware, tempat isi ice dan sebagainya. Normi pun kopak lebih banyak lagi dlm RM 750.00 gitu kerana selain meja dan payung dia kena ada dapur dan tong gas.

Maka pada 2hb March 2009 kami telah memulakan perniagaan kami iaitu membuka gerai payung depan seberang jalan SSW tu. Hari pertama kelakar pun ada , seronok pun ada..pengalaman pertama berniaga digerai sendiri. Normi terkial-kial nak pasang api dapur untuk goreng pisang..lama jugaklah membeleknya bersama suaminya baru ok. Diriku datang agak lambat maklumlah kena masak mee dan teow goreng serta beberapa jenis kuih. Hari pertama tu rasa seronok kerana letak aje dah ada customer yang nak beli kuihku. Ingatkan rasa malu sangat.....tapi rupanya tak ada rasa malu pun dan rasa seronok mungkin kerana kami berniaga bersama macam ada kawan aje....asyik nak gelak dan ketawa aje. Nak bungkus mee pun terkial-kial.....Normi ketawakan aku dan aku ketawakan dia.....Rata-rata yang datang membeli mengalakkan kami untuk berniaga....kata mereka..eloklah you all berniaga kat sini ...susah nak cari orang kita berniaga kecuali orang Indon..kata mereka.

Hari pertama berniaga nampaknya begitu mengalakkan hampir habis semua yang ku jual hari tu...buat tak banyak..percubaan .....tapi oklah tu ..Normi dapat RM 55.00 dan kita dapat RM53.00. Hari kedua berniaga ..alhamdullilah....habis juga....Tapi nak tau tak hari Rabu ..(hari ke 3)...buat banyak sikit....banyak tak habis...rasa tak seronok dan tak nak berniaga lagi. Lepas tu member-member beri nasihat berniaga memang macam tu. Keesukannya berniaga lagi..laku gila pulak..sampai tak cukup....cepat balik. Diam tak diam dah hampir 2 bulan kami berniaga disitu. Customer pun dah ramai dan siap ada pelangan tetap yang mesti datang kat gerai kami..ada yang minat dengan mee gorengku dan kuih puding jagungku dan ada yang ketagih rojak buah Normi.Pendapatan sehari pun dah bertambah paling kurang boleh dapat RM65.00 sehari. Normi juga dah boleh dapat dekat RM80.00 - RM100.00 sehari.

Oh ya kami berniaga setiap hari sepatutnya pukul 11.30 tapi selalunya paling cepat boleh sampai pukul 12.30 tengahari. Kadang2 pukul 1.30 ptg pun ada. Jam 5.30 atau 6.30 ptg kami balik.Tulah berniaga campur main2. Lagi satu berbagai pengalaman
selama hampir 2 bulan telah dirasai. Berbagai ragam dan karenah orang yang kita jumpa..dari yg normal hingga yang tak betul. Kadang gerai kita jadi macam kaunter pertanyaan ...dan macam-macam lagi...Yang menakutkan ialah satu hari tu tiba-tiba pertama kali hujan turun dgn lebat dan angin kencang...aduh....takutnya..terkial-kial pegang payung takut tertanggal. Mujurlah ada lelaki dan 2 orang staffnya dikedai belakang datang menolong. Habis kami semua basah kuyup dan banyak lagi yang belum terjual baru pukul 3.00ptg masa tu.Jawabnya sedekah jelah pada yang menolong dan hantar rumah kakakku Ana .
Beberapa hari takda mood nak berniaga. Akhirnya bila dipujuk dan dinasihat adat berniaga memang gitu..rupanya orang lain teruk lagi siap air masuk dalam makanan dan payung terbang melayang-layang. kata mereka kami macam tu sikit je. Ingat dah nak berhenti niaga biar Normi buat sorang tapi akhirnya aku kembali semula berniaga sehingga kini.Kami ni suka-suka berniaga dan bila rasa takda mood je tak berniaga.
Yang banyak ponteng tak datang berniaga ialah diriku. Mungkin rasa letih dan penat.nak cukup rehat...itulah sebabnya takda masa lansung nak ngadap PC nie. Itupun Sabtu dan Ahad kita tak pergi niaga.

Setiap hari(Isnin hingga Jumaat) dari pukul 6.oo pagi kena siapkan ramuan untuk buat me, kuih muih serta karipap. Kini banyak jenis juga yang ku buat kadang ada kuih kasturi, agar-agar selasih atau coklat, Seri Muka, kuih jemput pisang. Normi dah pandai buat cucur udang dan buat jual tepung pelita dan lompat tikam.

Hari ini kami tak berniaga....nak tau kenapa..terkejut kerana disoal siasat oleh MPK Klang semalam. Kebetulan masa tu suaminya takda ,Normi dah tunjuk surat ada memohon lesen tapi mereka kata takleh niaga sehingga dapat lesen....itu hanya permohonan..belum lulus lagi...Semalam 5hb Mei lepas kena saman MPK tu....larislah sangat.....ramai betul yang singgah dan membeli digerai kami. Ada yang tanya kenapa...tadi dia orang kacau ke...dan ada tu kata buat tak tau je...teruskan berniaga.......entahlah.....(rehatlah kejap ) Lagi pun hari sabtu (09.05.2009) nie nak pergi Kedah ambil anakku Izzati balik untuk cuti akhir semester dua nie pada 10.05.2009) di UITM Merbok, Kedah. Dah tempah untuk menginap di Damai Park Resort..selama 2 malam. Kali ini adik iparku (Pak Cu sekeluarga ikut sama) . balik semula ke Klang pada hari Isnin (11.05.2009)

Oh ya lihatlah gambar gerai kami nie..sesiapa tinggal dikawasan nie tentu tau tempat nie .....









Lama tak update ya lihatlah gambar kuih muih yang pernah ku buat nie..dan beberapa
gambar kenangan yang lain.....



























Nanti bila free kita edit dan letakkan resepinya.....

Ini dia gambar masa pergi kenduri kahwin ustazah Zakwan.....



Pergi jalan kat Jaya Jusco bukit tinggi....



Jumpa anak buahku Za dan Asri di Giant Shah Alam....(masa nie Za baru balik dariTerenganu so dai ajak jumpa kat Giant untuk ambil buah tangan lagi pun ada kirim kerepek sagu yang jadi kegemaran Zakwan tu) Buat Za..Terima kasih banyak-banyak ya.....susah-susah aje...







Oh ya pok Su Ali ku ada datang kat Klang....duduk rumah kakakku Ana hampir sebulan dek kerana kita sibuk berniaga taklah dapat layan Pok Su sepenuhnya...dia hanya datang sekali kat rumah ...nampaknya duduk rumah kakak ku Ana . Lepas tu kak Ana bawa jumpa digeraiku sekali dan esuknya abangku Pie bawa dia ke rumah abangku Zali diShah Alam. (Rugi tak sempat ambil gambar Pok Su Ali ku semasa di Klang.

Setakat ini dulu untuk kali ini....dah panjang pun......nak gi jenguk rumah kawan-kawan pulak apalah khabar dia orang ini...rindu pada mereka.

Oh ya siapa ada tips untuk berniaga macam kita nie...silalah beri pendapat, komen dan idea......serta nasihat ..mungkin berguna....tapi tak tahulah ....nak teruskan lagi atau tidak...........

Salam buat semua yang sudi singgah sini.....















Saturday, 7-Mar-2009 16:33 Email | Share | | Bookmark
Takziah buat Kakakku Ani (Akhirnya....ia pergi jua...)

 
 
 
View all 6 photos...
Hampir sebulan tak dapat nak updatekan fotopages ini. Terlalu sibuk dgn berbagai urusan hingga tak berkesempatan untuk menghadap fotopages nie. Hari ini jam dah menunjukkan angka 12.30 mlm tapi ku usahakan jua untuk mencoretkan sedikit sebanyak peristiwa yang dah dilalui......

Untuk pengetahuan semua... pada 17hb Febuari 2009.....suami kakakku Ani (Ustaz Lah) telah menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas dimasukkan semula kehospital Trengganu pada 14hb Februari (sebelum ini beliau telah dibenarkan pulang kerumah tiba2 rasa sakit dan dihantar semula ke hospital). Tuhan lebih menyayanginya..akhirnya beliau pergi jua menghadap illahi selepas dua hari diwad.Tak sangka pertemuan dihospital semasa melawatnya sebelum ini adalah yang terakhir buat kami... Semoga kakakku Ani dan anak2nya tabah menghadapinya...........

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan Al- Fatihah....



Sebaik saja mendapat panggilan dari kakakku di Trengganu tentang pemergiannya aku telah bertolak menumpang kereta abangku Shafie dan kak Idah. Kak Ana pun ikut sama. Kami bertolak dari Klang jam 10.00 malam dan tiba di Pulau Kambing Trengganu pada jam 5.20 pagi.

Semasa disana aku dapat berjumpa dengan kawan lamaku masa sama2 bekerja di Perwaja Trengganu iaitu Noraishah atau kupanggil Sah aje. Rupanya dia ada hubungan persaudaraan dengan arwah abang iparku. Aku dan suami tinggal diTrengganu dua malam saja. Masa Kenduri Tahlil malam pertama aje sempat hadir dan malam esuknya aku dan suami telah pulang ke Klang dengan menaiki bas Express dari K.Trengganu ke Klang. Bertolak dari Trg pukul 9.30 malam tiba di Klang Sentral pukul 5.00 pagi.(Pengalaman pertama naik bas selelpas 22 tahun tak pernah naik bas Express)

Jom lihatlah gambar-gambar yang sempat ku rakamkan semasa disana..........................











Ini dia kawan lamaku Sah...dan dia juga baru kehilangan suaminya (arwah Bakri) pada Aidilfitri tahun lalu..buat Sah..syabas dan tabah menghadapi hidup....semoga ceria dan gembira disamping anak-anak disisimu.





Setakat ini dulu untuk kali ini........semoga kakakku Ani tabah dan hidup mesti diteruskan........sekali lagi Al-Fatihah ...semoga rohnya dicucuri rahmat.....


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net