APA-APA AJALAH DARIKU

By: Rohayati Mahmud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Monday, 8-Jun-2009 01:07 Email | Share | | Bookmark
Kenduri Aqiqah dan Pertunangan anak Jiran & Kuih Karipap.

Kenduri...
Hantaran
Karipap....
View all 4 photos...
Sejak ambil Izati dari Kedah tempoh hari hingga kini kita belum pun mula berniaga lagi. Entahlah bila nak mula lagi..Normi ada call tanya bila nak start balik. Dia pun kalau kita tak niaga dia pun tak mau niaga....Sejak kena saman dan tegur dgn MPK hari tu mood niaga macam dah hilang....rasa bersalahlah pulak niaga tanpa lesen nie....nanti kena lagi....tak tahulah mungkin juga Vitamin "M" dah meresap kot sebab tu malas aje nak mula.....ramai bila jumpa tanya " eh kenapa tak niaga ...lama tak nampak...kita pergi cari awak tapi selalu takda...berniaga ajelah" Entahlah..lagi pun sejak kebelakangan ini kita fikir macam2...salah satunya ialah tentang penyakit influenza H1N1 (Selsema Babi) tu...manalah tahu.....bila dan berniaga kita nie memanglah terdedah..dan jumpa ramai orang buatnya.......terkenakan.....menyesal tak sudah........apalagi cuaca yang berjerebu di Klang nie ha.....rasanya logik juga dgn apa yang difikirkan nie.....lagi pun kesihatan itu penting mesti dijaga.......jadi rasa-rasanya.....berehatlah dulu......

Ada yang kata kalau lama tak berniaga tapak kita tu akan diambil orang.....tapi nak wat camna....tenguk jelah nanti....ada ke orang berminat tempat kita tu?

Oh ya...semalam jiran depan rumah buat kenduri aqiqah cucunya sebelah pagi dan petang pula majlis pertunangan anaknya. Apalagi...makan freelah kita semalam..takyah susah nak masak.....

"Selamat bertunang buat Zarina" Dengarnya October nanti majlis perkahwinan pulak
jawabnya makan free lagi..he..he...

Ini aje gambar yagn sempat diambil.....



Baru-baru ini ada buat karipap....maklumlah lama tak berniaga....teringinlah pulak nak makan karipap buat sendiri......



KARIPAP

Bahan Pastry:-
500 g tepung gandum*
1/2 cawan margerin
1 senduk minyak - dipanaskan sebentar atas api
Sedikit garam
Air sejuk (Dari peti ais) secukupnya

Bahan Inti:-
4-5 biji keledek saiz besar sikit dikupas, cuci dan potong dadu
2 biji bawang besar, cincang halus - blend pun boleh
2 ulas bawang putih, cincang halus - "
1 mangkuk kecik isi ayam ( potong halus atau cincang)
1 pokok daun sup, cincang halus
5 - 6 helai daun kari
1 camca teh gula
2 camca besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kurma
Garam dan serbuk perasa secukupnya.
Air secukupnya.

Cara membuatnya:-
1. UNTUK INTI:- Panaskan 1 senduk besar minyak dalam kuali. Tumis bawang besar cincang, bawang putih dan daun kari. Kacau hingga semua wangi. Masukkan serbuk kari,kurma dan air. Bila mendidih, masukkan kentanf, gula, garam dan serbuk perasa. Masukkan isi ayam, gaul hingga mesra dan perlahankan api, masak hingga kentang empuk dan inti kering. Tabur hirisan daun sup dan gaul rata. Rasa inti, jika ok, angkat dan sejukkan.
2. UNTUK PASTRY:- Gaul ramas mentega bersama tepung yang telah dibubuh sedikit garam sehingga adunan bertukar rupa seakan2 serbuk roti. Kemudian masukkan minyak masak yang dipanaskan sebentar , gaul rata. Masukkan air sejuk tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan dan jari ..
3. Bulat2kan doh , leperkan letak inti dan kelim. Buat hingga habis dan goreng terendam hingga kuning kekemasan. Angkat dan toskan.




Tuesday, 2-Jun-2009 16:28 Email | Share | | Bookmark
ONDE-ONDE DAN TUMIS SARDIN.

Buah melaka ke atau di panggil onde-onde. Kat Trengganu panggil onde-onde. Ini dia kuih kegemaran kami lebih-lebih lagi anakku Zakwan . Selalu jugak buat kuih ini tapi tak pernah dapat ambil gambar kerana lupa...lagi pun sekejapnya kena ngap masuk dalam mulut.



Resepinya..nantilah bila free kita letak.




Lama tak masak lauk sardin..sesekali masak lauk sardin nie....berselera sekali bila makan dengan nasi.....



Resepinya nanti kita update....









Saturday, 30-May-2009 15:43 Email | Share | | Bookmark
LOMPAT TIKAM DAN BIKA PULUT & KETAM

Lompat Tikam
Hari ini rasa nak makan manis-manis. Akhirnya kita buat kuih lompat tikam dan Bika atau beko pulut. Beko pulut nie first time buat......

Inilah hasilnya......





BEKO PULUT
150 g tepung pulut
80 g gula pasir
80 g kelapa parut putih
1 biji telur, dipukul sedikit
75-80 ml air
sed garam
minyak/marjerin untuk melengser

Gaul tepung, garam dengan kelapa parut. Masukkan air, telur dan gula.
Kacau sebati. Panaskan acuan bahulu di atas api perlahan, lengserkan dengan minyak/marjerin. Sudukan adunan tadi hingga penuh dan tutup acuan dengan kemas. Biar selama 3-4 min atau hingga masak. Bila bahagian bawahnya keperangan, bolehlah diangkat.

Nota: Pastikan acuan betul-betul panas baru dilengser. Jika tidak, kuih akan melekat.

Ini pula lauk makan tengah hari tadi.....



Resepinya:

5 ekor Ketam sederhana besar (belah dua)
1 cawan sos tomato.
Sedikit sos Tiram
Kicap 2 sudu.
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
sedikit halia
2 ulas bawang putih.
Sedikit minyak
air
Garam.gula dan serbuk perasa..sesedap rasa.

Caranya:

Blend bawang merah,bawang putih dan halia. Pijarkan minyak. Tumis bawang, masukkan tomato sos, kicap dan sos tiram. Masukkan air, garam,gula kacau rata hingga mendidih ,kemudian masukkan ketam..kacau rata kemudian tutup sebentar. Lepas tu bila mendidih dan hampir kering angkat dan sedia untuk dihidangkan.

(boleh hiaskan dgn cili merah, daun sup dan bawang besar kalau ada)















Tuesday, 19-May-2009 19:13 Email | Share | | Bookmark
My Anniversary & Amirul Birtdhay - 19th May 2009



19hb May 2009 nie genaplah 21 tahun usia perkahwinanku. Syukur ke hadrat Illahi ...dah 21 tahun usia perkahwinanku. Semoga kami sekeluarga akan terus dirahmati dan dimurahkan rezeki. Hidup gembira dan bahagia sentiasa......

Dek kerana agak sibuk tak sempat pulak nak buat kek untuk Anniversary sendiri hanya ini saja..........






Kebetulan petang tadi Zati nak bawak kereta..katanya dah lama tak drive so kita pun temankan dia drive suruh pusing padang depan rumah kak Ana. Lepas tu singgah kejap rupanya kak Ezu ada belikan kek untuk birthday Mirul anak abang Hairul. So baru ingat yang birthday Mirul sama dgn anniversary ku. Jadi tak dirancang kita pun tumpang sekaki celebrate birthday Mirul yang kiut nie. Oh ya sempat jugak posing dengan adik Mirul yang baru lahir lepas raya Haji yang ketiga hari tu. Tembam dan teringat masa Zakwan baby dulu bulat macam tulah......tapi ini kira cucu ku (cucu saudara) .

Maknya kerja yg ada ayahnya Hairul.....Mirul suka ada suprise kek dari mak sunya (Kak Hezu)

So layan gambar nie......







Ini pula gambar baby Zidan adik baru Mirul lepas Alia......




We all love you Mirul .............


Monday, 18-May-2009 18:17 Email | Share | | Bookmark
Tetamu - Kawan Izzati - Maya Datang rumah.

 
 
 
View all 5 photos...
Kawan Izzati masa kat Sekolah teknik dulu yg kini baru habis belajar Matrik di Kulim,Kedah telah datang tinggal dirumah selama 3 hari 2 malam . Maya nie kata boring duduk rumahnya di Sabak Bernam sejak bercuti beberapa minggu yang lalu so itulah sebab nak jumpa Zati. Kami mengambilnya di Klang Sentral pada pukul 11.30 tghhari dan lepas tu terus bawa dia sekali ke kenduri kahwin anak kawan kerja suamiku di Tepi Sungai Klang.Hari tu hari Ahad 17hb May 2009.

Sempat juga Zati bawa Maya berjalan dgn kawannya ke Tesco, Bukit Tinggi petang tu.
Malam makan beli kat pasar Malam simpang empat aje. Hari ini kita tak masak. Esuknya kita pergi pasar dan masaklah sikit lebih kurang buat Maya nie...

Semasa dia di Klang nie sempatlah bawa dia pusing tengok Pelabuhan Klang dan terus pergi Tanjung Harapan (Tanjung Gila) . Pada 19hb esuknya Maya dah nak balik ke Sabak Bernam. Nak kejar bas bas pukul 10,30 pagi.Rupanya hari biasa 2 jam sekali. so kita belikan tiketnya yang bertolak pukul 12.30 tengahhari. Dek kerana jam baru pukul 10.45 pagi kita ajak dia pergi jalan kat Tesco Setia Alam .

Dah banyak kedai makan kat bahagian bawah Tesco nie ..masa baru buka dulu lapang aje...sekarang dah penuh.....lama tak gi kat Tesco nie. sempatlah beli barang ringan je sikit dan duduk minum dan lepak kat kedai..agak dah dekat pukul 12.15 kami pun keluar dari Tesco dan pergi Ke Klang Sentral semula.

Lebih kurang sikit menunggu bas Maya ke Sabak Bernam pun tiba..yang tak bestnya bas tu kebetulan rupanya nampak macam bas lama aje . Maklumlah hari Selasa tak ramai sangat orang. Selepas bas bergerak kami pun melambai pada Maya dan terus balik rumah dan sebelum tu singgah ambil Zakwan balik sekolah.

Sebenarnya Nama sebenar Maya nie ialah Shahirah tapi dek kerana rupanya yang seakan rupa pelakon dan bekas penyanyi lagu Matahari MAYA... so semua kawan-kawan panggilnya Maya. Tengoklah...kan ada rupa Maya tu........









(Update on 8th June 2009)



[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net