Want your
own Fotopage?

















 
APA-APA AJALAH DARIKU

By: Rohayati Mahmud

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Friday, 6-Nov-2009 20:30 Email | Share | | Bookmark
LAMA TAK UPDATE....MASIH KESAH RAYA W/PUN SYAWAL DAH BERLALU ...

Kek Buah Kukus
Kek Span aka Sarang Semut
Sweet sour Talapia
Mee Sanggul
Ka rumah Jam
dirumah abang Pie


Assalaamualaikum buat semua!

Apa khabar ..semoga semuanya sihat dan sejahtera ..aduhai lamanya tak berkesempatan untuk update..baru kini berpeluang untuk jenguk sini .....sebelum ianya bersawang hampir sebulan terbiar ku gagahi juga untuk memberi ruang dan waktu disini hari ini.Macam macam kesah dan peristiwa berlaku namun untuk entry kali ini masih lagi dengan cerita rayaku. Harap jangan jemu ya.

Oklah untuk pembukanya silalah jamu mata dulu dgn beberapa jenis kek dan masakan yang telah ku buat baru-baru ini.....(banyak lagi masakan yang ada nanti sambung entry lain)

Ini dia baru masak semalam....



[quote]['quote]

Ini pula kek buah kukus yang ku buat baru-baru ini...



Quote:


KEK BUAH KUKUS

Bahan-bahanya

600gm tepung gandum
300gm gula halus
8 biji telur grade B (5 biji - grade A)
625 gm mentega (buttercup/golden Churn)
500gm buah-buahan campuran kering
2 sudu teh bicarbonate of soda
1 1/2 susu teh cream of tartar
1 susu teh esen vanilla

2 cawan gula untuk dibuat gula hangus
baking paper
aluminium foil


Cara-caranya
1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masukkan 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan spatula dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu.


Ini pula ku panggil kek Span atau kek Sarang Semut.



Quote:


KEK SPAN AKA KEK SARANG SEMUT

Bahan-bahannya:

12 biji telur ayam
2 1/2 cawan Tepung gandum
4 cawan gula
2 cawan air
1 tin susu pekat manis
250gm Planta
1 susu besar Soda Bicarbonate.

Caranya:
1- Masukkan gula dalam kuali biar ia cair dan perang kemudian masukkan 2 cawan air jadikan gula hangus.
2- Cairkan pula Planta tu diatas api perlahankan padamkan api.
3.Pukul telur dengan mixer sampai kembang dan masukkan susu pekat manis.
4.Masukkan Planta cair dan air gula hangus dalam adunan telur tadi.Kacau rata.
5.Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak dgn soda bicarbonate.Kacau rate.
6-Tapis adunan dlama loyang/acuan kek yang telah di lenser atau dialas dgn baking paper.
7-Bakar dlm oven anggaran 40 minit sehingga masak pada suhu 170'c.


Ini dia Mee Sanggul goreng ..



Mee Sanggul
Sumber dari Kmal

Bahan:
2 bungkus mee sanggul(direndam dulu dlm air hingga lembut sikit)
3 s/b bahan kisar ( bwg besar, bwg merah,bwh putih dan sedikit halia)
2 s/b cili kisar
1s/b udang kering( ditumbuk kasar)
Udang basah, isi ayam ,sotong atau apa2 ja yg ada dlm p/ais tu
2 s/b sos cili
2s/b sos tomato
sedikit kicap cair, garam secukup rasa
Kobis, karet, sawi

Caranya:
Panas minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau..masukkan cili kisar, udang basah, isi ayam, udang kering dan masak hingga pecah minyak..masukkan sos cili dan tomato, kicap cair dan masukkan mee tadi-gaul rata, masukkan sayur2 tadi akhir sekali rasakan garamnya.


Ini pula cerita raya yang yang tertanguh.....

Man Jiran datang beraya sebelah malam hari baru balik dari kg tu...24.09.09.
Jawabnya takda palah..kuih kering je.....



25.09.09 - Kita masak lebih hari ini ..buat nasi beriani, rendang dan nasi himpit serta kek. ini aje gambar makanan yg sempat diambil...



Tetamu yang datang - kawan Izzati masa sekolah rendah dan menengah teknik ada datang.



Sebelah malam pula Normi, abangku Pie dan Jiran Pak Hasan dan keluarga pula datang. Ini aje gambar yg sempat diambil...



26.06.09- Oops tersalah type tarikh tu...petang Kak Inah dan anaknya Rafi dan isteri Suzi pula datang berkunjung....




Sebelah malam -Hantar Izzati balik naik bas ke SG.Petani..di Klang Sentral. Ramainya orang masa nie...waktu student semua nak balik U semula...Bas pun delay dan kelam kabut aje....





27.09.09 - Antara yang datang ialah Mak Cu & Pak Cu, Jiran lama sebelah rumah dulu yang kini dah pindah kat Bukit Tinggi, Lan dan Kawan baikku Jam sekeluarga di sebelah malam.

Hidangan yang kusediakan hari ini hanya Mee Sup, Puding jagung dan Mee Sanggul serta bubur kacang.











Ingat lagi perkenalan dengan Jam nie bermula semasa sama-sama mengandungkan anak sulung ketika sedang menunggu giliran untuk check-up sekitar hujung tahun 1989 di klinik kat Port Klang gitu....alhamdullilah hingga kini hubungan kami kekal dan akrab.....anak pun dah besar....



Ini pula masa pergi beraya rumah abangku Pie.....janji pergi sama-sama dengan Normi dan Su Yah.





Ini pula abang Yasmeen dan Raihan datang rumah...



Norjan pernah bekerja sama office dulu jemput gi rumah dia ada open house kat Amazing Height....



Lepas tu gi terjah pula rumah Ju yang memang tak jauh dari Amazing Height tu....belakang bangunan tu je....



Ini pula masa pergi beraya kat rumah Jam di Taman Sementa,Kapar.





Cukup dulu untuk kali ini dan sambung lagi di entry yang baru...

Salam buat semua ..........
























salam kak yatie.......
walaupun akak lama x update, tp bila sesekali update cukup panjang dan lengkap sekali
entry.....suka sya baca......
menarik tgk menu2 akak ni terutama kek dan mee sanggul goreng tu.....
semuanya sedap2 belaka........
meriah tgk tetamu2 yg dtg beraya tu.....
Sat 7-Nov-2009 16:59
Posted by:baayah  - [Link]
Add comment


Wednesday, 7-Oct-2009 02:07 Email | Share | | Bookmark
GAMBAR RAYA - 1ST DAY RAYA KAT KLANG, RAYA KE2 BALIK N9.

Selamat Hari Raya
My family
Balik kampong
Berdua
Mirul dan Alia
Jom raya


Assalaamualaikum Semua!

Cerita Raya yang baru dapat diupdatekan hari ini.

Raya tahun ini kita sambut serba sederhana saja. Perabut,langsir takda tukar. Malah alihkan perabut ke stail lain pun tak buat. Takleh nak tukar gaya dah..ruang tamu kita tu tak besar mana...jadi..gitulah gayanya dari dulu dan kini...paling boleh tukar kerusi tu je...TV memang situlah letaknya...biasalah rumah kecik macam kita nie....lainlah kalau ada ruang tamu yang luas...macam2 stail boleh diubah..alih sini ..pindah sana....he..he...

Kerusi panjang kita..tempat paling suka dia orang duduk baring lepak berebut masa nak tengok TV pun kain balutnya kusyen tu dah uzur nampaknya..dah terkoyak pun ada.......so seminggu sebelum raya pergilah tanya kedai repair perabut tu berapa harga kalau nak tukar baru semua sarung satu set tu. Wau terkejut kita dibuatnya...harganya RM1700.00....kalau kerusi Cleopetra tu satu je RM700.00. Aduhai...tak berbaloi pulak rasanya......baik beli satu set kerusi baru je (tapi kerusi lain elok lagi)......harga repair lebih kurang sama dengan harga kita beli baru. Tak sempat, raya pun dah dekat, so biarkanlah dulu....tengah fikir lagi...sampai hari ini....tak repair tak beli pun yang baru lagi. Orang datang raya bukan nak tengok kerusi..kecuali mau jumpa dan makan aje...kalau ada yang perasan kerusi tu dah teruk ....biarlah...( tapi so far dia orang yang datang rumah tak kesah pun). Lepas raya baru2 nie ada gi intai kerusi kat kedai perabut saja tenguk-tenguk dulu .cuci mata aje..lagipun tengah2 bulan raya nie duit pun dah ciput.....tunggulah raya tahun depan.....itupun kalau ada duit yang terlebih..he..he...

Pakaian anak2 tu biasalah...sepasang baju tradisional dan 2 pasang baju moden. Cuma Untuk zakwan sepasang baju Melayu, 2 helai baju kemeja dan 2 helai T-Shirt, Jeans 2 helai. Kasut Ira dan Zakwan sepasang aje seorang. Izzati beli dua pasang ,untuk dia nie tak raya pun kena beli kasut...kerap pakai kasut kemana-mana maklumlah dah besar sikit..jalan pun dah lebih kot.

Hidangan pagi raya kita masak rendang ayam 4 ekor dan ketupat nasi. Hari Raya pertama kita beraya dirumah dan kemudian pergi rumah kakak kita Ana..dia buat nasi dagang..lama lepak rumah kak Ana..petang baru balik. Lepas tu Su datang kejap. Lepas Maghrib pergi jalan dan beraya rumah abang Zali di Shah Alam.

Raya kedua kita balik Negeri Sembilan , kampung suami. Kita beraya kat kampung nie
selama 3 hari je..sepatutnya pada 23.09.09 dah balik Klang tapi Izzati tiba2 tak sihat..angin kot....dia kena sakit perut dan muntah2 so bawa ke klinik kerajaan Johol. Rehat satu hari lagi hingga Izzati pulih dan esuk 24.09.09..Khamis baru balik Klang.

Dah rezeki..sebaik sampai rumah lepas lepak dan rehat jap..Normi (Sepupu tu ) call ajak datang raya rumah..dia ada masak nasi dagang....So pergilah beraya kat rumah Normi..di Bandar Putera , senang takyah masak.

Jom layan gambar raya ...gambar pun banyak yang tak berapa terang..banyak gambar kat kg lupa ambil dari laptop Izzati...so ini ajelah yang ada........

Sempat ambil gambar rendang aje..itupun belum kering lagi.






Anak-anakku di Hari Raya...


ini masa gi Raya kat rumah Kakakku Ana...tarikh should be 20.09.09 (Salah taip tu)






Berhari rayalah ni ya......


Sebelah malam pergi beraya pulak rumah abangku Zali di Shah Alam...lupa pulak nak ambil gambar abangku dan Kak Inah..Masa kita pergi tu..tunang anak buahku Wan pun ada...dengarnya bulan 12 ini akan adakan majlis perkahwinan. Sorang je tak jumpa anaknya Faiz..kena kerja...





Inilah Hari Raya kedua on the way nak balik kampong...21.09.09.



Sampai rumah Busu..Pak Ngah ada..lepas tu sama2 pergi beraya rumah Pak Long .



Lepas tu pergi beraya pulak rumah Achik Nordin di Air Mawang.







Lepas tu balik rumah Mak Busu..lepak tidur...penat..
Esuknya....22.03.09...pergi beraya rumah Siah di Simpang Air Mawang dan kemudian
ke Tumang semula..Kak Liza buat Birthday untuk anak2nya......













Lepas pergi Tumang ada gi jalan ke Tampin..dan rumah sedara Kak Saadi tapi takda
gambarlah...lepas tu balik rumah Mak Busu.

23.09.09 - Tak Jadi balik Klang..Izzati tak sihat ....bawak gi klinik....





24.09.09....Jom balik Klang....





Masa kat Rumah Normi di Bandar Putera,Klang. Tarikh tu .24.09.09..salah taip lagi....



Oklah dah panjang sangat nie...hingga bertemu lagi...dengan entry tetamu yang dtg dan siapa yang datang rumah....sekian ..salam buat semua.









nie...
dah macam lawatan YB seluruh kawasan parlimen nie....h eh ehe
Tue 20-Oct-2009 15:49
Posted by:salleh @ starbucks  - [Link]
Meriah raya dlm ingatan . . . jenuh berjalan kan

http://rnzphoto.fotopages.com
Mon 26-Oct-2009 15:00
Posted by:RnZ Photo JB  - [Link]
salam kenal kak yatie...
meriahnyer hari raya yer...
senang-senang singgah la umah kita yer akak...
Wed 28-Oct-2009 06:22
Posted by:sal adeqsal@yahoo.com  - [Link]
View all 28 comments Add comment


Thursday, 1-Oct-2009 02:37 Email | Share | | Bookmark
Kuih Raya yang ku buat tahun nie dan Tahniah buat Siti & Azri.

Kueh Tart Nenas
Biskut Crystal Ball
Biskut Conr flakes Madu
View all 6 photos...
Untuk entry kali ini kita nak update gambar kuih raya yang kita buat. Rasanya tahun ini dan tahun lepas sama aja kuih yang kita buat.....kerana ini memang kuih kegemaran keluarga . Ingat nak buat juga biskut lain tapi tak cukup masa. Ini pun dibuat dalam tempoh 3 hari..minggu terakhir Ramadhan.

Jom layan gambar.....





Quote:
Resepi Tart Nenas.

Bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum
250gm butter
1 biji telur ayam - di pukul selama 2 minit.
Sedikit garam
1/2 cawan castor sugar
Inti nenas secukupnya.

Caranya:

Pukul butter dan gula sekejap.Kemudian masukkan gandum dan garam.Gaul rata hingga lembut kemudian masukkan telur yang dah dipukul 2 minit tadi.Uli rata dan kemudian teraplah adunan dan bubuh inti nenas diatasnya. Bakar pada suhu 170'c
hingga masak.






Quote:
Corn Flakes Madu

300gm bijirin emping jagung
100gm mentega
60 gm madu
30 gm gula castor

caranya:

Cairkan mentega didalam periuk. Kemudian campurkan madu dan gula kastor.kacau sehingga larut dan masukkan enping jagung dan gaulkan rata.
Kemudian masukkan kedalam acuan atau cawan kertas kecil dan susun dlm dulang
pembakar.
Bakar didalam oven pada suhu 170'c selama 10 - 12 minit.






Quote:
BISKUT DAHLIA

Bahan
225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose/tepunng gandum
ceri merah sebagai hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara






Quote:
BISKUT MAZOLA

Bahannya:
450gm tepung gandum.
250gm mentega kacang yg kasar sikit.
200 gm minyak masak mazola
200 gm gula aising
25 gm tepung Hoe Kwee
sedikit garam halus.

Caranya:

1. Masukkan semua bahan dan uli jadi doh. Kemudain bentuk doj mengikut acuan.
2.Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 180'c.







Quote:
Biskut Irish
Sumber : Majalah Saji (Sep/2008)

A.
180g butter
130g gula castor
20g shortening
1 biji kuning telur
1st nescafe
1st esen coffee

B
1/2st baking powder }
200g tepung gandum } ayak
100g tepung ubi }
40g nestum (kisar )

Hiasan: kuning telur – sapuan, Kuaci hijau dan Coklat chips atau choc.rice.

Cara

1.Putar bahan A sehingga sebati.Masukkan Bahan B dan gaulkan sehingga sebati.
2.Uli sehingga menjadi doh.
3.Canai dan terapkan mengikut acuan
4.Sapukan kuning telur (kita tak letak pun) dan hiaskan dgn kuaci hijau dan choc.chip/choc. rice.






Quote:
BISKUT KELAPA SERI HJAU

Bahan-bahannya:-

3 cawan Kelapa kering
2 cawan marjerin (mentega pun boleh)
2 cawan gula castor
3 cawan tepung gandum}
1 cawan tepung jagung} diayak sekali semua jenis tepung dan Baking powder.
2 cawan tepung ubi}
1 sudu besar baking powder}
4 biji kuning telur
1 sudu besar esen vanilla
2 susu besar pewarna hijau epal

Hiasan
Kelapa kering
Gula kristal hijau

Cara membuatnya:
1) Pukul gula dan marjerin hingga gebu masukkan telur kuning, sesn vanilla dan pewarna hijau.Pukul sebati sekali lagi.
2)Masukkan semua tepung gandum dan baking powder dalam adunan marjerin tadi..gaul rata hingga menjadi doh.
3)Terapkan dengan acuan yang disukai. Taburkan kelapa kering kemudian Gula Crystal bewarna hijau.
4)bakar pada suhu 150'C selama 15-20 minit.






Quote:
BISKUT COKLAT CIPS RANGUP
Sumber: Hanieliza

Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.






Quote:
BISKUT ARAB aka CRISTALL BALL
(Sumber: Hanieliza)

Bahan
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau

Caranya:
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
3. Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180'C selama 20-25 minit.
5. Bila dah sejuk taburkan gula halus.
6. Simpan dalam balang kedap udara.






Quote:
BISKUT SARANG SEMUT

Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.






Quote:
Biskut Bijan.

Bahannya:

2 - 3 cawan bijan (digoreng tanpa minyak sebentar)
2 cawan Marjerin (Mentega pun blh)
2 cawan gula Castor (Gula Halus pun boleh)
4 cawan tepung Gandum
2 cawan Tepung ubi
4 biji kuning telur
2 susu kecil baking Powder
1 sudu besar esen vanila.

Caranya:
Pukul gula dan Marjerin hingga sebati. Masukkan Kuning telur dan esen vanila dan pukul sebati. Kemudian masukkan semua jenis tepung dan baking powder yg telah diayakkan terlebih dahulu kemudian masukkan bijan.Gaul rata dan jadikan dough. kemudian terap dgn acuan yang disukai
Bakar pada suhu 170'c selama 20 minit atau hingga masak.


Ini koleksi kuih raya selepas seminggu lebih raya........sebelum ini penuh semuanya.



Disini juga ingin ucapkan tahniah buat anak saudaraku Siti dan suaminya Azree atas kelahiran cahaya mata mereka yang pertama. Selamat menjadi ibu dan bapa semoga kehadiran baby yang comel ini yang diberi nama Nadira Balkish akan mengeratkan lagi kasih sayang dan menambahkan lagi rezeki dan kebahagian dalam rumahtangga kalian berduaa.

Ini dia masa Balkish baru dilahirkan pada 12.09.2009 di klinik Razif, Klang.



Kenangan semasa masih berdua......jangan marah ya....(Penantian selepas dua tahun lebih)



Ok...sampai sini dulu hingga bertemu lagi dengan entry raya lepas nie.




tepek ler gambor raya lagi kak
nak tengok pose collect duit raya
pose NGAP pagi raya
pose salam ampun syahdu syahduan pagi raya
dan pose itu ini
begitu begini.....
Mon 5-Oct-2009 23:06
Posted by:salleharon@starbucks salleh@starbucks.com.my  - [Link]
>>salam.. semua kueh nostalgialer .. kueh masa kecik22 dulu mesti ada kat meja..
kuih mazola(dah lama tak rasani), sarang semut, dahlia, cornflakes madu, biskut arab...
nnti nak buat ler pulok untuk raya haji ....
>>balkishtu memang comeller .. siap dah terbeliak mata baru lahirpun... tahniah utnuk siti & azri..
Tue 6-Oct-2009 02:38
Posted by:cho zila  - [Link]
kuih nie pasti best!

----------------------------
Homestay di Bandar Melaka. Murah RM120 / night. Cuma 3KM dari Melaka Sentral. 10min A Famosa & Mahkota Parade. Eye of Malaysia. 4 Bilik. Aircond Sesuai untuk family dan group.
http://melakahomestay.fotopages.com/
Tue 6-Oct-2009 18:51
Posted by:Melaka Homestay  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Tuesday, 29-Sep-2009 03:39 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua........

kad Raya Nurul
Kad Raya Kmal
Kad Raya Madiha
View all 10 photos...
Lamanya tak update FP ini ..pejam celik2 dah hampir 2 minggu kita berada dibulan Syawal yang mulia ini.

Minta maaf banyak-banyak baru kini dapat update dan ambil kad Raya dari kawan2 Fp ini. Masakan bulan Ramadan banyak lagi tak update dan kuih raya pun belum dapat update lagi so untuk entry ini istimewa untuk mengucapakan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI" buat semua yang mengenaliku dan juga sesiapa saja yang singgah sini.

Di kesempatan ini ingin ku ucapkan "Selamat Hari Raya dan maaf Zahir batin" buat semua kakak dan abang serta adik2 ku. Istimewa buat kakakku kak Mah dan Kak Ani di Trengganu, Adikku Suri dan famili di Kuantan, Adikku Wah dan famili di Kemaman,
Abangku Pie dan Kak Idah di Klang, Kak Ana sekeluarga di Klang, Abangku Zali dan Kak Inah sekeluarga di Shah Alam.

Tak lupa buat semua anak-anak saudaraku istimewa buat Hoesni dan Suriati sekeluarga di Trengganu, Suhaiza dan Famili di Damansara, Asri dan isteri di Putra Height , Hairul dan Lin sekeluarga di Kota Damansara, Hafiz dan Suzie di Subang , Razlina dan Razli sekeluarga di Shah Alam dan buat semua anak2 saudara yang masih Solo tu dan bakal kahwin nanti ialah Wan.....ada lapang dan waktu jemputlah kerumah ya....

Begitu juga buat semua ipar duai dan saudara mara dan anak saudara sebelah suamiku di N9 yang telah pun kita bersua muka dan bermaafan baru-baru ini.
(Nanti update gambar ya..)

Walaupun terlambat harap sudilah terima kad raya yang tak seberapa ini dari Kak Yatie buat semua yamg mengenali dan tak kenal tapi ada singgah sini dan member FP dan blog2 yang mengenaliku.



Ini dia Kad Raya dari teman-teman FP yang telah ku ambil dan abadikan disini..dan terima kasih kak Yatie ucapkan ya.....

Ini dari Ida



ini dari Hanaz



ini dari Sweet



Ini dari Kmal



Ini dari Watie & Arin



Ini dari Nurul



Ini dari Nuanza



Ini dari Ezzah dan Suami



ini dari Salleh...(Starbuck)



Ini dari Rina



Ini dari Madiha



Ini dari Baayah...



ini dari Azue



Ini dari Meor



Ini dari Jasmeen



ini dari Zai (Teratak Impian)



Ini dari Kenitra



dari Fiza Nordin



Paling sedih cakap pasal shopping ni yalah cari baju yang muat dengan kita...aduhai kita dah amat gemuk banyak baju berkenan tapi tak satu pun yang masuk saiz kita ni....ingat macam nie rasa nak kurus tapi tak boleh kurus dah rasanya semakin gemuk adalah..apa tidaknya kadang sebelah siang ya..ya nak diet makan sikit je..last2 tengah malam pukul 11.00 gitu bukan main lapar lagi..dan tak peduli kita lantak pi makan lagi....itulah selalu gagal nak kuruskan badan.....selera nie..ada ajelah......

Kita tahun nie gi shopping baju kat Jaya Jusco , gi Parkson Meru -Fist Lady dan Piece.
Anak2 kita muatlah nasib baik masa gi kali kedua shopping bawak Izzati yang baru balik Kedah tu..dapat 2 helai baju yang kira boleh muatlah..so terus beli je....Nampaknya lain kali kena tempahlah....takleh beli ready made..pasal badan..gemuk takda size yang muat......kesian kat kitakan...

Oh ya layan ini gambar gi shopping kat Plaza Shah Alam.....

Ira dh berkenan kasut kat sini......


Banyaknya gelang Kristal..beli satu..masa kat sini....


Singgah pergi rumah abangku Zali..dah keluar dari KPJ..nampaknya beransur pulih tapi masih perlukan kerusi roda...



Oklah ...sampai disini dulu dan jumpa lagi......

kak nape den tkleh komen kak Thu 1-Oct-2009 01:58
Posted by:*KeLoPaK BeLuLuK*
ponek den komen tkleh la kak
akak dah banned den ke??
wakakakaaaaaaaaaa
apekah dosaku kak???
Thu 1-Oct-2009 01:59
Posted by:*KeLoPaK BeLuLuK*--fazzarinna
sy pun tak berani nak intai baju ready made.. mcm ouled kenitra ckp.. tukang jahit selalu silap ukur
samalah kita kak.. nak diet selalu sj tak berhasil......
Thu 1-Oct-2009 07:50
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Monday, 7-Sep-2009 16:30 Email | Share | | Bookmark
MASAKAN RAMADAN (DAH 17 HARI PUASA) HANTAR IZZATI /JUMPA KAWAN

 
 
 
View all 12 photos...
Assalamualaikum semua.....!

Diam tak diam hari ini dah 17 hari kita berpuasa. Tak lama lagi nak rayalah pulak.

Jom layan masakan yang ku sediakan sepanjang tempoh Ramadan ini..ada gak yang lupa nak snap.....oops klu semua panjanglah pulak entry nie....yg mana sempat ajelah....





Quote:
IKAN MERAH MASAK TAUCU

Bahan-bahan:

1 keping ikan Merah
200ml aair
40 gm taucu
3 ulas bawang putih] dihiris
2cm halia] dihiris
1 biji bawang besar] dihiris
4 biji cili padi -patahkan
1 biji cili hijau] dihiris
1 biji cili merah] "
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa.

Caranya:
1.Lumurkan ikan merah/tenggiri dengan garam dan serbuk kunyit.
Goreng sehingga garing. Ketepikan.
2.Tumis bahan-bahan yang dihiris (bawang dan halia) sehingga naik baunya.
3.Kemudian masukkan taucu dan kacau rata.
4.Masukkan air bersama cili padi,cili hijau dan merah,garam dan gula secukupnya.
5.Setelah mendidih tuangkan keatas ikan yang dah digoreng tadi.
6.Sedia untuk dihidang.




Quote:


SERIKAYA KELEDEK

5 biji telur ayam
2 cawan gula
2 cawan santan pekat
1helai daun pandan
1 biji keledek saiz sedang.
sedikit garam.


Caranya:

1.Keledek dipotong dadu kecil2 dan kemudian dikukus hingga empuk. Ketepikan.
2.Pukul telur dan gula hingga sebati
3.Blend daun pandan dengan 1/2 cawan santan (dari 2 cawan tadi) dan tapis.
4.Kemudian masukkan santan dalam adunan gula dan telur tadi dan kacau rata.
5.Kemudian masukkan ubi keledek tadi kedalam adunan dan kemudian masukkan
dalam acuan atau loyang dan kukuslah hingga masak.




Quote:
ASAM PEDAS PARI.

Bahan-bahannya:

500gm ikan pari (dipotong)
3 biji tomato
3 tangkai daun kesum
110 ml air asam jawa
2 batang serai - diketuk
Minyak masak
Air secukupnya.
Garam

Bahan kisar:

2 ulas bawang besar
4 ulas bawang merah
2cm belacan
1 inci lengkuas
20 tangkai cili kering (rebus dan kisar)

Caranya:

1.Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau
2.Tuangkan sedkit air dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
3.Masukkan air asam jawa, daun kesum,serai ikan pari , dan garam
secukup rasa.
4.Akhir sekali masukkan tomato . Bila mendidih sekali lagi tutup api.
5.Siap untuk dihidang.




Quote:
BUBUR JAGUNG

Bahannya:

3 biji jagung manis (dikikis ambil isinya)
2 cawan santan sederhana pekat dan 1 cawan pati santan - dari sebiji kelapa.
1 ketul gula merah dan 3 sudu besar gula putih
Sedikit garam.
1 helai daun pandan.
1 sudu besar biji sagu.

Caranya:

1 Masukkan 2 cawan santan sederhana pekat dan biji jagung serta daun pandan
dalam periuk dan letak atas api dapur biar mendidih kemudian masukkan biji sagu .
2.Kemudian bila sagu dah kembang masukkan gula merah dan gula putih serta sedikit
garam.
3.Bila gula hancur dan mendidih masukkan pula pati santan yg pekat tu dan kacau rata kemudian tutup api bila mendidih sekali lagi.
4.Siap bolehlah dihidang.




Quote:
IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahannya:

3 keping ikan tenggiri
2 biji terung bulat
15 biji cili padi]
4 biji cili hijau]
1 biji bawang besar]
3 biji bawang merah]-----] dikisar semua sekali
3 ulas bawang putih]
1 inci halia]
1 inci kunyit hidup]
3 cawan santan pekat. (Ambil dari 1 1/2 biji kelapa)
3 batang serai diketuk.
3 keping asam gelugur
Garam dan serbuk perasa.

Caranya:

1. Masukkan santan, bahan kisar,daun kunyit,asam keping dan serai dalam periuk dan kacau sentiasa atas api.
2.Bila dekat nak mendidih masukkan terung bulat yang dibelah empat . Kemudian kacau lagi sehingga terung separuh masak, kemudian baru masukkan ikan Tenggiri,garam dan serbuk perasa kalau suka..
3.Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih dan ikan tenggiri masak kemdian tutup api. Siap boleh dihidang.




Quote:


AGAR-AGAR SELASIH

Bahannya:

14 gm agar-agar strip tu.
2 cawan gula
7-8 cawan air.
2 sudu besar biji selasih direndam dalam air dulu.
Sedikit esen rose merah
1 helai daun pandan.
sedikit garam.

Caranya:

1.Rebus agar-agar dengan 7 atau lapan cawan air biar mendidih atau sehingga agar-agar itu hancur semuanya.
2.Kemudian masukkan esen rose merah bersama daun pandan dan juga masukkan gula dan sedikit garam.
3.Bila gula hancur dan dah mendidih masukkan biji selasih tadi (ditapis dulu dari air rendaman) dan kacau rata. Tutup api.
4.Tuangkan dlam acuan atau loyang dan biar ia sejuk. Kemudian boleh dihidangkan.




Quote:
KARI UDANG

Bahan-bahan:

500gm udang sederhana besar.
2cawan santan sederhana pekat dan 1 cawan santan pekat (ambil dari sebiji kelapa)
3 sudu besar rempah kari
2 sudu besar cili kisar
6 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia -dikisar
8 biji bendi - klu suka
2 biji tomato - klu suka
Daun kari kalau suka
Sedikit air asam jawa.
2 biji lada merah - belah dua
2 biji lada hijau -belah dua
Minyak masak secukupnya.

Caranya:

1) Pijarkan minyak dalam periuk dan masukkan semua bahan kisar ..mula-mula bawang dan halia diikuti rempah kari dan cili kisar (dibancuh dengan sedikit air) biar sampai naik bau kemudian letakkan daun kari dan masukkan santan sederhana pekat.
2)Kemudian masukkan bendi, garam, sedikit air asam jawa, bila separuh masak masukkan udang, tomato akhir sekali lada merah dan hijau.
3)Kemudian tuang 1 cawan santan pekat dalam periuk .kacau rata hingga mendidih dan terus tutup api. Siap boleh dihidangkan.


Ini dia kuih yang dah lama terliur tengok kat FP Madiha...baru sekarang dapat membuatnya......(Seakan-akan makan bika ubi lembik kat Trengganu-sedap)


Quote:
TEPONG BOKO UBI KAYU -Dari FP Madiha
Sumber : kak Jie
Bahan2
1 ketul ubi kayu yg besar ~ (dapat anggaran 3 cawan ubi parut)
1 ½ cawan gula pasir
10 helai daun pandan ~ kisar dengan 2 cawan air dan ambil patinya.
sedikit pewarna hijau jika perlu
secubit garam

Cara Menyediakan
1. Ubi dikopek kulitnya (jangan dipotong) dan dibasuh bersih. Belah 2 untuk membuang urat tengahnya. Parut ubi sehingga habis. ( dapat anggaran 3 cawan ubi parut). (Boleh juga dikisar menggunakan blender tp pastikan juga uratnya dibuang terlebih dulu.)
2. Perahkan/ toskan air dari ubi parut tadi. Tak perlu terlalu kering. Perah sikit jer tapi kalau kisar campur air pastikan perah guna kain maslin sebab ubi terlalu halus.
3. Panaskan periuk kukus.
4. Campurkan parutan ubi, gula pasir, air daun pandan, garam & sedikit pewarna hijau sehingga rata.
5. Masukkan adunan ubi di dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
6. Hidangkan bersama kuah / sos santan dengan cara scopping.

Sos Santan
Bahan2
1 kotak santan (200 ml) (nak lebih lemak boleh lebihkan santan lagi.. kurangkan sukatan air)
500 ml air
4 ~ 5 sudu besar tepong beras
2 sudu kecil rata garam (rasa dulu b4 tambah garam)
sehelai daun pandan ~ disimpul

Cara menyediakan
1. Bancuh tepong beras dengan sedikit air sehingga rata (ambil air dari 500 ml tadi). Tapiskan.
2. Campurkan santan, air & air bancuhan tepong beras, garam dan daun pandan dalam periuk.
3. Masak di api sederhana sehingga kuah menjadi pekat & masak.
4. Sedia untuk dihidangkan bersama kuih ubi yang dikukus tadi.


Kita buat Muffin nie untuk Izzati yg kebetulan balik pada cuti Merdeka.



Quote:
CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

Bahan-bahan:

1 cawan butter
4 cawan gandum
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
2 cawan chocolate chips
2 cawan gula
4 biji telur grade A
2 sudu besar vanila
1 cawan susu - (kita buat guna 2 sudu besar susu tepung Nespray je..bancuh)
1/2 cawan serbuk koko.

Caranya:

1)Dalam Mangkuk tapis dan gaulkan sekali tepung gandum,serbuk koko ,baking powder dan garam.
2)Ambil sedikit gandum gaulkan dalam Chocolate chips. Ketepikan
3)Putar gula dan butter dengan kelajuan sederhana selama 3-4 minit. Kemudian masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati kemudian masukkan esen vanila.
4)Kemudian perlahankan kelajuan pada speed yang rendah dan masukkan tepung gandum berselang seli dengan air susu agak-agak sebati dahlah.Jangan terlebih adun.Kemudian masukkan chocolate chips gaul rata.
5)Kemudian bubuh adunan dalam paper cup yg telah diletak dalam muffin pan dan taburkan diatasnya sedikit lagi chocolate chips dan kemudian bakar dalm oven 180'c selama 15-25 minit atau sehingga Muffin masak.


Ini pun buat untuk Izzati hari tu..nak buat balik kat UITM.


Resepi nie sama dengan resepi Kek Ana disebelah .

Buat lagi Cream Puff ..untuk Izzati makan masa berbuka.....hari tu tak sempat buat untuk dia..



Aduhai dah panjang pasal masakan nie aje ya..nanti sambung lagilah......

Ceritaku kali ini.....

Bulan Ramadan yang mulia ini adalah jugak pergi sembahyang terawih...taklah tiap2 hari kadang keadaan tak mengizinkan takdalah pergi.....



Ni ..curi-curi ambil gambar masa kat masjid.....





Melawat abangku Zali lagi di KPJ,Shah Alam.....kali ini keadaan abangku agak kritikal dan berada di ICU...jarinya kena potong satu lagi.....Risau juga dibuatnya dan rasa sedih bila tengok abangku masa nie....dia tak berapa sedar....(tapi kini dia dah beransur pulih dan diletakkan di Wad biasa semula)





Ini pula masa hantar Izzati nak balik S.Petani,Kedah ..naik Bas dari Klang Sentral.
Tak Sangka tengah masuk kat tempat menunggu tu..terdengar orang memanggil namaku..siapa pulak nie..rupanya kawan baikku yg lama tak jumpa Sal pun ada ..samalah dia pun nak menghantar anak sulungnya balik naik bas ke Johor.











Bas Izzati delay 1 jam ganti bas Lain(rosak) pukul 12.00 lebih baru berlepas.


Oklah cukup sampai disini....hingga bertemu lagi semoga kita semua diberkati di bulan Ramadan yang mulia ini....














Kak Tie..mai ambik kad raya dari Kmal Fri 11-Sep-2009 13:29
Posted by:Kmal amalhayati68@gmail.com  - [Link]
bila nak update kak?
jom ambik kad raya...
salam lebaran bt akak sefamily...
Mon 14-Sep-2009 05:00
Posted by:idaazman  - [Link]
re:ala kak..lom lagi dapat pindah2 umah...
tak larat la nak dok umah tu skrg..bkn apa..sunyi..nantila mb pas raya br pindah bila my maid dah pulg sini lagi...
bkn apa,tak larat mengemas...wawa...
Mon 14-Sep-2009 05:09
Posted by:idaazman  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Monday, 31-Aug-2009 20:21 Email | Share | | Bookmark
SALAM MERDEKA BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA (52 TAHUN DAH)














Salam Kemerdekaan dan Selamat Berpuasa buat kak yatie sekeluarga....... Wed 2-Sep-2009 15:39
Posted by:baayah  - [Link]
salam kak yatie...
tima kasih singgah fp saya...
saya sukalah fp akak nie...banyak resepi
salam merdeka juga dan selamat berpuasa...
Thu 3-Sep-2009 03:21
Posted by:Mama Ain~Sofea  - [Link]
Salam Merdeka kak........ Thu 3-Sep-2009 06:58
Posted by:Iezah Azizam  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Sunday, 30-Aug-2009 20:25 Email | Share | | Bookmark
KENDURI DOA SELAMAT RUMAH KAK ANA (15.08.2009)

Apam Eno Putih warnamu
Cara Berlauk
Cream Puff
View all 6 photos...




Entry kali ini belum lagi sentuh pasal aktiviti bulan puasa...tetapi tentang kencuri doa selamat dirumah kakakku Ana seminggu sebelum puasa dan juga buat anaknya Siti yang bakal melahirkan dan juga buat suaminya yang baru saja keluar dari IJN. Hampir sebulan lebih abang iparku ini keluar masuk IJN dan keadaannya agak baik sikit w/pun masih kelihatan lemah.

(15.08.2009).

Sebelum tu sepupu kita Normi dan ibunya Su Yah pun ada buat kenduri pada hari yang sama ..selepas zuhur dan Kak Ana kendurinya lepas Isyak. Normi ada tempah cara berlauk sebanyak 100 biji dan untuk rumah kakak pula aku buatkan Apam Eno dan Cream Puff.

Sibuk jugaklah hari tu buat 3 jenis kuih dalam kuantiti yang agak banyak........rasa penat sikit pasal dah lama relax kot....







Siapa yang nak cuba inilah resepinya.

Quote:
CARA BERLAUK INTI AYAM

Bahan-bahannya.

Untuk buat intinya:
1 Mangkuk isi ayam cincang (Ramli Burger)/Klu rajin kisar daging ayam sendiri.
100gm cili kering }
6 biji bawang merah } Tiga nie diblender.
1 biji bawang besar. }
2 cawan air atau lebih.
2 sudu besar garam - ikut rasa sendiri
6 sudu besar gula - boleh tambah lagi klu suka lebih manis
1 sudu kecil serbuk perasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya.

Caranya:
Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar tadi diikuti dua cawan air atau lebih..biarkan air mendidih dan sehingga naik minyak. Kacau sentiasa dan baru letak isi ayam dan
diikuti garam, gula dan kalau perlu tambahkan sedikit air lagi biarkan mendidih sehingga kering dan isi ayam pun empuk. Rasa apa yang patut dan terpulang kalau nak manis tambahkan lagi gula ,kalau nak masin tambahkan lagi garam dan sebagainya. Lepas tu tutup api .Sejatkan sambal isi ayam agar minyak tumisan jatuh kebawah. Gunakan ini untuk diletak dalam cara nanti. (Note : Proses ini lebih kurang 25-35minit)

Bahan untuk kulitnya:

6 cawan gandum
3 cawan santan
6 cawan air
3 biji telur
garam
pewarna kuning
serbuk rempah kari
Bawang goreng kalau suka (Letak selepas adunan diblend)

Hiasan
Daun Sup/Saderi
Cili merah

Caranya:
Blendkan/gaul rata semua bahan dan tapiskan.
Letak bawang goreng kalau suka.
Masukan sikit adunan dalam teko yang muncung panjang (senang nak tuang)
Panaskan acuan cara dan letakkan minyak.
Tuangkan adunan separuh acuan dulu dan kemudian masukkan inti sambal ayam tadi sesudu kecil
dan kemudian tuangkan adunan diatasnya hingga penuh dan kemudian letakkanlah cili merah yang dihiris tu bersama daun sup tadi. Tutupkan dengan tudung periuk nasi atau apa-apa penutup besi yang sesuai.
Bila agak dah masak...angkat penutup dan cungkilkan cara dengan lidi tajam atau pisau nipis panjang.Hidangkan.
(Dapat dalam anggaran : 100-120 biji (sarang kecil))


Ini pulak Apam Eno yang warna-warni



Ini yang warna putih semuanya.....



Quote:
Resepi APAM ENO
Sumber dari: Puan Norzailina Nordin

Bahannya:
2 1/4 cawan tepung beras
3/4 cawan gula
2 cawan air
1 cawan nasi sejuk
1 paket eno
1 1/2 keping ragi

Caranya:
Letakkan ragi didalam tapis kecil/ayak.Hancurkan dan tabur pada nasi. Gaul rata.
letak dalam bekas bertutup dan simpan selama 24 jam(buat tapai) (Note nak sedap simpan sampai 3 hari pun boleh).Lepas tu campurkan nasi dengan gula,tepung beras
dan air hingga sebati. Biar selama 6 jam.Masukkan Eno dan kacau sebentar. Bubuh pewarna jika suka.

Panaskan Pengukus,letak acuan yang sudah dilengser didalamnya. Panaskan selama
2-3 minit kemudian tuangkan adunan apam ke paras 3/4 penuh. Tutup pengukus dan
biar masak hingga nampak kembang. Sajikan dengan kelapa.


Ini pulak Cream Puff ...sebenarnya selalu buat tapi sesekali kita tunjjukkanlah ..makanan kegemaran ramai.....





Quote:
Cream Puff

Bahan utk kulit
70 gm marjerin
140 gm gandun red ross (kita guna gandum biasa aje cap sauh)
4 biji telur
200 ml air
1/4 sudu garam
1 sudu teh perisa vanila

Intinya:
1/2 cawan tepung Custard
1/2 cawan susu cair (ideal milk)
1 1/2 cawan air
1/2 tin jagung Cream
1/2 cawan gula (Lebih atau kurang pada yg suka manis dan tak suka manis)
sedikit garam.
Caranya:

cara-cara buat kulit - Puffnya
1. Masak air dgn garam, bila dah mendidih , masukkan marjerin.
2. Bila marjerin cair, masukkan gandum, kacau hingga sebati . Tutup api.
3. Kacau lagi adunan tadi hingga jadi doh seketul. Sejukkan.
4. Bila betul2 sejuk, masukkan kedalam mesin adunan, campurkan vanila dan telur. Putar hingga kembang.
5. Bila sudah kembang dan sebati masukan dalam piping beg, kalau hendak senang bulatkan dgn sudu pun boleh
6. Panaskan oven 180C dan bakar selama 15- 20 min atau hingga masak kembang.
7. Bila dah masak, angkat dan belah. (Bubuh inti)

Intinya:
Air dan susu cair campurkan dalam mangkuk dan kacau rata.
Masukkan gula dan garam kacau rata kemudian muasukkan tepung custard kacau rata.
Lepas tu masukkan jagung cream.
Jerang dan kacau atas api hingga sebati dan masak. (Jadi agak pekat)
Letakkan dalam Cream Puff yang dah dibelah.


Ini pula gambar yang sempat diambil masa kenduri malam tu.....

Jom layan







Ini pula gambar masa pergi IJN..melawat abang iparku dulu .....



Memandangkan esuk hari Kemerdekaan Malaysia yang 52 so untuk semua rakyat Malaysia "SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 52" - 31.08.1957 -31.08.2009.









"MERDEKA" "MERDEKA" "MERDEKA"



Hargailah kemerdekaan ini dan ingatilah sejarah dulu...bagaimana sukarnya untuk mendapatkan negara yang merdeka....jadi usahlah dibiar fikiran dari terus dijajah
berfikirlah secara rasional dan bersatulah kita semua ,hindari perpecahan dan
hidup aman dan damai.




Sekian ..bertemu lagi...




--------------------------------------------------------------------




salam kak,
sdapnya nmpak cara brlauk, apam eno ngn cream puff akak....tk menahan tgk...

meriah nmpk kenduri tu bila smua sanak sedara brkumpul kn....
Tue 1-Sep-2009 02:58
Posted by:NURUL  - [Link]
>salam takziah utk kak yatie atas pemergian pok sedara kak yati tu yer..
>sedap nampak cara kak yati tu... resepinya lain dr yg selalu sy buat.. sy dah copy resepinya.. tp tak taulah tu bila angin rajin nak nak godek.. hehe.. mekasih kak.. cream puff pun sedap gak.. tp takper sbb baru je buat aritu..
>jeles laaa tgk kak yati buat roti kat bwh tu.. mcm2 roti ada.. tingin nyer nak beli BM.. tp apakan daya lom berkemampuan.. sabor jelahh.. tunggu bonus nantilah kot ye..
Tue 1-Sep-2009 07:35
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.
Banyaknye menu kat atas tu...paling best dah dapat resepi cara berlauk khusus utk tempahan yang banyak..senang nak suka mcm ni.
K Yati..baik2 si salleh tu...dia tau k yati ada anak dara ... nnti bukan main le duk ampu K Yati..he..he..
Tue 1-Sep-2009 08:23
Posted by:amal5041 amalhayati68@gmail.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Saturday, 29-Aug-2009 18:54 Email | Share | | Bookmark
PERGINYA TAK KEMBALI LAGI......












salam takziah buat yatie dan keluarga...semoga tabah menghadapi takdir..
semoga rohnya dicucuri rahmat...alfatihah...amin....
Sun 30-Aug-2009 03:49
Posted by:k.zai  - [Link]
selamat berpuasa dan menyambut 52 tahun merdeka.
salam takziah buat yatie dan keluarga.
sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya.
Iringan doa dan Fatihah untuknya.
Sun 30-Aug-2009 12:11
Posted by:tokjanggut  - [Link]
Add comment


Sunday, 23-Aug-2009 14:09 Email | Share | | Bookmark
ROTI OH ROTI (BREAD MAKER)

My Bread Maker
 
 
View all 6 photos...


Hari ini kita nak cakap pasal roti je tau.....

Sebenarnya masa PC rosak baru-baru ini..rajinlah pulak kita buat roti..anak-anak pulak Ira dan Zakwan suka sangat makan roti coklat dan Ban inti coklat yang fresh gitu. Kita dengan hubby lebih suka roti isian kacang merah, kaya atau kelapa. Banyak kali gaklah kita buat roti manis isian coklat tu. Disamping itu kita ada jugak buat beberapa jenis roti lagi.

Sebenarnya kita nie bukanlah rajin sangat...Bread maker kita nie ....kalau dah diperap memang tak pernah guna..klu nak makan roti belilah aje.Tapi kalau dah start guna ..boleh kata selang dua tiga hari kita gian nak buat roti.


Al kisah ceritanya Bread Maker kita nie..dah lama kita beli tak salah lepas pantang lahirkan Zakwan.....alamak dah hampir 11 tahun usianya. Dulu kita member Cosway..banyak beli barang cosway..kupon pun dapat banyak..bila beli campur kupon..jadi untunglah tak mahal sangat...dah lupalah berapa harganya..tapi tak salah kita bagi kupon berpuloh2 jugaklah dan RM100.00 atau 150.00 gitu..tak ingatlah sgt....harga sebenarnya RM250.00 atau 299.00 gitu..Kita minat sangat bila tgk ada Bread Maker kat catalog Cosway tu..apalagi penyediaan buat rotinya senang..semua di ajar dalam manual booknya tu. Masa baru beli tu jangan cerita..betul-betul gian buat roti...macam2 jenis kita buat...buku roti pun kita beli gak.



Kita baru perasan w/pun selalu gak buat roti nie tapi tak pernah diambil gambarnya..apalagi dlm entry kita hanya ada piza je.....roti nie satu pun takda kes lupa
ambil gambar..bila masak ngap je...makan panas-panas lagi sedap.
So dek kerana PC rosak baru2 ini kita free sikitlah .setiap kali buat roti..adalah ambil gambar..so layanlah antara gambar roti yang kita buat baru-baru ini....

Inilah dia rupanya Bread Maker kita yang dah berusia hampir 11 tahun nie...ha..
Senang kalau buat roti , doh karipap ,donut dan pizza. Untuk orang malas menguli dan tak berapa strong tangannya macam kita nie eloklah beli satu jadikan toy anda didapur...senang .

"ADUHAI...TOLONG...LENGUHNYA TANGAN TAK LARAT DA H NAK NGULI ......."



Pengalaman kita apa resepi pun boleh buat..just campakkan dalam mangkuk tu ikut urutan yang betul..kemudian tekan..mesti jadi punya. Biasanya cara buatnya ialah letakkan bahan cecair dikuti bahan basah kemudian atas sekali baru masukkan bahan kering.Kemudian tekan.

Panjang pulaklah berceloteh pasal roti nie...takpalah....kes terpendam...bertahun ada FP nie ...tak pernah masukkan entry buat roti.......hanya kini baru ku sedar..he..he..he...








Quote:


DOH ROTI MANIS ASAS
(sumber: Alex Goh Baking )

(A)
480g Tepung roti
120g Tepung gandum
110g Gula
10 g Garam
20 g Tepung gandum
4 sudu teh Yis segera(kita guna Yis Mauripan je)

(B)
1 biji telur
300 ml Air sejuk

(c)
60g mentega

Caranya:
1) Gaul A sehingga sebati.
2) Campur (B) dan uli sekejap menghasilkan doh
3) Tambah (C) kedalam doh dan terus menguli untuk
Menghasilkan doh yang lembut dan kenyal
4) Tutup doh dgn plastic.Biarkan selama 50-60 minit
5) Atau berganda saiznya.
6) Guna jari untuk menekan kedalam doh. Ia patut
Menunjukkan tanda jari yang jelas tetapi doh
Tidak patut menurun.Ini menandakan ia siap untuk
Membuat roti atau ban.

(Untuk yang uli pakai Bread machine inilah caranya: Masukkan bahan (B) dan (C)
Kemudian masukkan bahan (A). Lepas tu setkan menu pada no:13. Basic Dough (1 jam 35 minit) Tekan mneu select tu …biarkan sehingga doh siap sampai menaik .) Note lain machine lain nombor settingnya.

Doh yang dah siap bolehlah di bulat-bulatkan seberat 60gm sebiji atau ikut suka kemudian isikan apa-apa inti yang disukai. (Kacang merah, kelapa, coklat dan sebagainya)

Kemudian bakar dalam oven pada 190’c selama lebih kurang 15 minit…atau hingga npk masak.








Quote:


Jom buat roti.

ROTI PANDAN KISMIS
(A)
300gm Tepung Roti
45 gm Gula
½ sudu the Garam
½ sudu besar tepung susu
2 sudu teh yis segera (kita guna Mauripan)
½ susu besar tepung susu
(B)
1 biji telur saiz kecil
105 ml Air
60ml santan
½ susu besar jus pandan
Titisan pewarna hijau
(C)
20 gm Mentega/shortening(kita guna marjerin)
(D
130gm kismis( kitaletak mixed fruit)

Berhias atas: Crumble atau apa-apa pun boleh..

Caranya:
1) Gaulkan bahan A hingga sebati.
2) Tambah B dan uli sehingga menjadi doh.
3) Campur C dan terus mengguli sehingga doh menjadi lembut
4) Tambah D adun hingga sebati.Biar menapai selama 50-60 minit.
5) Kemudian bahagikan doh menjadi 15g dan bentukkan menjadi bebola.
Masukkan setengah daripada bebola2 doh kedalam tin acuan yang telah
Bergris (saiz: P20cm x L 10cm x Tinggi 8.5cm)Kemudian letak baki bebola doh2
yang ada keatasnya. Bakar 2 buku roti. (susun 2 row)
6) Biarkan ia naik selama 45 minit dan sapu dengan telur.Tabur Crumble atasnya.
7) Bakar pada shu 175’C selama 25-30 minit.

(Bread Maker: masukkan semua bahan cecair (B) dan basah (C) diikuti bahan
Kering (A)…kemudian tekan menu basic Dough (1 jam 35 minit). Keluarkan
Adunan dan ikut step dari no. (5) hingga (.

Note:Bubuh buah kismis nie lepas bunyi beep kejap iaitu selepas doh
Diuli lepas 25 minit gitu.






Quote:


ROTI PONDOK INGGERIS
(Dari Alex Goh Baking)
(A)
400 g Tepung roti
100 g Tepung gandum
45 g Gula
10 g Garam
20 g Tepung susu
3 ½ sudu the Yis segera (kita guna Mauripan 1 paket tu – 11 gm)

(B)
1 biji Telur
260 ml Air

(C)
Mentega
Gula

Berhias atas.

Mentega dan gula

Caranya:

1. Adun A sehingga sebati. Tambah B dan uli sehingga menjadi doh
2. Tambah C dan uli doh menjadi lembut dan kenyal
3. Biarkan ia menapai selama 60 minit
4. Bahagiakan doh menjadi 2 bahagian dan bentukkan menjadi bebola
5. Biarkan ia selama 10 minit.Ratakan dan gulung seperti cara membuat
kek Swiss Roll tu.
6 Gris 2 acuan roti bantal(20 x 11cm x T 11 cm).Letak setiap gulung
Kedalam tin/Loyang.Biarkan ia naik selama 45 minit atau berganda
Saiznya.
7 Guna pisau tajam,letak sekali dibahagian permukaan roti. Sapu sedikit
Mentega dan tabur gula keatasnya.
8 Bakar pada suhu 180’c selama 30 minit. Keluarkan daripada acuan.
Biar sejuk potong dan hidangkan.

(Bread Machine: bubuh adunan cecair dahulu seperti (b) diikuti (c) lepas tu terus
Masukkan bahan kering (A) . Tekan menu setting basic doh (1 jam 35 minit)

Lepas tu: keluarkan doh dan terus ikut step no. 4-6.)

Note: Kita gunakan Loyang 4 segi 8 x 8 inci tu je dan letakkan 2 doh (2 row) dalam satu loyang.






Quote:


ROTI BUAH-BUAHAN CAMPURAN
(A)
320gm Tepung Roti
25 gm Gula
¾ sudu the Garam
½ sudu besar tepung susu
1/8 sudu teh serbuk kulit kayu manis
2 sudu teh yis. (kita guna Mauripan)
(B)
1 biji telur
145 ml Air sejuk
(C)
25 gm Mentega
(D)
80gm Buah-buahan campuran(kismis saja pun boleh rasanya)

Caranya:
1) Gaulkan bahan A hingga sebati.Tambah B dan uli sehingga
menjadi doh.
2) Campur C dan terus mengguli sehingga doh menjadi lembut
dan kenyal.
3) Tambah D dan gaul rata-rata.
4) Biar adunan naik selama 45 minit.
5) Bulatkan doh .
6) Biarkan ia selama 10 minit
7) Masukkan kedalam Loyang atau acuan.
Biarkan lagi selama 45 minit atau berganda saiznya.
9) Bakar pada suhu 180’c selama 20-25 minit

(BREAD MAKER: Senang je caranya dalam container khas tu bubuh bahan
yang basah dulu B dan C kemudian bahan kering A kemudian tekankan kat
setting basic Normal,warna;light or dark dan berat 1.0 -2.0. Biarkan aje hingga
siap dimasak ada bunyi beep gitu. (operation: 3 jam 45 minit rasanya)
(tinggal aje tak yah risau boleh buat macam2 kerja bila bunyi beep je bukak
Roti dah masak..keluarkan bila agak sejuk bolehlah potong atau terus makan.






Quote:



BUN COKLAT

Bahan A
500 gm tepung high protien
30 gm susu tepung
20 gm serbuk koko
100 gm gula
1 paket ibu roti [11 gm]
1 s/k pelembut roti [optional]
1 biji telur
1/2 s/k garam

Bahan B
250 ml air
80 gm majerin

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Masukkan bahan B dalam mangkuk roti Bread Machine.
3. Masukkan pula bahan A dan setkan BM pada Dough saja.
4. Bila doh telah siap dn naik sekali ganda tekan supaya angin keluar.
5. Bahagikan doh pada 20 gm setiap satu. [Jika suka letakkan kismis dalam doh]
6. Bulatkan doh dan susun dalam loyang. Biarkan naik sekali ganda.
7. Sapukan kuning telur dan bakarkan dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 25 minit.
8. Bila telah masak keluarkan dan sapukan majerin untuk mengilatkan roti.


Setakat ini untuk enty kali ini....jumpa lagi..."SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA"







kak dah masuk carta ni dah pames ni tahniah tahniah nanti wat award lak.
hai bila tengok lagi roti akak ni semangat nak beli BM sekali gi tengok mak ai RM8XX.00 langsung tak jadi kuburkan dulu ada lagi benda yg lebih penting
Sat 29-Aug-2009 03:07
Posted by:ida  - [Link]
huh ?
masih citer roti lagi kak?
tak masak lain lain ?
Sat 29-Aug-2009 12:54
Posted by:salleharon@starbucks salleh@starbucks.com.my  - [Link]
selamat berpuasa... Tue 8-Sep-2009 02:01
Posted by:polini fotografik  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Friday, 21-Aug-2009 02:03 Email | Share | | Bookmark
CUP CAKES & MUFFIN

Siap pack
 
Cup cakes
View all 6 photos...


Ini dia lagi entry terbekalai yang baru dapat diuploadkan.......



Hari tu 30.7.2009 ada terima tempahan buat muffin dan cup cakes. Chocolate Chips muffin - 50 biji dan cup cakes - 100 biji. (Vanila,mint chocolate & chocolate ) . Semuanya kita buat dan decor dalam masa satu hari. Dari bancuh dan bakar, decor dan pack sekali.Al kesahnya kita tak tidur hingga subuh baru siap. Silap sendiri lambat mula pukul 12.30 tengah hari gitu..lagi pun masa tu sibuk sikit..pasal esuknya Izzati nak balik...jadi buat lebih sikit untuk Izzati tapau sekali bila balik SP tu.









Ini pulak lepas decor..itu pun dah pack baru ingat nak ambil gambar...









Ini dia Muffin Chocolate chips.








CERITAKU

Melawat abang sakit.

Abangku Zali dimasukkan hospital dah 2 hari sebelum tu, masa kita pergi nak melawat dia hari Jumaat pagi..baru je lepas keluar bilik pembedahan..salah satu jari kakinya kena potong pasal dah rosak..bukan apa abangku ini dia sakit kencing manis tapi tak berapa nak pantang..makan nak sedap dan ikut rasa....kakak iparku kata dia degil sikit dan sekarang nie dah tahap serius.....doktor kata kesian luka dikakinya dah teruk..itupun tak pasti...ia akan melarat kembali atau tidak.....kesian abangku ini....



Kak Ana minta tolong ambilkan cucunya Mirul dari Tadika Smart Reader..dia ada hal sikit. Bawak balik kat rumah ..lepas tu Lin(ibunya) dan Hairul pula tak kerja datang ambil . Biasanya kalau Kak Ana atau Hairul ada hal...Mirul nie akan di jemput dari sekolah dan bawak duduk rumahku. Seronok tengok keletah dan cara dia bercakap....
Kena speaking omputihlah klu dgn dia....dah tu bijak...dari umur 4 tahun dah boleh baca buku dekarang dah 6 tahun...lagilah .....



Oh ya ini dia donut..buah tangan dari Lin...hari tu..



Setakat inilah dulu entry kali ini dan sambung lagi.....kesah kenduri rumah Kak Ana pulak......salam buat dan.....diucapkan........















salam kak yatie.... selamat berpuasa utk kak yatie n family...... Sun 23-Aug-2009 13:12
Posted by:amy amynujaimy@gmail.com  - [Link]
salam ramadhan dari watie & arin buat akak sekeluarga...

::banyaknya cc akak buat....
::moga abang akak cepat sembuh ye..
Sun 23-Aug-2009 15:25
Posted by:watie  - [Link]
mak aiii...byknya cupcakes...nak skit bole? Sun 23-Aug-2009 16:25
Posted by:wani-ibu hareez&hakeem  - [Link]
View all 18 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.